INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, January 3, 2022

 KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2021

Tarikh: 25 - 27 November 2021

Tempat: The Everly Hotel, Putrajaya.

Penganjur: MAKSAK Malaysia

Kejohanan karom MAKSAK tahun 2021 berlansung di Putrajaya setelah di tunda dari tarikh asal kerana covid19. Akhirnya kejohanan tahunan karom dapat dijalankan juga dengan SOP diperkenalkan untuk mengelak penularan covid19. Pada kejohanan kali ini terdapat 3 negeri dan 1 wilayah persekutuan yang tidak menyertai iaitu Sabah, Negeri Sembilan, Melaka dan Labuan. Tahun ini juga merupakan satu sejarah tercipta dimana semua pemain dan pegawai yang terlibat serta pengadil memakai pelitup mulut dan hidung di sepanjang kejohanan berlansung. Bukan hanya di gelanggang, malah juga di tempat sarapan yang disediakan oleh pengurusan hotel. Syukur alhamdulillah selesai kejohanan tiada gejala atau kejadian yang tidak diingini berlaku di sepanjang berlansung dan selepas kejohanan. Syabas kepada peserta-peserta, pegawai dan pengadil yang patuh kepada SOP seperti yang telah ditetapkan.

Berikut adalah kumpulan lelaki perpasukan:

KUMPULAN A

1. KEDAH

2. WP KUALA LUMPUR

3. ATM

KUMPULAN B

1. TERENGGANU

2. SELANGOR

3. PULAU PINANG

KUMPULAN C

1. PAHANG

2. JOHOR

3. PERLIS

KUMPULAN D

1. PDRM

2. SARAWAK

3. PERAK

Manakala kumpulan wanita perpasukan adalah seperti berikut:

KUMPULAN A

1. KEDAH

2. ATM

3. PERLIS

KUMPULAN B

1. PERAK

2. SARAWAK

3. WP KUALA LUMPUR

KUMPULAN C

1. PULAU PINANG

2. JOHOR

3. PAHANG

KUMPULAN D

1. SELANGOR

2. TERENGGANU

3. PDRM






























































































KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN PASUKAN LELAKI

Johan: WP KUALA LUMPUR

Kedua: SELANGOR

Ketiga bersama: TERENGGANU/KEDAH


 KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN PASUKAN WANITA

Johan: WP KUALA LUMPUR

Kedua: SELANGOR

Ketiga bersama: JOHOR/PAHANG









RUMUSAN

Secara keseluruhan kejohanan berjalan lancar dan tiada permasalahan yang timbul dan saya selaku ketua pengdil pada tahun ini mengucapkan terima kasih kepada pengadil-pengadil yang memberi kerjasama. Kepada pemain-pemain diharapkan meningkatkan lagi usaha untuk penambahbaikkan dalam permainan dan menaikkan nama pasukan supaya lebih mantap lagi. Manakala saranan kepada pengadil supaya sentiasa bersedia walaupun tiada kejohanan berlansung kerana kelekaan anda mengenai peraturan akan merugikan anda semua. Sehingga berjumpa lagi pada tahun hadapan di harapkan pihak penganjur (MAKSAK) terus mendukung permainan karom antarabangsa di peringkat kebangsaan.

Tahun 2021 Putrajaya sebagai tuan rumah

Suasana penularan covid19 seluruh negara

Bermain karom dalam keadaan berhemah

Semoga bersama bangkit dan terus mara