Tuesday, April 21, 2015

REMAJA MEMINATI KAROM DAN MEMBELI PAPAN KAROM SENDIRI

Bersukan atau beriadah tidak mengira umur atau fizikal. Apa yang perlu seseorang mempunyai minat mendalam terhadap sukan tersebut. Bermula dari sini seseorang perlu melangkah dan mempunyai satu anjakkan paradigma untuk membangun bersama sukan yang diminati oleh mereka.

Seperti yang saya pernah bincang pada keluaran yang lalu selain daripada anugerah yang diberikan kepada seseorang sebagai atlet yang berjaya di dalam sesuatu sukan terdapat juga atlet yang lahir menerusi latihan, komited dan pendedahan yang berterusan dan akhirnya akan mencapai atlet sukan yang berjaya.

Saya cukup teruja bila seorang remaja yang cukup meminati karom sehinggakan sanggup membeli papan karom yang berkualiti tinggi untuk dirinya. Saya memberi pujian kepada keluarganya yang memberi ransangan pada remaja ini. Pada peringkat awal penglibatan di dalam sukan adalah merupakan salah satu faktor yang terbaik. Dengan persekitaran sihat dan hasil promosi juga menjadi peranan dan memberi impak yang baik kepada sukan negara di masa hadapan.

Haikal bersama papan karom baru dimilikinya

Remaja seperti Haikal dan remaja seangkatan dengannya perlu dibimbing dan diasuh dengan sebaik mungkin untuk diterapkan sebagai pelapis-pelapis di masa hadapan. Mungkin sukan karom tidak glamor seperti sukan lain seperti Bolasepak, Badminton, dan Bowling (sekadar menyebut beberapa jenis sukan) tetapi sukan karom perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib dan jangan hanya melihat sebelah mata sahaja.



Komen Penulis

Persatuan perlu aktif dan hendaklah mempunyai barisan yang kreatif dan aktif untuk memajukan sukan tersebut dan bukan hanya duduk di kerusi empuk yang hanya memanaskan punggung sahaja kerana tidak mempunyai idea-idea yang bernas untuk memajukan sukan ini di masa hadapan. Jika terdapat persatuan seperti ini, maka tidak mustahil sukan karom akan mati akhirnya dan bukan hanya kepada sukan karom sahaja tetapi kepada sukan yang lain juga tidak terkecuali jika mempunyai kepimpinan yang hanya mementingkan jawatan dan kedudukan semata-mata. Malang seribu kali malang jika mempunyai kepimpinan seperti ini yang hanya akan meruntuhkan aktivi-aktiviti sukan di tanah air. 

Jika sikap persatuan-persatuan seperti ini saya ingin membuat saranan kepada pihak berwajib supaya bertindak dengan segera demi masa depan sukan-sukan di tanah air. Kegagalan sukan-sukan hari ini pun berpunca dengan masalah kepimpinan barisan persatuan yang bercakaran sesama sendiri, mencari kedudukkan, kepentingan individu dan akhirnya impaknya kepada atlet-atlet yang menjadi mangsa.


Renungkan kata-kata ini "Pemimpin perlu membawa perubahan ke arah kebaikkan tetapi pemimpin yang tidak dapat membawa apa-apa perubahan perlu berundur segera. Jika itu tidak dapat dilakukan maka anda sebagai pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan jangan nanti orang memanggil anda seperti kulit buaya...".

No comments:

Post a Comment