CERTIFIED INTERNATIONAL CARROM BOARD BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION WHILE STOCK LAST. PLEASE CALL +6019-6656101

Sunday, June 27, 2010

KEJOHANAN PIALA KORPORAT BERPASUKAN 2010

Tarikh : 26 Jul 2010
Tempat : Dewan Serbaguna, Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.
Masa : 10:15 pagi - 12:45 pagi

Kejohanan Karom Piala Korporat Berpasukan kembali lagi dan kali ini 19 pasukan yang terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan dan syarikat swasta mengambil bahagian. Majoriti penyertaan adalah daripada pasukan yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan hanya 4 pasukan daripada JCorp negeri Johor.

Promosi telah dilakukan dengan menyiarkan di dalam beberapa akhbar harian tetapi masih gagal menarik sebahagian besar peminat karom tanah air. Kemungkinan besar masih ada pemain karom tempatan yang masih menolak atau tidak ingin bermain mengikut undang-undang karom antarabangsa. Dan kemungkinan juga pasukan yang lain tidak dapat menyertainya kerana kekangkangan tugas yang perlu diselesaikan.

En. Soong sebagai Ketua Pengadil sedang berbincang dengan En. A. Kamaruddin. Mesti ada cerita yang menarik membuatkan mereka tersenyum...

Berikut adalah pasukan-pasukan yang mengambil bahagian:

JCorp : 4 pasukan
EPF : 2 Pasukan
PKNS : 2 Pasukan
UM : 2 Pasukan
CIMB : 1 Pasukan
Kelab KSNBJ : 1 Pasukan
UMW : 1 Pasukan
ECM Libra : 1 Pasukan
Semarak FC (JUPEM KL) : 1 Pasukan
Felcra : 1 Pasukan
Shooters : 1 Pasukan
Strikers (MAS) : 1 Pasukan
Karomas : 1 Pasukan


Proses undian menentukan kumpulan bersama pengurus pasukan

Undian pertama telah dilakukan pada hari khamis 24/7/2010 tetapi di hari pertandingan undian di lakukan sekali lagi kerana terdapat beberapa pasukan yang tidak dapat hadir di saat-saat akhir. Penganjur terpaksa mengambil masa sedikit berbincang dan mengunakan formula yang baru untuk menyusun semula pasukan yang bertanding di dalam setiap kumpulan. Undian dilakukan sekali lagi dan kali ini semua pengurus turut mengambil bahagian menentukan pasukan masing-masing.


KUMPULAN A


KUMPULAN B


KUMPULAN C


KUMPULAN D


KUMPULAN E


KUMPULAN F





















6 kumpulan berjaya dibentuk yang terdiri daripada 19 pasukan. Untuk mencukupkan kuota ke pusingan kedua, pasukan yang mendapat tempat terakhir di dalam kumpulan akan dipilih. 2 kumpulan dibentuk melalui undian semula dan pasukan-pasukan ini bertanding sekali lagi secara liga untuk menentukan 2 pasukan yang terbaik dan layak ke peringkat seterusnya.


KUMPULAN G (Pasukan bertanding semula untuk menentukan johan untuk layak ke peringkat seterusnya)


KUMPULAN H (Pasukan bertanding semula untuk menentukan johan untuk layak ke peringkat seterusnya)

Pusingan awal di dalam kumpulan dijalankan secara liga dan bermain sebanyak 8 papan atau 25 mata (mana yang terdahulu). Peringkat suku akhir hingga ke perlawanan akhir ditentukan melalui 25 mata dan jumlah papan tidak kira lagi. Salah satu pemain atau regu yang mencapai 25 mata terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.


PASUKAN YANG BERJAYA MENERUSKAN PERMAINAN HINGGA MENENTUKAN KEJUARAAN

Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Karom Malaysia En. Balbeer Singh. Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada beliau kerana sudi berada di tempat pertandingan dari awal hingga ke akhir acara.

Berikut adalah keputusan kejohanan Karom Piala Korporat pada tahun 2010:
Johan : UM A
Naib Johan : EPF B
Ketiga : Karomas
Keempat : PKNS A
Saguhati (tidak mengikut susunan)
Kelima hingga kelapan: EPF A, PKNS B, UMW dan Strikers

SAGUHATI: Pasukan PKNS B

SAGUHATI: Pasukan UMW

SAGUHATI: Pasukan EPF A

SAGUHATI: Pasukan Strikers

KEEMPAT: Pasukan PKNS A

KETIGA: Pasukan Karomas

KEDUA: Pasukan EPF B

JOHAN: Universiti Malaya A

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya dan bagi pasukan yang gagal cuba dan cuba lagi di masa hadapan. Dengan latihan yang konsisten, usaha meningkatkan skil permainan berterusan dan pelajari undang-undang permainan, tidak mustahil pasukan-pasukan yang gagal pada tahun ini akan berjaya juga di masa hadapan. Kejayaan tidak datang bergolek ke pangkuan kita tetapi dengan keringat usaha menentukan segala-galanya.

Secara peribadi saya ingin merakam setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan JCorp diketuai oleh En. Jefri yang telah menghantar 4 pasukan menyertai kejohanan pada kali ini. Walaupun ini merupakan pertama kali bermain karom mengikut undang-undang Persatuan Karom Antarabangsa tetapi saya melihat pasukan ini boleh pergi jauh sekiranya mendapat latihan yang betul dan mendalami undang-undang permainan.

Pendedahan kepada pasukan-pasukan baru pada setiap kali kejohanan adalah perlu untuk kesinambungan permainan karom antarabangsa terus bergerak ke hadapan. Persatuan karom Malaysia perlu melipat gandakan usaha promosi dan mengadakan beberapa kejohanan di dalam setahun. Persatuan Karom Malaysia akan cuba melakukan yang terbaik untuk kemajuan sukan ini dengan sokongan pemain-pemain karom yang sedia ada dan generasi baru di masa akan datang.

Akhir kata jumpa lagi di kejohanan Karom Piala Korporat 2011…

No comments:

Post a Comment