Thursday, February 12, 2015

10 KESILAPAN MEMILIH PAPAN KAROM ANTARABANGSA

Untuk mencapai sesuatu kejayaan mungkin sangat sabjektif jika diperkatakan dari sudut infra dan peralatan sukan itu sendiri. Tetapi sebagai seorang atlet anda perlu sedar bahawa kejayaan sebenarnya bergantung dan berkait rapat dengan kemudahan yang berada di depan mata dalam meniti kejayaan yang sebenar.

Mempunyai kemudahan peralatan dan bagaimana cara anda manipulasi ke arah kecermerlangan itu adalah yang terbaik. Bukan sahaja kemenangan yang diperolehi tetapi kebolehan dan skil anda juga turut meningkat serta menaikkan taraf anda sebagai seorang pemain yang di hargai kawan dan dihormati oleh pihak lawan.


Di dalam permainan sukan yang mengunakan peralatan anda perlu mencari dan mempunyai peralatan yang terbaik dan berkualiti untuk anda menjadi seorang yang terbaik juga. Mana mungkin peralatan yang kurang lengkap atau tidak berkualiti dapat membantu anda ke arah yang lebih bagus.

Memiliki papan karom yang berkualiti dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh undang-undang permainan adalah pilihan yang tepat. Di samping itu juga memilih jenama yang popular di pasaran dan selalu digunakan di kejohanan-kejohanan besar di peringkat antarabangsa dengan sendirinya adalah pilihan yang bijak dan terbaik.


Dalam permainan karom untuk memiliki papan karom yang berkualiti mirip ke arah yang selalu digunakan di kejohanan-kejohanan besar atau mempunyai papan karom yang sebenar digunakan di kejohanan-kejohanan di peringkat antarabangsa akan memberi impak dan kelebihan kepada anda jika anda mengetahuinya.

Berikut adalah 10 kesilapan di dalam pembelian papan karom:

1. Membuat keputusan tanpa usul periksa

Keputusan diambil untuk membeli kelengkapan permainan dengan tergesa-gesa tanpa menyelidik dan bertanya terlebih dahulu. Ini adalah satu kesilapan yang paling teruk bagi pihak pengurusan di dalam membuat keputusan. Sebagai pengurus anda perlu betindak bijak dan berhemah di dalam membuat keputusan yang terakhir. keputusan yang terbaik akan membantu pasukan anda ke arah yang lebih sempurna, tetapi jika anda salah langkah di dalam membuat keputusan ini akan membawa kemudaratan kepada pasukan anda di dalam pelbagai perkara.


2. Membuat rujukkan kepada pakar

Rujukkan adalah penting sebelum membut keputusan yang terakhir. Rujukkan bukan hanya bergantung kepada pemerhatian, pertanyaan kepada yang pakar tetapi juga menerusi menerusi laman sesawang yang boleh membantu ke arah penelitian sebelum membuat sebarang keputusan yang terakhir. Jangan hanya mendengar dari mereka yang bukan dibidangnya yang akan memberi pendapat yang salah dan ini tidak akan membantu anda di dalam pencarian yang sebenar.


3. Menyelidik pembekal dan mengkaji jenama popular

Sebarang keputusan perlu kepada penyelidikkan dan mengkaji latar belakang pembekal peralatan sebagai pencerahan dan pemilihan yang tepat. Ini perlu dilakukan supaya bukan hanya sekali perkhidmatan yang diberikan tetapi mereka juga mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu dan memberi perkhidmatan di dalam banyak perkara bila diperlukan. Anda juga boleh bertanya kepada mereka yang mempunyai pengalaman supaya dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi.


4. Mengumpul bukti dan kesahihan jenama

Pilihan jenama adalah antara faktor yang terpenting di dalam membuat pilihan papan karom. Jenama yang perlu diberi perhatian adalah menerusi kejohanan-kejohanan besar terutama di peringkat antarabangsa dimana jenama tersebut digunakan sebagai peralatan rasmi kejohanan. Dunia canggih hari ini cukup mudah mencari informasi yang hanya di hujung jari sahaja. Jangan ada sifat malas dan sambil lewa di dalam pencarian kesahihan mencari papan karom yang terbaik. 


5. Keputusan tiada unsur peribadi dan kronisma

Di dalam pemilihan jenama tiada unsur-unsur berbentuk peribadi dan kronisma di dalam membuat keputusan terakhir juga tiada unsur kepentingan di dalam memilih papan karom yang terbaik dan bermutu tinggi. Jenama yang popular akan menentukan segala-galanya bermula dengan spesifikasi sehingga kualiti. Hanya melalui jenama anda sudah mengenal pasti papan karom yang berkualiti.


6. Tidak Memahami dan tidak ambil peduli

Pihak pengurusan yang diberi amanah menerajui pasukan yang tidak mempunyai sikap positif di dalam membuat keputusan akan terjerumus kepada keputusan yang salah. Sikap tidak ambil peduli dan tidak mahu belajar perkembangan terkini juga akan meninggalkan anda terpelosok ke belakang kerana buta dari segi mengambil tahu spesifikasi papan karom yang sebenar.


7. Ketiadaan penasihat dalam pasukan

Penasihat adalah penting di dalam membuat keputusan pemilihan peralatan dan dalam masa yang sama membentuk pasukan yang terbaik. Ciri-ciri penasihat perlu kepada rekod pencapaian yang terbaik untuk melayakkan sebagai penasihat yang berpengalaman dan bertauliah. Penasihat juga akan berterus terang dan telus dalam segala bermula dari peralatan sehingga perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang.


8. Kedegilan dan tidak mendengar
Kedegilan dan tidak mendengar nasihat serta pendapat daripada pihak lain juga punca kepada pembelian papan karom yang tidak mengikut spesifikasi dan berkualiti dan akhirnya membawa kepada pembaziran. Pihak pengurusan perlu ada sifat keterbukaan untuk mendengar dari pihak yang terlibat secara lansung di dalam bidang ini dan juga perlu mendengar pandangan dari pemain-pemain dalam pasukan sendiri.

9. Jangan mudah tertipu dan terpedaya dengan harga murah

Anda perlu bertanya kepada diri anda sendiri, Adakah papan karom yang berkualiti boleh didapati dengan mudah dan harga yang murah? Sudah pasti papan karom yang mudah diperolehi dan murah harganya boleh dapat di mana-mana. Jangan salah orang lain jika keputusan itu datangnya dari diri anda yang tidak bersikap professional di dalam membuat keputusan. Mengenal pasti individu yang mahir dan pengalaman di dalam bidang ini dapat membantu supaya anda tidak tertipu. 


10. Papan karom adalah satu pelaburan

Anda sebagai pemimpin di dalam pengurusan perlu akur dan sedar bahawa papan karom yang bakal dimiliki adalah satu pelaburan yang besar. Pelaburan tersebut juga perlu dilihat untuk satu jangka masa tertentu dan alangkah baiknya jika pelaburan tersebut boleh membawa ke arah jangka hayat yang lebih lama.


Kesimpulan

Sebagai pihak pengurusan atau perancang atau pemain perlu berurusan dengan pembekal yang bersikap professional, boleh dipercayai dan berpengalaman di bidangnya. Pengurus juga perlu memperuntukkan masa yang cukup untuk membuat sebarang keputusan terbaik supaya langkah yang diambil tidak memudaratkan di kemudian hari.

Sebagai pengurus anda semestinya menjaga keperluan dan matlamat pasukan anda untuk mengelak melakukan kesilapan-kesilapan seperti 10 perkara yang tersenarai seperti di atas semasa pembelian papan karom. Di dalam membuat sebarang keputusan kosongkan minda anda dan melihat dengan mata hati yang positif dan bukan bersifat pasif. 10 perkara juga di atas akan membantu dan memberi gambaran yang jelas di dalam membuat pemilihan papan karom terbaik untuk digunakan oleh pasukan anda dalam mempersiapkan diri dalam latihan dan juga menghadapi kejohanan-kejohanan di masa hadapan.

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan papan karom "Best of the best". Sebelum menutup tirai renungkan kata-kata ini "Bertindak bijak di dalam membuat keputusan demi kepentingan pasukan anda di masa hadapan".

Tuesday, February 10, 2015

DIPILIH ATAU TERPILIH

Tajuk yang saya ingin perkatakan pada kali ini cukup pendek tetapi cukup menarik untuk diperkatakan iaitu dipilih atau terpilih sebagai seorang pemain karom.

DIPILIH

Maksud dipilih adalah hasil pencarian pengurus atau jurulatih melalui saringan latihan atau hasil dari sesuatu pertandingan yang dianjurkan untuk mencari pemain-pemain membawa kepada penubuhan pasukan. Pemilihan proses begini biasanya akan memantapkan lagi pasukan yang hendak dibina dan merupakan jalan yang terbaik.

Beratur dalam barisan untuk proses saringan dan pemilihan.

Melompat kegembiraan selepas berjaya dipilih.


Kemurungan kerana gagal dipilih.

Jika tidak dipilih jauhi sifat dengki atau mulut busuk.  

TERPILIH

Manakala bagi yang terpilih pula cukup bertuah kerana anda mempunyai potensi yang berbakat dan ciri-ciri yang di cari oleh pengurus atau jurulatih untuk pasukan yang bakal dibentuk. Golongan terpilih juga mungkin berdasarkan kepada beberapa faktor seperti pernah mewakili pasukan sebelum ini atau melalui cadangan dari pihak-pihak tertentu.


Gembira kerana tanpa bekerja keras terpilih dalam mempersiapkan pasukan. 

Jangan salahkan pada yang lain jika anda bukan di antara yang terpilih.


RUMUSAN

Perlaksanaan sesi latihan dan juga pra perlawanan merangkumi pemilihan, latihan dan pembangunan pemain-pemain oleh jurulatih adalah teramat penting. Pemain-pemain baru yang berpotensi akan dilatih bersungguh-sungguh dan diserapkan ke dalam pasukan untuk menyertai kejohanan di masa hadapan.

Pemilihan melalui sesi uji bakat juga dapat mencari pemain-pemain yang mempunyai kemahiran tinggi menerusi beberapa peringkat siri cabaran yang diadakanPencarian juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat pemain baru sebagai pelapis untuk mewakili pasukan. Pemilihan melalui proses saringan di peringkat awal sehingga ke peringkat akhir adalah merupakan jalan terbaik untuk membina satu pasukan yang mantap dan sempurna.

Jika anda terpilih berdasarkan kepada ciri-ciri kelebihan yang anda miliki, maka anda cukup hebat sebenarnya sebagai pemain atau pengadil atau juga dapat merangkul kedua-duanya. Berdasarkan kepada pengetahuan dan ilmu yang ada pada diri anda sebagai salah satu calon yang terpilih. 

Amalan pemilihan secara kroni ke dalam pasukan perlu dijauhi kerana pilihan cara ini tidak sihat dan akhirnya tidak akan membawa kejayaan malah akan menempuhi kegagalan. Sungguhpun terpilih melalui kenalan atau cadangan dari pihak tertentu tetapi saringan akhir masih diperlukan untuk di bawa masuk ke dalam satu pasukan.

Sebelum berakhirnya coretan ini, anda perlu bertanya kepada diri sendiri adakah anda hari ini sebagai seorang pemain karom dan/atau pengadil karom kerana dipilih atau terpilih?

Renungkanlah kata-kata ini "Jangan senyum apa yang anda capai, tetapi biarlah orang lain senyum pencapaian anda itu adalah lebih bermakna".
 

Saturday, February 7, 2015

MENJELANG BEBERAPA KEJOHANAN KAROM PADA TAHUN INI

Kita sekarang sudah melalui bulan Januari di tahun 2015 dan ianya sudah berlalu dan kini sudah memasukki bulan Febuari. Apa yang penulis ingin sampaikan ialah terdapat kejohanan karom peringkat Wilayah Persekutuan dan beberapa kejohanan di peringkat kebangsaan yang akan menyusul dalam masa terdekat hingga ke penhujung tahun ini.

Penulis ingin bertanya kepada pemain-pemain karom adakah anda semua sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan yang bakal muncul beberapa bulan dari sekarang? Jika anda sudah bersedia, maka penulis mengucapkan tahniah, tetapi bagi yang masih belum bersedia, maka penulis ingin bertanya kepada anda beberapa soalan yang perlu diberi perhatian khusus iaitu:

1) Begaimana cara permainan anda dahulu dan sekarang?

2) Adakah teknik permainan anda masih di tahap yang sama?

3) Bagaimanakah bentuk latihan yang anda pelajari?

4) Bagaimanakah tahap kefahaman undang-undang permainan?

5) Adakah anda menjalani latihan bersama jurulatih berpengalaman?

6) Dan yang terakhir apakah sasaran anda pada tahun ini?

Jika soalan-soalan di atas sudah terjawab, maka anda sebenarnya cukup prihatin ke atas pencapaian diri dan pasukan anda. Tetapi jika soalan di atas masih tidak terjawap atau tidak berapa yakin, maka pastinya anda perlu bergerak dari sekarang sebelum terlambat. Memasukki gelanggang untuk menjalani latihan lebih awal adalah merupakan jalan yang terbaik.

Selamat menjalani latihan dan semoga berjaya.