INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Saturday, February 29, 2020

KEJOHANAN KAROM ANTARABANGSA SARAWAK 2020

Tarikh: 15 & 16 Februari 2020
Tempat: Bangunan Riverside Shopping Mall, Kuching, Sarawak.
Masa: 9.00 pagi - 10.00 malam

Pada tahun ini bermula lagi satu kejohanan karom yang cukup penting bagi kalender sukan  MAKSAK Sarawak. Kejohanan ini adalah merupakan serampang dua mata iaitu aktiviti kejohanan dan pemilihan pemain untuk mewakili pasukan karom MAKSAK Sarawak ke Kejohanan Karom MAKSAK peringkat kebangsaan. Kejohanan peringkat kebangsaan akan berlansung pada 13 hingga 15 March 2020 dan kali ini giliran Pulau Pinang pula sebagai tuan rumah.

Tahniah kepada MAKSAK Sarawak kerana berjaya mengadakan kejohanan Karom Antarabangsa yang berskala besar setelah mempunyai peralatan sendiri disamping bantuan daripada beberapa individu yang mempunyai peralatan yang sama. Kali ini penganjuran kejohanan telah di amanahkan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (KESUJA). Manakala Kelab Karom Master Kuching bertindak sebagai teknikal dan pengendali kejohanan. Kejohanan ini mendapat restu dan sokongan yang padu daripada pegawai MAKSAK Sarawak yang diketuai oleh Setiausaha dan Penolong Setiausaha MAKSAK Sarawak yang menyokong pembangunan Karom Antarabangsa. Penulis melihat sokongan dari pengurusan yang tertinggi cukup penting kerana akan memberi impak kepada peminat-peminat karom khususnya di negeri Sarawak untuk terus berkecimpung di dalam sukan karom.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada:

1. MARDI
2. Jabatan Perangkaan Malaysia
3. Yayasan Sarawak
4. Jabatan Kerja Raya Sarawak
5. Universiti Malaysia Sarawak
6. PERKESO
7. Jabatan Akauntan Malaysia Sarawak
8. Kelab Kesihatan  Ibu Pejabat
9. Lembaga Pelabuhan Kuching
10. Universiti Malaysia Sarawak
11. Kastam Sarawak
12. Kelab Perubatan Kota Samarahan
13. Jabatan Agama Islam Sarawak

Pengurus pasukan UNIMAS En. Abdul Rahman sedang memberi taklimat yang terakhir kepada pasukannya sebelum kejohanan bermula. Mungkin ada strategi yang dirangka demi pencapaian pasukan pada tahun ini.

  
Suasana gelanggang kejohanan yang disusun atur dan yang lebih penting jarak antara papan karom mengikut standard kejohanan.

Pemandangan yang menarik dan suasana yang cukup selesa bergerak pemain dan pengadil semasa pertandingan berlansung.





 
Eeemmm... Ketawa menang atau kalah nii...





Posisi badan yang bagus lagaknya seperti seorang profesional... 






Sedang berbincang... nasib baik perlawanan belum dimulakan lagi. Kalau tidak ada harapan kena penalti....

Ceria sebelum perlawanan bermula...


Nampaknya ada kesefahaman dalam bersukan...




Pertembungan sesama sendiri.... Siapa yang menang agaknya...

Posing lebih sangat nanti jangan tersalah jentik...


Hati-hati bermain kerana anda diperhatikan...

Nampak seperti meletak penalti...


Senyum hanya di luar, tetapi di dalam siapa yang tahu...

Sesama geng mungkin bincang strategi agaknya...


Gaya tersendiri menyusun buah karom sebelum bermula...


Senyum sebelum bertanding adalah perkara biasa dan jangan menangis selepas tamat kerana itu adalah luar biasa...

Bergambar sebelum mula perlawanan...



Pemain - pemain yang menghadirikan diri untuk pemilihan pada tahun ini yang cukup memberansangkan. Tahniah kepada anda semua yang berani tampil ke hadapan dan berani mencuba demi semangat kesukanan yang tinggi. Teruskan usaha anda dan in shaa Allah semangat ini akan membawa anda lebih jauh di masa hadapan.


KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN

Kategori Perseorangan Lelaki
1. UNIMAS
2. UNIMAS
3. UNIMAS
4. Jabatan Akauntan Malaysia Sarawak

Kategori Perseorangan Wanita
1. UNIMAS
2. Jabatan Perubatan Samarahan
3. UNIMAS
4. Jabatan Perubatan Samarahan

Kategori Beregu Lelaki
1. UNIMAS
2. UNIMAS
3. UiTM Samarahan Sarawak
4. UiTM Samarahan Sarawak

Kategori Beregu Wanita
1. UNIMAS
2. UiTM Samarahan Sarawak
3. UiTM Samarahan Sarawak
4. Yayasan Sarawak

Tahniah kepada pasukan dan pemain yang berjaya terpilih untuk mewakili pasukan Karom MAKSAK Sarawak pada tahun ini. Diharapkan pemain-pemain yang terpilih pada tahun ini dapat mempertingkatkan lagi kemahiran mereka daripada tahun sebelumnya dan terus meningkat di masa akan datang. Manakala bagi pemain yang tidak terpilih jangan berputus asa dan berhenti di sini tetapi terus mencari punca kegagalan. Apabila sudah mengetahui puncanya, maka atur gerak langkah untuk merancang dan melaksanakannya.  

Rumusan yang dapat dibuat hasil kejohanan ini adalah karom antarabangsa nampaknya semakin mendapat sambutan dan tempat di hati peminat-peminat karom di Sarawak. Tidak mustahil perkembangan positif ini menjadi landasan untuk menunjukan bakat dan kebolehan. Diharapkan kejohanan ini juga menerima tempias kepada pendatang baru yang baru mengenali karom antarabangsa dan akan muncul menjadi peminat tegar karom antarabangsa di masa akan datang.

Sebelum menutup tirai terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Zakaria selaku presiden Kelab Karom Master Kuching yang pemberi maklumat kejohanan dan semoga pasukan beliau terus berjaya mempelopori karom antarabangsa di masa hadapan. Tahniah sekali lagi kerana berjaya mengadakan kejohanan kali ini dan bagi penulis ini merupakan kejohanan yang boleh diikrtiraf sebagai kejohanan di peringkat negeri. Teruskan momemtum ini di landasan yang sesuai, perancangan jangka panjang dan beristiqomah pastinya akan ada kejayaan yang akan menanti di hadapan. 

"KEJAYAAN BUKAN HANYA MENJULANG PIALA, TETAPI KEJAYAAN SEBENAR APABILA ANDA MELAKUKAN PERUBAHAN KE ARAH KEJAYAAN"

No comments:

Post a Comment