Tuesday, December 17, 2024

DUNIA PERSARAAN


Penulis membahagikan kepada lima tahap yang penting dalam karier sebagai seorang ahli sukan. Pertama ketika melangkah masuk ke gelanggang sebagai pemain, Seterusnya tahap kedua mencapai kejayaan pertama dan akhirnya mengukir nama di bidang anda ceburi. Tahap ketiga setelah sekian lama sebagi pemain dan tiba saatnya pengalaman yang diperolehi membawa anda sebagai pengadil dan tahap keempat menjadi seorang jurulatih dan tahap kelima yang terakhir adalah hari persaraan anda. Apabila tiba noktah terakhir iaitu persaraan, maka itu adalah saat untuk anda berundur diri dari lapangan yang sudah berpuluh tahun terlibat secara lansung.

Seperti peribahasa yang berbunyi, kita tidak akan menongkah langit selama-lamanya. Ini bermaksud kita tidak selamanya berada di tempat hari ini untuk jangka waktu yang panjang. Selagi kita mampu untuk memberi sumbangan dari segi buah fikiran atau tenaga boleh diteruskan. Apabila tiba masanya kita akan berundur diri dan dilepasi jawatan untuk diserahkan kepada penganti, maka kita teruskan penghidupan seperti orang lain yang sudah bersara.

Kita sendiri akan mengetahui bila tarikh noktah itu akan berakhir mungkin kerana kekangan faktor kesihatan dan mungkin juga fizikal yang tidak lagi mengizinkan. Oleh demikian ada baiknya kita mengundurkan diri secara hormat dan memberi laluan kepada penganti supaya sukan itu terus berjalan dengan lancar. Jika itu anda lakukan, maka rakan-rakan anda akan menghormati keputusan anda itu. Dengan kepimpinan baru dan lebih bertenaga, maka ini memberi harapan baru ke arah pengurusan yang lebih mantap. Perubahan penting demi membawa sukan itu ke arah yang lebih baik dan membawa wadah baru untuk lebih luas lagi.
   
"Dalam merentas perjalanan hidup yang membawa pelbagai pengalaman dan kenangan pasti akan menuju jalan yang akan membawa ke destinasi akhir anda. Itulah noktah perjalanan anda yang terakhir perlu disedari."

No comments:

Post a Comment