Sunday, March 22, 2020

AKSI YANG MENARIK DI SEPAJANG KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2020

Di sepanjang Kejohanan Karom MAKSAK 2020 berlansung pengadil-pengadil seperti biasa mencari port yang bagus untuk  menikmati juadah atau selera yang popular tempatan. Kesempatan yang ada bersama-sama sahabat setahun sekali ini kami cuba berseronok dengan persekitaran dan juga hidangan juadah yang berlainan seperti biasa.

Ruangan yang  ada juga ada di antara pemain dan pengadil yang bergambar dengan pelbagai gaya dan ragam untuk kenangan. Berikut adalah beberapa gambar dan terima kasih juga kepada sahabat yang turut memberi sumbangan rakaman untuk mengisi ruangan blog komuniti karom kali ini. Cuma satu pesan penulis... jangan sampai mengigau udah lee...


Kakak kita nii begitu teliti susun buah karom seperti hendak buat kek...


 Secara teknikal postur badan tidak bagus... kena berguru nii...


 Postur badan sudah bagus cuma posisi duduk agak rapat dengan bingkai...


Bawal goreng di Juru, Pulau Pinang.

Menjamu selera mee udang Pak Aziz di Sunga Dua.
  
Ikan Bakar berdekatan Sekolah Rendah Kandu Permatang Pauh.

 
Berada di atas feri menuju ke Pulau Pinang

Sedang menikmati selera Padang Kota

Kami pesan pasembor di warung ini...

 
Pasembor di Padang Kota.

Melihat gelanggang perlawanan akhir di Pasaraya Mydin.

Bersama rakan sekolah

Berswafoto bersama pengurus dan jurulatih pasukan Pahang.

Bersama peminat atau minat... dua perkara yang berbeza tuu...

Pasti ada cerita yang menarik untuk dikongsi.

Eeemmmm... pelbagai aksi dan ragam...


    
Nampaknya seronok sakan abang-abang pengadil...

    
Tangan dah lenguh kerana berswafoto

Yeop, isteri kome kat mane.... mesti terlepas kandang nii...

Tentera hijau sebelum memulakan tugas...


Sebelum pulang singgah menjamu selera di restoran ikan bakar...


Semoga kali ini memberi satu kenangan yang indah dan in shaa Allah dikesempatan yang lain kita sama-sama berdoa dapat bersama lagi.

Pulau Pinang tinggal kenangan
Berseronok bersama rakan taulan 
Makanan enak pelbagai hidangan
In shaa Allah ingatan berkekalan

No comments:

Post a Comment