Saturday, June 13, 2015

KEJOHANAN KAROM PESUMA 2015

Tarikh: 16 dan 17 Mei 2015
Tempat: Kulim, Kedah.

Berjumpa kembali pesta sukan PESUMA kali ke 30 dan kali ini giliran negeri Kedah Darul Aman diberi penghormatan sebagai tuan rumah. Sebelum ini kejohanan karom telah berlansung di Johor Darul Takzim. Kejohanan kali ini merupakan tahun ketiga karom antarabangsa dipertandingkan dan diharapkan tradisi ini akan terus berkekalan. 

Perasmian telah dijalankan di Stadium Kulim pada waktu petang dan pada sebelah malamnya diadakan pula taklimat setiap jenis sukan yang dipertandingkan. Taklimat karom pada malam itu agak lewat sedikit kerana menerima info yang salah mengenai tempat pertemuan. Sungguh pun taklimat bermula agak lewat tetapi perjalanannya lancar dan hanya perkara-perkara asas dibangkitkan sahaja. Taklimat di berikan oleh Tuan Haji Rofaei dan dipendekkan sedikit masanya untuk memberi ruang berihat secukupnya kerana perlawanan akan bemula agak awal pagi pada keesukkan harinya.

Seperti biasa sebelum kejohanan bermula striker pemain di periksa untuk menentukan setiap pemain mengunakan striker mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh undang-undang permainan. Memandangkan ini merupakan kali ketiga kejohanan karom diadakan, maka masalah striker tidak menjadi satu isu penting kerana masing-masing sudah mengetahui lebih awal.

Kejohanan bermula pada tepat 8.45 pagi dan berterusan sehingga waktu rehat sekitar jam 1.30 petang dan diteruskan pula pada jam 2.30 petang. Ada di antara pasukan yang meneruskan permainan kerana tidak dapat mencari titik noktah dan seperti biasa pasukan wanita menjadi tumpuan kerana agak perlahan. Sungguh pun begitu masa rehat tetap diberikan kepada mereka untuk meneruskan perlawanan seterusnya.

Perlawanan pusingan liga di dalam kumpulan direhatkan seketika sekitar 6.30 petang dan disambung semula pada 8.00 malam. Selepas itu perlawanan diteruskan dengan bermulanya peringkat suku akhir. Jadual perlawanan yang cukup ketat dan padat yang disediakan oleh pihak penganjur seperti kejohanan yang lepas. Jadual ini dirangka begitu rupa kerana ada di antara pemain-pemain yang bermain di dalam acara sukan yang lain dan dalam masa yang sama terlibat dalam permainan karom. Boleh dikatakan jadual yang berterusan yang cukup memenatkan dan kepada pengadil-pengadil, urusetia dan pemain-pemain juga.

AKSI-AKSI CABARAN DI PUSINGAN PERTAMA













































AKSI-AKSI CABARAN SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR DAN AKHIR

PASUKAN LELAKI MARA KE SUKU AKHIR

PASUKAN WANITA MARA KE SUKU AKHIR
















AKSI-AKSI CABARAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR






















KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN PASUKAN LELAKI DAN PASUKAN WANITA

KEPUTUSAN AKHIR PASUKAN LELAKI

KEPUTUSAN AKHIR PASUKAN WANITA

KEPUTUSAN AKHIR

Johan pasukan lelaki: WPKL
Johan pasukan wanita: Perak

Perlawanan berakhir sekitar 3.00 pagi untuk menentukan kejuaraan setiap kategori lelaki dan wanita. Pengadil dan urusetia dalam keletihan tetapi dapat menjalankan tugas dengan baik. Walau pun agak letih kami meneruskan tugas dengan mengemas semua peralatan sehingga selesai sekitar jam 3.30 pagi. Tabik "spring" kepada 3 orang pengadil, 3 pembantu dan urusetia yang diketuai oleh Tuan Haji Rofaei yang cukup berdisplin dan berdidikasi di dalam menjalankan tugas. 

Pada esuk harinya kami bangun agak awal dan mengemas barangan untuk bergerak pulang ke Selangor. Kami sempat bersama koordinator karom Tuan Haji Rofaei untuk bersarapan pagi. Kami mengucapkan setinggi terima kasih kepada Tuan Haji Rofaei kerana memberi layanan yang cukup istimewa kepada kami serta memberi sedikit buah tangan untuk dibawa pulang iaitu mempelam sala sebungkus seorang.

Papan karom turut terjual sebanyak lima papan dimana Kedah membeli dua papan baru Precise Elegant Champion dan dua papan terpakai berjenama Synco Premium Champion. Manakala pasukan Kuala Lumpur membeli satu papan baru Precise Elegant Champion.

Kepada yang tidak bernasib baik pada kali ini teruskan usaha anda untuk mengatasi punca kelemahan dan meningkatkan ilmu serta prestasi di dalam mengejar kejayaan. Apa yang perlu dilakukan adalah usaha yang berterusan. Saranan kepada pengerak utama pasukan adalah di atas bahu seorang pengurus. Pengurus perlu menyediakan infra secukupnya untuk pemain-pemain di bawah jagaannya. Ketiadaan infra atau tanpa infra yang lengkap, maka untuk mencapai kejayaan agak sukar dan boleh jadi juga satu perkara yang mustahil.

Sehingga bertemu lagi renungi kata-kata ini "Kebanyakan matlamat yang mustahil dapat dipenuhi hanya dengan memecahkan ruyung iaitu mendalami ilmu, belajar, berlatih dan akhirnya mempercayai kebolehan diri adalah saham menerjah kejayaan".

No comments:

Post a Comment