INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, July 13, 2012

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2012

Tempat: Bangunan Risda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tarikh: 17/7/2012


Hari ini saya tiba seawal 7:20 pagi di Risda Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk menyusun 20 papan karom supaya pertandingan Karom Makswip 2012 berjalan mengikut jadual memandangkan kejohanan hanya satu hari sahaja. 

Penyertaan kejohanan kali ini kurang memberansangkan dan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tidak tahu dimana silapnya tetapi mungkin pasukan-pasukan lain mempunyai komitmen yang lebih penting atau info tidak sampai ke sasarannya. Walau bagaimanapun kejohanan tetap diteruskan sebagai satu tradisi kejohanan di dalam kalendar tahunan Makswip. Kejohanan ini juga untuk mengenal pasti pasukan atau pemain-pemain yang terbaik untuk mewakili pasukan Kuala Lumpur di kejohanan yang lebih besar di peringkat kebangsaan iaitu di Kejohanan Karom Maksak pada tahun ini.

Undian pasukan yang bertanding telah dijalankan sebelum ini dan berikut adalah pasukan lelaki yang mengambil bahagian:

Kumpulan A: UM, FELDA A, MIDA dan JUPEM.

Kumpulan B: DBKL, FELDA B, LGM, Muzium dan FRIM.

Manakala pasukan wanita dijadikan satu kumpulan sahaja memandangkan hanya empat penyertaan yang mengambil bahagian. Oleh demikian pasukan wanita bermain secara liga dan berikut adalah pasukan yang mengambil bahagian: DBKL, UM, KPKK dan FELDA.

Kejohanan bermula sekitar 9:30 pagi dan selesai hampir jam 9 malam. Secara keseluruhan kejohanan berjalan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

  

















Keputusan Kumpulan Wanita (Bermain secara liga kerana penyertaan yang sedikit).

Keputusan Kumpulan A Lelaki
Keputusan Kumpulan B Lelaki






 Suasana peminat-peminat mengerumuni perlawanan yang penting bagi kedua-dua pasukan...

 
 Perseorangan pertama... sebagai penentu kejuaraan...

Berikut adalah keputusan kejohanan pasukan wanita:
Johan: KPKK
Naib Johan: DBKL
Ketiga: UM
Keempat: FELDA

Berikut adalah keputusan kejohanan pasukan lelaki:
Johan: JUPEM
Naib Johan: UM
Ketiga: DBKL dan LGM

Kepada pasukan FELDA yang buat pertama kali menyertai kejohanan karom Makswip pada tahun ini saya mengucapkan tahniah. Ini bermakna satu lagi pasukan yang akan meyuburkan permainan karom antarabangsa di Malaysia. Sebelum ini saya hanya mengenali Sulaiman Baharuddin yang agak aktif bermain karom antarabangsa dan selalu mengambil bahagian setiap kali kejohanan karom antarabangsa diadakan. Beliau juga pernah mewakili pasukan Malaysia di kejohanan terbuka Malaysia tahun 1999 dan 2001. Secara keseluruhan saya perhatikan pasukan ini mempunyai pemain yang berkebolehan untuk diketengahkan. Pasukan ini perlu di bentuk dengan latihan yang rapi dari segi undang-undang dan cara bermain dengan baik. Saya secara peribadi menyarankan pihak pengurusan pasukan karom Felda perlu mengambil langkah untuk menaik tarafkan pasukan mereka supaya lebih kompetitif di masa hadapan.

Keputusan Akhir Kejohanan
 LGM tempat ketiga. Ini merupakan pencapaian yang terbaik mereka pada tahun ini

 DBKL kongsi tempat ketiga bersama LGM

UM hanya berjaya mendapat tempat kedua pada tahun ini.

JUPEM muncul juara Karom MAKSWIP 2012. Satu pencapaian yang terbaik dan tahniah kerana kejayaan pasukan mereka. 

Pengadil yang bertugas dari kiri Hairol, Roslan, Mohd Suhaizan, Mohd Zaini dan seorang lagi Mat Daud terpaksa pulang awal kerana urusan penting yang perlu diselesaikan.


Kepada pasukan lain pula saya melihat rata-rata pasukan mereka masih mengunakan khidmat pemain-pemain lama dan saya kira mereka masih mempunyai skil yang baik tetapi bisanya sudah hampir hilang. Saya rasa mereka perlu berbuat sesuatu untuk mengrekrutkan pemain-pemain baru sebagai pasukan pelapis atau satu hari nanti mereka akan kehilangan takhta kegemilangan mereka.

Saya juga perhatikan langkah sesetengah pengurusan pasukan untuk menyiapkan diri menghadapi sesuatu kejohanan juga tidak mempunyai perancangan yang jelas. Jika ini berlaku mana mungkin sesuatu pasukan dapat mencapai keputusan yang lebih baik.

Kepada pasukan Jupem KL diucapkan syabas kerana berjaya melepasi halangan dan muncul juara pada tahun ini. Kepada pasukan yang gagal anda perlu melihat di manakah kesilapan yang berlaku dan bagaimanakah cara untuk meningkatkan lagi mutu permainan pasukan mereka. Kejayaan tidak datang bergolek tetapi kegagalan akan muncul di depan mata jika anda tidak berbuat sesuatu yang lebih positif.

Akhir kata maju karom untuk negara…

No comments:

Post a Comment