Thursday, February 12, 2015

10 KESILAPAN MEMILIH PAPAN KAROM ANTARABANGSA

Untuk mencapai sesuatu kejayaan mungkin sangat sabjektif jika diperkatakan dari sudut infra dan peralatan sukan itu sendiri. Tetapi sebagai seorang atlet anda perlu sedar bahawa kejayaan sebenarnya bergantung dan berkait rapat dengan kemudahan yang berada di depan mata dalam meniti kejayaan yang sebenar.

Mempunyai kemudahan peralatan dan bagaimana cara anda manipulasi ke arah kecermerlangan itu adalah yang terbaik. Bukan sahaja kemenangan yang diperolehi tetapi kebolehan dan skil anda juga turut meningkat serta menaikkan taraf anda sebagai seorang pemain yang di hargai kawan dan dihormati oleh pihak lawan.


Di dalam permainan sukan yang mengunakan peralatan anda perlu mencari dan mempunyai peralatan yang terbaik dan berkualiti untuk anda menjadi seorang yang terbaik juga. Mana mungkin peralatan yang kurang lengkap atau tidak berkualiti dapat membantu anda ke arah yang lebih bagus.

Memiliki papan karom yang berkualiti dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh undang-undang permainan adalah pilihan yang tepat. Di samping itu juga memilih jenama yang popular di pasaran dan selalu digunakan di kejohanan-kejohanan besar di peringkat antarabangsa dengan sendirinya adalah pilihan yang bijak dan terbaik.


Dalam permainan karom untuk memiliki papan karom yang berkualiti mirip ke arah yang selalu digunakan di kejohanan-kejohanan besar atau mempunyai papan karom yang sebenar digunakan di kejohanan-kejohanan di peringkat antarabangsa akan memberi impak dan kelebihan kepada anda jika anda mengetahuinya.

Berikut adalah 10 kesilapan di dalam pembelian papan karom:

1. Membuat keputusan tanpa usul periksa

Keputusan diambil untuk membeli kelengkapan permainan dengan tergesa-gesa tanpa menyelidik dan bertanya terlebih dahulu. Ini adalah satu kesilapan yang paling teruk bagi pihak pengurusan di dalam membuat keputusan. Sebagai pengurus anda perlu betindak bijak dan berhemah di dalam membuat keputusan yang terakhir. keputusan yang terbaik akan membantu pasukan anda ke arah yang lebih sempurna, tetapi jika anda salah langkah di dalam membuat keputusan ini akan membawa kemudaratan kepada pasukan anda di dalam pelbagai perkara.


2. Membuat rujukkan kepada pakar

Rujukkan adalah penting sebelum membut keputusan yang terakhir. Rujukkan bukan hanya bergantung kepada pemerhatian, pertanyaan kepada yang pakar tetapi juga menerusi menerusi laman sesawang yang boleh membantu ke arah penelitian sebelum membuat sebarang keputusan yang terakhir. Jangan hanya mendengar dari mereka yang bukan dibidangnya yang akan memberi pendapat yang salah dan ini tidak akan membantu anda di dalam pencarian yang sebenar.


3. Menyelidik pembekal dan mengkaji jenama popular

Sebarang keputusan perlu kepada penyelidikkan dan mengkaji latar belakang pembekal peralatan sebagai pencerahan dan pemilihan yang tepat. Ini perlu dilakukan supaya bukan hanya sekali perkhidmatan yang diberikan tetapi mereka juga mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu dan memberi perkhidmatan di dalam banyak perkara bila diperlukan. Anda juga boleh bertanya kepada mereka yang mempunyai pengalaman supaya dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi.


4. Mengumpul bukti dan kesahihan jenama

Pilihan jenama adalah antara faktor yang terpenting di dalam membuat pilihan papan karom. Jenama yang perlu diberi perhatian adalah menerusi kejohanan-kejohanan besar terutama di peringkat antarabangsa dimana jenama tersebut digunakan sebagai peralatan rasmi kejohanan. Dunia canggih hari ini cukup mudah mencari informasi yang hanya di hujung jari sahaja. Jangan ada sifat malas dan sambil lewa di dalam pencarian kesahihan mencari papan karom yang terbaik. 


5. Keputusan tiada unsur peribadi dan kronisma

Di dalam pemilihan jenama tiada unsur-unsur berbentuk peribadi dan kronisma di dalam membuat keputusan terakhir juga tiada unsur kepentingan di dalam memilih papan karom yang terbaik dan bermutu tinggi. Jenama yang popular akan menentukan segala-galanya bermula dengan spesifikasi sehingga kualiti. Hanya melalui jenama anda sudah mengenal pasti papan karom yang berkualiti.


6. Tidak Memahami dan tidak ambil peduli

Pihak pengurusan yang diberi amanah menerajui pasukan yang tidak mempunyai sikap positif di dalam membuat keputusan akan terjerumus kepada keputusan yang salah. Sikap tidak ambil peduli dan tidak mahu belajar perkembangan terkini juga akan meninggalkan anda terpelosok ke belakang kerana buta dari segi mengambil tahu spesifikasi papan karom yang sebenar.


7. Ketiadaan penasihat dalam pasukan

Penasihat adalah penting di dalam membuat keputusan pemilihan peralatan dan dalam masa yang sama membentuk pasukan yang terbaik. Ciri-ciri penasihat perlu kepada rekod pencapaian yang terbaik untuk melayakkan sebagai penasihat yang berpengalaman dan bertauliah. Penasihat juga akan berterus terang dan telus dalam segala bermula dari peralatan sehingga perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang.


8. Kedegilan dan tidak mendengar
Kedegilan dan tidak mendengar nasihat serta pendapat daripada pihak lain juga punca kepada pembelian papan karom yang tidak mengikut spesifikasi dan berkualiti dan akhirnya membawa kepada pembaziran. Pihak pengurusan perlu ada sifat keterbukaan untuk mendengar dari pihak yang terlibat secara lansung di dalam bidang ini dan juga perlu mendengar pandangan dari pemain-pemain dalam pasukan sendiri.

9. Jangan mudah tertipu dan terpedaya dengan harga murah

Anda perlu bertanya kepada diri anda sendiri, Adakah papan karom yang berkualiti boleh didapati dengan mudah dan harga yang murah? Sudah pasti papan karom yang mudah diperolehi dan murah harganya boleh dapat di mana-mana. Jangan salah orang lain jika keputusan itu datangnya dari diri anda yang tidak bersikap professional di dalam membuat keputusan. Mengenal pasti individu yang mahir dan pengalaman di dalam bidang ini dapat membantu supaya anda tidak tertipu. 


10. Papan karom adalah satu pelaburan

Anda sebagai pemimpin di dalam pengurusan perlu akur dan sedar bahawa papan karom yang bakal dimiliki adalah satu pelaburan yang besar. Pelaburan tersebut juga perlu dilihat untuk satu jangka masa tertentu dan alangkah baiknya jika pelaburan tersebut boleh membawa ke arah jangka hayat yang lebih lama.


Kesimpulan

Sebagai pihak pengurusan atau perancang atau pemain perlu berurusan dengan pembekal yang bersikap professional, boleh dipercayai dan berpengalaman di bidangnya. Pengurus juga perlu memperuntukkan masa yang cukup untuk membuat sebarang keputusan terbaik supaya langkah yang diambil tidak memudaratkan di kemudian hari.

Sebagai pengurus anda semestinya menjaga keperluan dan matlamat pasukan anda untuk mengelak melakukan kesilapan-kesilapan seperti 10 perkara yang tersenarai seperti di atas semasa pembelian papan karom. Di dalam membuat sebarang keputusan kosongkan minda anda dan melihat dengan mata hati yang positif dan bukan bersifat pasif. 10 perkara juga di atas akan membantu dan memberi gambaran yang jelas di dalam membuat pemilihan papan karom terbaik untuk digunakan oleh pasukan anda dalam mempersiapkan diri dalam latihan dan juga menghadapi kejohanan-kejohanan di masa hadapan.

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan papan karom "Best of the best". Sebelum menutup tirai renungkan kata-kata ini "Bertindak bijak di dalam membuat keputusan demi kepentingan pasukan anda di masa hadapan".

3 comments:

  1. Minta tips papan carom jenis sederhana untuk main dalam office. Bajet dlm rm300

    ReplyDelete
  2. Minta tips papan carom jenis sederhana untuk main dalam office. Bajet dlm rm300

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Saya baru beli papan carrom.. Keadaan board agak kesat... Ade tak tip2.. cara2 nak hilangkan kesat..

    ReplyDelete