Ramai
di antara kita suka bersukan atau hanya suka menonton sukan samada secara
lansung atau menerusi media. Bagi yang suka menonton sukan, mereka hanya
seronok melalui penglihatan begitu sahaja tanpa menjiwai sebenar permainan
tersebut. Tetapi bagi yang suka bersukan mereka akan merasai dan menjiwai sukan
yang mereka minati bukan hanya sekadar menerusi penglihatan tetapi mereka
terlibat secara lansung dan bermain dengannya.
Apabila minat timbul di dalam diri seseorang, ini menjadi lebih mudah untuk dibentuk menjadi pemain yang berdisplin. Displin merupakan salah satu cabang yang penting di dalam pembangunan individu dalam bersukan. Bila displin sudah ada di dalam diri, maka pemain akan mengikut arahan dan saranan dari pihak pengurusan untuk membangunkan pasukan ke arah lebih cemerlang. Untuk mencapai kejayaan mudah mudah, tetapi displin akan membantu ke arah yang lebih positif.
Ada sesetengah pemain yang
terlalu minat sukan tersebut sehingga sanggup mengumpul wang untuk membeli peralatan
permainan sebagai kenangan atau lebih dari itu mereka mengambil inisiatif
mengunakannya untuk berlatih. Menyentuh
dalam permainan karom khususnya mereka yang minat dan mempunyai peralatan
sendiri, sebenarnya mereka lebih komited untuk membangunkan kemahiran diri dan
ingin berjaya di bidangnya. Pemain seperti ini akan berlatih jika ada ruang waktu untuk membangun skil dan kemantapan dalam teknik permainan. Jika di tanya pemain-pemain terbaik di dunia pasti mereka mempunyai peralatan sendiri di rumah untuk berlatih mengikut masa mereka demi membangunkan kebolehan dalam permainan. Latihan bersendirian cukup penting untuk menambah baik dari segi ketepatan dan memasukkan buah karom ke dalam saku.
Kesempatan waktu yang ada mereka manfaatkan bersama
demi minat yang ada di dalam diri mereka. Sebenarnya pemain yang bagus bermula di sini...
Mereka begitu komited dalam permainan karom sehingga
anda boleh melihat sendiri bagaimana kesudahannya. Hanya pemain sahaja yang tahu bagaimana seronoknya
bermain karom dan anda bagaimana pula...
"Jangan takut melakukan kesalahan kerana kesalahan mengajar dalam proses mencari pembetulan"
"Jangan takut melakukan kesalahan kerana kesalahan mengajar dalam proses mencari pembetulan"
No comments:
Post a Comment