INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Thursday, March 19, 2020

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2020

Tarikh: 22 - 23 Februari 2020
Tempat: Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya.
Penganjur: MAKSWIP

Selamat berjumpa lagi di kejohanan karom MAKSWIP 2020 yang telah telah di adakan di Putrajaya. Kejohanan kali memberi satu impak dengan perkembangan yang agak baik kerana penambahan penyertaan yang agak ketara terutama bagi kategori wanita berpasukan. Sehinggakan kumpulan wanita berpasukan terpaksa dibahagikan kepada 4 kumpulan. Perkembangan positif ini memberi peluang karom antarabangsa berada dalam kategori sukan yang diiktiraf dan penerimaan yang baik oleh gabungan di bawah pengurusan MAKSWIP. 

Kejohanan seperti biasa mengunakan format satu perlawanan yang mengandungi 8 papan atau 25 mata. Dalam perlawanan peubahan posisi tempat duduk akan bertukar sekiranya mana-mana pemain mencapai 13 mata terlebih dahulu atau selepas papan ke 4 selesai. Cara ini adalah untuk memberi keadilan kepada pemain-pemain merasai posisi yang sama dengan pihak lawan.

Kejohanan kali ini buat pertama kali mengunakan peralatan baru grad A yang lengkap atau dipanggil papan kejohanan berjenama SYNCO PLATINUM. Pemain-pemain dapat bermain dan merasakan papan terbaik yang pernah di gunakan di beberapa kejohanan seperti Carrom World Championship 2016 di United Kingdom, World Cup 2018 di Korea dan ICF Cup 2019 di India. 

Berikut adalah kumpulan lelaki perpasukan:

KUMPULAN A
1. JUPEM
2. UM (B)
3. LHDN (A)
4. PERKESO (B)

KUMPULAN B
1. KPKT
2. JAKIM
3. MARA
4. DBKL

KUMPULAN C
1. UM (A)
2. LHDN (B)
3. KPKK
4. KRR

KUMPULAN D

1. MIDA

2. PERKESO (B)
3. MAIWP
4. LTAT

Manakala kumpulan wanita perpasukan adalah seperti berikut:

KUMPULAN A
1. UM
2. PERKESO (B)
3. JUPEM

KUMPULAN B
1. KPKT
2. KAKEP
3. STADIUM
4. DBKL

KUMPULAN C
1. RTM
2. MARA
3. KKM

KUMPULAN D
1. LHDN
2. PERKESO (A)
3. LTAT




Susunan papankarom




Sesi taklimat sebelum kejohanan bermula

Sesi soal jawap kepada pasukan baru...


Menunjukkan cara bermain dan beberapa tips dalam permainan



































Carta suku akhir lelaki berpasukan


Carta suku akhir wanita berpasukan

PERLAWANAN AKHIR JUPEM vs UM (B)

Perseorangan pertama

Perseorangan kedua

  
Beregu

PENYAMPAIAN HADIAH (LELAKI BERPASUKAN)

UM (B) (Johan)


JUPEM (Naib Johan)


UM (A) (ketiga bersama)


MIDA (ketiga bersama)


 PENYAMPAIAN HADIAH (WANITA BERPASUKAN)

 UM (Johan)

DBKL (Naib Johan)

 RTM (ketiga bersama)

 MARA (ketiga bersama). Tahniah kepada pasukan ini walaupun baru tetapi mampu bersaing dengan pasukan yang lebih senior dengan menampilkan kebolehan yang agak baik sehingga berjaya sampai ke tahap ini. 


Pasukan UM mucul juara berkembar lelaki berpasukan dan wanita berpasukan. Tahniah kepada pasukan UM yang masih mengungguli di kejohanan karom antarabangsa MAKSWIP.

  
  Barisan pengadil yang menjalankan tugas dengan penuh berdisplin dan berdedikasi
(Dari Kiri Mazlan, Remey, Suhaizan, Roslan, Fariz dan Azhar. Kamarudian (tiada dalam gambar terpaksa pulang awal kerana urusan keluarga)


Rumusan kejohanan kali ini boleh dilihat dari beberapa faktor iaitu yang pertama gelanggang kejohanan yang agak tidak berapa sesuai kerana ruang yang agak sempit dan susunan papan menjadi tidak menarik. Kedua memandangkan karom di tempatkan di luar dewan iaitu di ruang legar di mana cahaya matahari yang terpancar menyilau dan menjadikan kekangan kepada pemain-pemain apabila mengadap ke arah cahaya. Ganguan ini menjadikan kurang selesa kepada pemain-pemain terutama yang berhampiran dengan dinding kaca tanpa langsir. Manakala faktor keempat adalah memandangkan karom adalah kejohanan tahunan dan mungkin ada di antara pemain yang hanya bermain setahun sekali, maka dilihat ramai pemain tidak mempunyai teknik yang baik semasa bermain. Ini juga membawa kepada tiada kemudahan peralatan untuk berlatih dan akhirnya impaknya kepada pemain-pemain tidak bermain dengan baik.

Kemudahan peralatan penting kepada pemain untuk berlatih ke arah meningkatkan lagi kemahiran dan skil. Kemahiran bukan dibina dalam sehari atau seminggu atau sebulan tetapi ianya mengambl masa yang agak lama untuk menjadi yang terbaik.

Sekian untuk kali ini dan in shaa Allah semoga dipanjangkn umur kita dapat berjumpa lagi di masa hadapan dengan lebih menarik dan meriah.

"Mencari ilmu bagaikan batu-batu menghalang arus sungai mengalir, manakala bila sudah berilmu bagaikan arus sungai mengalir tanpa halangan"

No comments:

Post a Comment