INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Saturday, February 29, 2020

KEJOHANAN KAROM ANTARABANGSA SARAWAK 2020

Tarikh: 15 & 16 Februari 2020
Tempat: Bangunan Riverside Shopping Mall, Kuching, Sarawak.
Masa: 9.00 pagi - 10.00 malam

Pada tahun ini bermula lagi satu kejohanan karom yang cukup penting bagi kalender sukan  MAKSAK Sarawak. Kejohanan ini adalah merupakan serampang dua mata iaitu aktiviti kejohanan dan pemilihan pemain untuk mewakili pasukan karom MAKSAK Sarawak ke Kejohanan Karom MAKSAK peringkat kebangsaan. Kejohanan peringkat kebangsaan akan berlansung pada 13 hingga 15 March 2020 dan kali ini giliran Pulau Pinang pula sebagai tuan rumah.

Tahniah kepada MAKSAK Sarawak kerana berjaya mengadakan kejohanan Karom Antarabangsa yang berskala besar setelah mempunyai peralatan sendiri disamping bantuan daripada beberapa individu yang mempunyai peralatan yang sama. Kali ini penganjuran kejohanan telah di amanahkan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (KESUJA). Manakala Kelab Karom Master Kuching bertindak sebagai teknikal dan pengendali kejohanan. Kejohanan ini mendapat restu dan sokongan yang padu daripada pegawai MAKSAK Sarawak yang diketuai oleh Setiausaha dan Penolong Setiausaha MAKSAK Sarawak yang menyokong pembangunan Karom Antarabangsa. Penulis melihat sokongan dari pengurusan yang tertinggi cukup penting kerana akan memberi impak kepada peminat-peminat karom khususnya di negeri Sarawak untuk terus berkecimpung di dalam sukan karom.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada:

1. MARDI
2. Jabatan Perangkaan Malaysia
3. Yayasan Sarawak
4. Jabatan Kerja Raya Sarawak
5. Universiti Malaysia Sarawak
6. PERKESO
7. Jabatan Akauntan Malaysia Sarawak
8. Kelab Kesihatan  Ibu Pejabat
9. Lembaga Pelabuhan Kuching
10. Universiti Malaysia Sarawak
11. Kastam Sarawak
12. Kelab Perubatan Kota Samarahan
13. Jabatan Agama Islam Sarawak

Pengurus pasukan UNIMAS En. Abdul Rahman sedang memberi taklimat yang terakhir kepada pasukannya sebelum kejohanan bermula. Mungkin ada strategi yang dirangka demi pencapaian pasukan pada tahun ini.

  
Suasana gelanggang kejohanan yang disusun atur dan yang lebih penting jarak antara papan karom mengikut standard kejohanan.

Pemandangan yang menarik dan suasana yang cukup selesa bergerak pemain dan pengadil semasa pertandingan berlansung.





 
Eeemmm... Ketawa menang atau kalah nii...





Posisi badan yang bagus lagaknya seperti seorang profesional... 






Sedang berbincang... nasib baik perlawanan belum dimulakan lagi. Kalau tidak ada harapan kena penalti....

Ceria sebelum perlawanan bermula...


Nampaknya ada kesefahaman dalam bersukan...




Pertembungan sesama sendiri.... Siapa yang menang agaknya...

Posing lebih sangat nanti jangan tersalah jentik...


Hati-hati bermain kerana anda diperhatikan...

Nampak seperti meletak penalti...


Senyum hanya di luar, tetapi di dalam siapa yang tahu...

Sesama geng mungkin bincang strategi agaknya...


Gaya tersendiri menyusun buah karom sebelum bermula...


Senyum sebelum bertanding adalah perkara biasa dan jangan menangis selepas tamat kerana itu adalah luar biasa...

Bergambar sebelum mula perlawanan...



Pemain - pemain yang menghadirikan diri untuk pemilihan pada tahun ini yang cukup memberansangkan. Tahniah kepada anda semua yang berani tampil ke hadapan dan berani mencuba demi semangat kesukanan yang tinggi. Teruskan usaha anda dan in shaa Allah semangat ini akan membawa anda lebih jauh di masa hadapan.


KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN

Kategori Perseorangan Lelaki
1. UNIMAS
2. UNIMAS
3. UNIMAS
4. Jabatan Akauntan Malaysia Sarawak

Kategori Perseorangan Wanita
1. UNIMAS
2. Jabatan Perubatan Samarahan
3. UNIMAS
4. Jabatan Perubatan Samarahan

Kategori Beregu Lelaki
1. UNIMAS
2. UNIMAS
3. UiTM Samarahan Sarawak
4. UiTM Samarahan Sarawak

Kategori Beregu Wanita
1. UNIMAS
2. UiTM Samarahan Sarawak
3. UiTM Samarahan Sarawak
4. Yayasan Sarawak

Tahniah kepada pasukan dan pemain yang berjaya terpilih untuk mewakili pasukan Karom MAKSAK Sarawak pada tahun ini. Diharapkan pemain-pemain yang terpilih pada tahun ini dapat mempertingkatkan lagi kemahiran mereka daripada tahun sebelumnya dan terus meningkat di masa akan datang. Manakala bagi pemain yang tidak terpilih jangan berputus asa dan berhenti di sini tetapi terus mencari punca kegagalan. Apabila sudah mengetahui puncanya, maka atur gerak langkah untuk merancang dan melaksanakannya.  

Rumusan yang dapat dibuat hasil kejohanan ini adalah karom antarabangsa nampaknya semakin mendapat sambutan dan tempat di hati peminat-peminat karom di Sarawak. Tidak mustahil perkembangan positif ini menjadi landasan untuk menunjukan bakat dan kebolehan. Diharapkan kejohanan ini juga menerima tempias kepada pendatang baru yang baru mengenali karom antarabangsa dan akan muncul menjadi peminat tegar karom antarabangsa di masa akan datang.

Sebelum menutup tirai terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Zakaria selaku presiden Kelab Karom Master Kuching yang pemberi maklumat kejohanan dan semoga pasukan beliau terus berjaya mempelopori karom antarabangsa di masa hadapan. Tahniah sekali lagi kerana berjaya mengadakan kejohanan kali ini dan bagi penulis ini merupakan kejohanan yang boleh diikrtiraf sebagai kejohanan di peringkat negeri. Teruskan momemtum ini di landasan yang sesuai, perancangan jangka panjang dan beristiqomah pastinya akan ada kejayaan yang akan menanti di hadapan. 

"KEJAYAAN BUKAN HANYA MENJULANG PIALA, TETAPI KEJAYAAN SEBENAR APABILA ANDA MELAKUKAN PERUBAHAN KE ARAH KEJAYAAN"

Tuesday, February 11, 2020

PERSEDIAAN AWAL 8th CARROM WORLD CHAMPIONSHP 2020

Tarikh: 16 - 20 September 2020

Tempat: Langkawi, Malaysia.

Buat pertama kali Malaysia menjadi tuan rumah satu kejohanan yang cukup prestij di peringkat antarabangsa "8th CARROM WORLD CHAMPIONSHP 2020".

Saya menyeru kepada peminat karom datang beramai-ramai pada tarikh kejohanan dengan menyaksikan sendiri pemain-pemain terbaik di dunia. Kepada peminat karom yang masih tidak mengetahui karom antarabangsa, jangan lepas peluang keemasan, kerana ini adalah masa yang terbaik untuk melihat sendiri teknik dan cara permainan. Selepas ini mungkin anda tidak berpeluang lagi untuk menyaksikan kejohanan peringkat antarabangsa di Malaysia. Untuk info kejohanan ini di adakan 4 tahun sekali dan kejohanan yang lepas telah diadakan di Birmingham, United Kingdom pada tahun 2016.

Persatuan Karom Malaysia akan mengadakan sesi pemilihan untuk mewakili pasukan Malaysia. Kepada yang sudah menceburi karom antarabangsa boleh mula berlatih dari sekarang dan tunggu pengumuman tarikh yang akan diberitahu nanti.

Kepada individu yang berminat dan memerlukan bantuan dari segi peralatan, memahami undang-undang permainan dan teknik permainan boleh hubungi saya di talian +6019-6656101. In shaa Allah saya akan bantu anda untuk mencapai cita-cita anda di dalam permainan karom antarabangsa.

Kepada anda seorang pemain karom bersedia dari sekarang  untuk menunggu perkembangan berita yang terkini dari masa ke semasa dan mungkin anda yang kami cari-cari untuk mewakili negara pada kejohanan berprestij tersebut.

 Penyerahan surat rasmi 8th Carrom World Championship 2020

 Bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kedah YB En. Mohd Asmirul Anuar bin Aris

PASUKAN KAROM MAKSAK SARAWAK MELANGKAH TERUS

Satu perkataan dari pengendali blog Komuniti Karom Antarabangsa hanya satu... TAHNIAH.

Pasukan karom MAKSAK maju setapak lagi ke hadapan dengan mengambil inisiatif untuk bergerak terus memajukan Karom Antarabangsa di bumi Kenyalang. Usaha yang bertali arus yang diketuai oleh En. Zakaria Abd Rahman selaku Presiden Kelab Karom Master Kuching bersama En. Shahrul sebagai bendahari kelab. Hasil bengkel ini akan memberi lebih ruang dan peluang kepada peminat-peminat karom khususnya di Sarawak. Dengan perancangan jangka panjang dan jangka pendek dapat menghasil sesuatu di masa hadapan untuk menaikkan nama Sarawak dalam permainan karom antarabangsa.

Teruskan usaha tanpa jemu untuk berjaya kerana kejayaan yang dicari bukannya jatuh secara tiba-tiba di depan mata tetapi perlu diusahakan dengan perancangan rapi dan mantap. Mencapai kejayaan tiada jalan mudah atau jalan pintas kerana kejayaan perlu dibina dari bawah dengan batu asas yang kuat dan mula bergerak ke atas secara perlahan-lahan dan konsisten. In sha Allah berkat usaha dan sokongan dari pihak MAKSAK sudah pasti ianya menjadi satu gabungan yang cukup bagus untuk terus berjaya.

Hasil usaha hari ini bukan hanya untuk dilihat di hari esuk sahaja tetapi ianya berterusan hingga hari hari mendatang. Sudah pasti pasukan Sarawak juga ingin meletak dirinya sebaris dengan pasukan-pasukan elit yang lain dipersada sukan tanah air. Hasil yang positif ini kemungkinan besar di masa akan datang Sarawak menjadi tuan rumah untuk kejohanan Karom MAKSAK peringkat kebangsaan. Saya melihat apabila tibanya waktu itu saya percaya peminat-peminat karom di bumi Kenyalang akan memberi lebih tumpuan dan prihatin kepada karom antarabangsa. Jika dipanjangkan umur saya ingin melihat ianya menjadi satu kenyataan dan sama-sama kita tunggu pada hari tersebut. 

Berikut adalah laporan program bengkel yang diadakan seperti di bawah:

Tarikh: 8th Februari 2020
Hari: Sabtu
Tempat: Dewan Undangan Sarawak

Memaklumkan aktiviti-aktiviti Kelab Karom Master bersama-sama kelab gabungan MAKSAK Sarawak pada program Bengkel Karom Antarabangsa.

Turut hadir Setiausaha MAKSAK Sarawak En. Senawi bin Mohamad dan Penolong Setiausaha Maksak Sarawak En. Mohd Khairul Nizam bin Morshidi. Majlis ini telah dianjurkan oelh MAKSAK Sarawak serta diuruskan bersama AJK Kelab Jabatan Agama Islam Sarawak (KESUJA) serta AJK Kelab Karom Master Kuching.

Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang cukup positif dari wakil-wakil kelab gabungan.

Peserta-peserta yang hadir mengikuti bengkel karom antarabangsa

Nampaknya sesi pencerahan dan soal jawap

Jersey baru pasukan karom MAKSAK Sarawak untuk kejohanan tahun ini yang akan berlansung di Pulau Pinang.

Suasana sesi pencerahan dalam permainan karom antarabangsa

Nampaknya masing-masing memanaskan jari sebelum permainan bermula.

Begitu cermat menyusun buah-buah karom hasil dari latihan yang telah diberi

Nampaknya kesungguhan ditunjukkan ketika menjalani latihan

Akhirnya saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada En. Zakaria dan En. Shahrul dan pasukannya dari Kelab Karom Master Kuching kerana mengambil uasaha yang positif memperkembangkan karom antarabangsa di Sarawak. Sudah pasti tidak ketinggalan kepada Setiausaha Maksak En.  Senawi bin Mohamad dan Penolong Setiausaha Maksak Sarawak En. Mohd Khairul Nizam bin Morshidi kerana tanpa sokongan mantap mereka berdua ianya tidak berjaya. Tahniah anda sebenarnya adalah juara dalam pembikinan...