Tuesday, November 8, 2022

KURSUS ASAS PENGADILAN DAN TEKNIK PERMAINAN KAROM ANTARABANGSA

Tarikh: 29 Oktober 2022

Tempat: Dewan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang

Selepas kejohanan Carrom World Championship 2022 yang berlansung di Langkawi, Malaysia, Kami melihat peluang untuk perkembangan karom antarabangsa di Malaysia nampaknya semakin cerah dan kursus ini merupakan salah satu ke arah yang lebih positif.

Peserta terdiri dari pelbagai peringkat dari jabatan kerajaan dan swasta. Peserta yang datang dari Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan persekitaran Lembah Klang. Kursus ini sebagai pemecah tradisi karom di tanah air dan sambutan sehingga 52 peserta termasuk pelajar sekolah menengah. Peserta-peserta terdiri dari orang lama atau otai dalam permainan karom dan mungkin mereka pernah mendengar karom antarabangsa tetapi tidak pernah bermain atau melihat peralatan yang sebenar. Hari ini mereka berpeluang melihat dan bermain bagaimana teknik permainan karom antarabangsa. Mungkin ada persamaan dengan karom malaysia dari segi menjentik striker cuma papan, striker dan teknik menjentik ke belakang yang tiada dalam permainan karom Malaysia. 

Kusus ini akan lebih menarik dan memberi lebih impak jika di adakan selama 2 hari kerana 1 hari sebenarnya tidak mencukupi terutama kepada peserta untuk merasakan permainan karom antarabangsa. In shaa Allah di masa akan datang akan ditambahbaik demi memberi kefahaman yang lebih mantap bukan hanya undang-undang permainan tetapi juga teknik permainan. Asas yang diterima akan membuka peluang kepada peserta-peserta untuk bergerak lebih jauh lagi di masa hadapan.

Kursus bermula dengan bacaan doa selamat oleh En. Fariz dan seterusnya En. kamarudin memulakan kursus dengan berkongsi pengalaman semasa Carrom World Championship 2022 di Langkawi. Asas undang-undang permainan karom antarabngsa diterangkan oleh En. Kamarudin berdasarkan Laws of Carrom by International Carrom federation edition 2004. Selepas itu En Suhaizan mengambil alih selepas waktu rehat untuk menceritakan teknik permainan. Memandangkan masa yang agak terhad ada yang tidak sempat untuk melihat dan mencuba sendiri bermain buat pertama kali karom antarabangsa. 

 
































Terimakasih kepada En. Remey dari JUPEM yang menyediakan tempat yang cukup memuaskan bermula dengan penyediaan tempat kursus hingga kepada jamuan makanan yang agak menarik. Terimakasih juga kepada En. Roslan dan En. Fariz yang datang membantu untuk memjayakan kursus ini. Akhir sekali terimakasih yang tidak terhingga kepada peserta-peserta yang hadir kerana tanpa anda semua kursus ini tidak akan berjaya sepenuhnya. Semoga berjumpa lagi di siri yang akan yang lebih mencabar dan peserta semua perlu bersedia lebih awal supaya berjalan lancar.

Hasil daripada kursus ini diharapkan peserta-peserta tidak berhenti di sini tetapi teruskan usaha untuk menambah ilmu di dalam permainan karom antarabangsa kerana peluang yang lebih besar menanti anda semua. Seperti kata pepatah melayu "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" dan "tidak kenal maka tidak cinta".

Teruskan perjuangan di dalam permainan Karom Malaysia dan Karom Antarabangsa kerana kedua-duanya memberi kelebihan kepada anda di masa akan datang.

Maju karom demi negara.

No comments:

Post a Comment