INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Sunday, March 22, 2020

KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2020

Tarikh: 13 - 15 March 2020
Tempat: Hotel Ixora, Seberang Perai & Mydin Mall Bukit Mertajam.
Penganjur: MAKSAK Malaysia


Kejohanan karom MAKSAK tahun ini dilansungkan buat kali kedua di Pulau Pinang cuma bezanya kali ini di Seberang Prai. Ruangan untuk gelanggang kejohanan di sediakan hanya mencukupi untuk susunan papan dan pemain yang bermain sahaja kerana ruangan agak terhad dan kompak. Hanya beberapa penyokong atau penonton berpeluang untuk melihat kejohanan berlansung. Secara peribadi gelanggang kejohanan yang sesuai sekiranya pemain-pemain dan penyokong turut serta melihat di samping mempelajari sesuatu semasa perlawanann berlansung. Pemain dan penyokong juga boleh mempelajari sesuatu dari pengadil yang bertugas untuk menambah ilmu dari segi mengendalikan kejohanan di masa hadapan.  

Berikut adalah kumpulan lelaki perpasukan:

KUMPULAN A
1. SELANGOR
2. SABAH
3. KELANTAN
4. PDRM

KUMPULAN B
1. WPKL
2. MELAKA
3. PAHANG
4. KEDAH

KUMPULAN C
1. JOHOR
2. PERLIS
3. TERENGGANU
4. ATM

KUMPULAN D
1. PERAK
2. PENJARA
3. PULAU PINANG
4. SARAWAK

Manakala kumpulan wanita perpasukan adalah seperti berikut:

KUMPULAN A
1. SELANGOR
2. MELAKA
3. PAHANG
4. JOHOR

KUMPULAN B
1. TERENGGANU
2. PERLIS
3. SABAH
4. KELANTAN

KUMPULAN C
1. WPKL
2. SARAWAK
3. ATM
4. PENJARA

KUMPULAN D
1. KEDAH
2. PDRM
3. PULAU PINANG
4. PERAK

Perlawanan di adakan di hotel Ixora bermula di pusingan liga dalam setiap kumpulan sehingga perlawanan peringkat separuh akhir sahaja. Manakala perlawanan di peringkat akhir pula pihak penganjur telah mengubah gelanggang di Mydin Shoping Mall. Ruangan yang disediakan untuk penyokong dan penonton cukup selesa kerana berada di ruang legar utama. Memandangkan gelanggang kejohanan adalah terbuka, maka orang awam yang berkunjung untuk membeli belah di Mydin Mall turut serta dan menjadikan mereka sebagai daripada penonton.

PERLAWANAN LIGA HINGGA SEPARUH AKHIR DI IXORA HOTEL


Susunan papan karom di gelanggang yang agak sempit.










   

   












Pasukan Sarawak

 Pasukan Selangor

Pasukan Perak

 Pasukan Kuala Lumpur

PERLAWANAN AKHIR DI MYDIN MALL

Keputusan Perlawanan Akhir Pasukan Lelaki
WPKL (2) vs PERAK (0)

Keputusan Perlawanan Akhir Wanita
WPKL (2) vs SELANGOR (0)

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN PASUKAN LELAKI
Johan: WPKL
Kedua: PERAK
Ketiga bersama: SELANGOR/SABAH

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN PASUKAN WANITA
Johan: WPKL
Kedua: SELANGOR
Ketiga bersama: PERLIS/PULAU PINANG



 


 Perseorangan lelaki pertama

Perseorangan lelaki kedua

   Bergu Lelaki
   
 Perseorangan wanita pertama

 Perseorangan wanita kedua

Bergu wanita

 Pasukan lelaki MAKSAK KL muncul johan.

Pasukan wanita MAKSAK KL muncul johan.

Selepas perlawanan saya telah didatangi oleh seorang awam dan mungkin juga peminat karom telah bertanya beberapa soalan kerana kali melihat pertama melihat cara permainan karom yang agak berlainan seperti biasa. Ruangan yang ada saya memberi sedikit pencerahan perbezaan karom yang selalu dimainkan di Malaysia dengan karom yang beliau baru sahaja melihat sebagai pengalaman baru baginya. Walaupun hanya seorang sahaja yang bertanya, saya berharap sedikit sebanyak pencerahan yang diberikan akan menjadi positif pada suatu hari nanti. Saya juga melihat hasil pihak penganjur juga tercapai untuk orang awam melihat kejohanan karom MAKSAK pada tahun ini. Ini merupakan satu tindakan yang cukup positif dan sekali lagi terima kasih kepada pihak penganjur yang cukup berwawasan demi mempromosikan sukan karom.

Pengadil-pengadil yang bertugas di sepanjang kejohanan.

Pengadil yang bertugas perlawanan akhir.

Rumusan yang saya dapat simpulkan dengan tiga perkara pokok yang perlu diberi perhatian berat oleh beberapa pasukan jika ingin bergerak maju ke hadapan. Saranan ini tidak lain dan tidak bukan hanya satu iaitu bertujuan untuk meningkatkan mutu permainan dan untuk itu ilmu perlu ada pada pemain-pemain. Tiga perkara ini adalah hasil dari pengamatan penulis di sepanjang kejohanan berlansung, walaupun terdapat peningkatan dari undang-undang permainan tetapi teknik permainan masih lagi lemah.

Perkara yang pertama perlu diambil tindakan adalah pihak pengurusan pasukan. Pengurusan pasukan adalah cukup penting kepada sesebuah pasukan untuk terus maju dan melakukan perubahan. Tanpa pengurusan yang cekap dan berwawasan sudah pasti pasukan yang dibimbingnya tidak akan berdaya saing dan tidak mampu untuk berjuang di gelanggang. Pengurus perlu merangka gerak kerja jangka pendek dan jangka panjang. Pengurus perlu bergerak dari awal dalam persediaan untuk membentuk pasukan yang mantap dan bukan di saat-saat akhir. Pengurus juga perlu menjaga dan mengambil berat hal ehwal pemain-pemain di bawah jagaannya. Pengurus yang diberikan amanah perlu merangka perancangan terhadap pasukannya bermula mencari pemain-pemain sehingga menyediakan asas peralatan dan tidak ketinggalan mencari jurulatih. Menyediakan peralatan dan latihan intensif untuk pemain-pemain adalah penting jika ingin maju ke hadapan kerana tanpa keduanya pasukan tersebut tidak mampu untuk mendapat keputusan yang baik.

Pengurus juga perlu bertindak bijak dalam pembentukan sesebuah pasukan untuk bersaing di gelanggang perlawanan. Pengurus jangan sesekali membandingkan pasukan yang lebih mantap dan berjaya jika perkara dasar untuk pasukannya diabaikan. Jangan salahkan pemain semata-mata jika pengurus tidak melakukan sesuatu kepada pasukannya. Pengurus yang bijak akan melakukan sesuatu demi peningkatan pasukannya dan akan melakukan perubahan demi perubahan untuk meniti ke arah kejayaan. Akhir sekali seseorang pengurus perlu bertanya kepada dirinya apa yang perlu dilakukan untuk pasukannya dan bagaimana merancang untuk berjaya seperti pasukan yang selalu berada di hadapan. Sikap dan perancangan boleh dibentuk untuk mencapai kecemerlangan dalam pembentukkan pasukan yang mantap.

Perkara kedua adalah mempunyai pemain yang komited dan berwawasan. Seorang pemain yang ingin berjaya sudah pasti mempunyai wawasan tersendiri demi mencapai kejayaan dan matlamat diri dalam bersukan. Untuk berjaya setiap pemain memerlukan pengetahuan dan ilmu demi menimba kejayaan dan tanpa ilmu sudah pasti tidak akan berjaya. Oleh itu pihak pengurusan adalah penting untuk menyedia seorang jurulatih yang berpengalaman dalam membina pasukan yang boleh bersaing di gelanggang. Setelah menerima latihan yang sempurna pastinya pemain yang mempunyai wawasan akan terus berlatih dan istiqomah dalam latihan demi mencapai tahap atau piawaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Latihan yang diterima sudah pasti akan membantu pemain mempertingkatkan lagi keyakinan diri dalam permainan dan untuk menrealisasikan pihak pengurusan dalam pembentukkan pasukan yang mantap. Kepada pemain jangan mengharap kepada jadual dari pihak pengurusan semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu perlu melakukan sendiri latihan tambahan di luar jadual demi meningkatkan skil dan teknik permainan. Mengharapkan jadual dari pihak pengurusan untuk menjadi bagus adalah tidak mencukupi, tetapi setiap pemain perlu latihan tambahan untuk berubah menjadi lebih bagus. Kuncinya adalah pemain mesti menjalani latihan yang berterusan dan konsisten.

Perkara yang ketiga adalah setiap pasukan perlu mempunyai peralatan permainan asas dan jika mampu cari peralatan yang terbaik. Secara asasnya jika mempunyai pemain tetapi peralatan tidak berkualiti juga akan menimbulkan masalah, tetapi masih mampu untuk jalani latihan hanya ala kadar sahaja. Tetapi bagaimana jika pasukan tidak mempunyai lansung peralatan permainan dan ianya merupakan perkara yang malang kepada pasukan tersebut. Mana mungkin pasukan tersebut akan berjaya jika perkara asas yang perlu ada pun tidak dapat disediakan. Bagi pasukan ini merupakan perkara yang cukup malang dan pasti pasukan ini tidak akan mampu bergerak jauh dalam pertandingan. Jika peralatan permainan tiada sudah pasti pemain juga tidak menerima latihan yang sempurna dan ini sudah pasti satu lagi perkara yang malang kepada pasukan tersebut. Jangan ambil mudah mengenai peralatan permainan, kerana peralatan perlu disediakan untuk pasukan ke arah membina pemain-pemain yang berkualiti selepas menjalani latihan.

Oleh itu ketiga-tiga perkara di atas perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan dan pemain ingin berjaya di masa hadapan. Tiada jalan pintas untuk berjaya dan ianya mesti melalui satu proses yang bersistematik ke arah kecemerlangan.

"Kecemerlangan yang diperolehi adalah dicipta hasil dari latihan dan bukan mengharapkan kejayaan jatuh ke riba yang pasti tidak mungkin berlaku" 

No comments:

Post a Comment