Tuesday, February 11, 2020

PASUKAN KAROM MAKSAK SARAWAK MELANGKAH TERUS

Satu perkataan dari pengendali blog Komuniti Karom Antarabangsa hanya satu... TAHNIAH.

Pasukan karom MAKSAK maju setapak lagi ke hadapan dengan mengambil inisiatif untuk bergerak terus memajukan Karom Antarabangsa di bumi Kenyalang. Usaha yang bertali arus yang diketuai oleh En. Zakaria Abd Rahman selaku Presiden Kelab Karom Master Kuching bersama En. Shahrul sebagai bendahari kelab. Hasil bengkel ini akan memberi lebih ruang dan peluang kepada peminat-peminat karom khususnya di Sarawak. Dengan perancangan jangka panjang dan jangka pendek dapat menghasil sesuatu di masa hadapan untuk menaikkan nama Sarawak dalam permainan karom antarabangsa.

Teruskan usaha tanpa jemu untuk berjaya kerana kejayaan yang dicari bukannya jatuh secara tiba-tiba di depan mata tetapi perlu diusahakan dengan perancangan rapi dan mantap. Mencapai kejayaan tiada jalan mudah atau jalan pintas kerana kejayaan perlu dibina dari bawah dengan batu asas yang kuat dan mula bergerak ke atas secara perlahan-lahan dan konsisten. In sha Allah berkat usaha dan sokongan dari pihak MAKSAK sudah pasti ianya menjadi satu gabungan yang cukup bagus untuk terus berjaya.

Hasil usaha hari ini bukan hanya untuk dilihat di hari esuk sahaja tetapi ianya berterusan hingga hari hari mendatang. Sudah pasti pasukan Sarawak juga ingin meletak dirinya sebaris dengan pasukan-pasukan elit yang lain dipersada sukan tanah air. Hasil yang positif ini kemungkinan besar di masa akan datang Sarawak menjadi tuan rumah untuk kejohanan Karom MAKSAK peringkat kebangsaan. Saya melihat apabila tibanya waktu itu saya percaya peminat-peminat karom di bumi Kenyalang akan memberi lebih tumpuan dan prihatin kepada karom antarabangsa. Jika dipanjangkan umur saya ingin melihat ianya menjadi satu kenyataan dan sama-sama kita tunggu pada hari tersebut. 

Berikut adalah laporan program bengkel yang diadakan seperti di bawah:

Tarikh: 8th Februari 2020
Hari: Sabtu
Tempat: Dewan Undangan Sarawak

Memaklumkan aktiviti-aktiviti Kelab Karom Master bersama-sama kelab gabungan MAKSAK Sarawak pada program Bengkel Karom Antarabangsa.

Turut hadir Setiausaha MAKSAK Sarawak En. Senawi bin Mohamad dan Penolong Setiausaha Maksak Sarawak En. Mohd Khairul Nizam bin Morshidi. Majlis ini telah dianjurkan oelh MAKSAK Sarawak serta diuruskan bersama AJK Kelab Jabatan Agama Islam Sarawak (KESUJA) serta AJK Kelab Karom Master Kuching.

Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang cukup positif dari wakil-wakil kelab gabungan.

Peserta-peserta yang hadir mengikuti bengkel karom antarabangsa

Nampaknya sesi pencerahan dan soal jawap

Jersey baru pasukan karom MAKSAK Sarawak untuk kejohanan tahun ini yang akan berlansung di Pulau Pinang.

Suasana sesi pencerahan dalam permainan karom antarabangsa

Nampaknya masing-masing memanaskan jari sebelum permainan bermula.

Begitu cermat menyusun buah-buah karom hasil dari latihan yang telah diberi

Nampaknya kesungguhan ditunjukkan ketika menjalani latihan

Akhirnya saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada En. Zakaria dan En. Shahrul dan pasukannya dari Kelab Karom Master Kuching kerana mengambil uasaha yang positif memperkembangkan karom antarabangsa di Sarawak. Sudah pasti tidak ketinggalan kepada Setiausaha Maksak En.  Senawi bin Mohamad dan Penolong Setiausaha Maksak Sarawak En. Mohd Khairul Nizam bin Morshidi kerana tanpa sokongan mantap mereka berdua ianya tidak berjaya. Tahniah anda sebenarnya adalah juara dalam pembikinan...

No comments:

Post a Comment