INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, October 9, 2013

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2013

Tempat: Dewan RISDA Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tarikh: 26 September 2013
Masa: 09:30 pagi - 07:45 malam

Pasukan lelaki dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu:
Kumpulan A: JUPEM, KSN BJ, UM b dan LPP
Kumpulan B: UM A, FRIM dan KRLPPM B
Kumpulan C: DBKL, JKWPKL, LPPKN B dan KRLPPM A
Kumpulan D: LPPKN A, MY IPPO dan KAKEP

Pasukan wanita hanya satu kumpulan sahaja dan perlawanan secara liga. Berikut adalah pasukan yang bertanding: DBKL, UM, KSN BJ dan LPPKN.

PERLAWANAN LIGA DI DALAM KUMPULAN A, B, C DAN D





















KEPUTUSAN PASUKAN YANG BERJAYA KE PERINGKAT SUKU AKHIR





PENGUNDIAN SEMULA UNTUK MENENTUKAN TEMPAT KE SUKU  AKHIR



PERLAWANAN SUKU AKHIR
JUPEM vs FRIM
KAKEP vs KRLPPM A

UM A vs UM B (UM B memberi laluan kepada UM A kerana bertembung sesama sendiri)
DBKL vs LPPKN A













PERLAWANAN SEPARUH AKHIR
JUPEM vs KAKEP
UM A vs DBKL




PERLAWANAN AKHIR
UM A vs KAKEP

Satu keputusan dan pencapaian yang boleh dibanggakan yang dilakukan oleh seorang pemain UM A yang telah berjaya melakukan "BLACK SLAM". Pemain tersebut adalah Wan Arif ketika perlawanan akhir bertemu Rahmat daripada KAKEP. Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada beliau. Diharap di masa hadapan MAKSWIP dapat menyediakan satu hadiah istimewa kepada pemain-pemain yang berjaya melakukan "WHITE SLAM" atau "BLACK SLAM"


CARTA PERINGKAT SUKU AKHIR HINGGA AKHIR PASUKAN LELAKI

KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN



Tahniah juga diperikan kepada pasukan KAKEP kerana pada tahun ini berjaya hingga ke peringkat akhir. Ini merupakan pencapaian yang terbaik pasukan KAKEP sejak menyertai kejohanan Karom Makswip. Tahniah juga kepada pasukan UM A yang berjaya kembali merangkul juara pada tahun ini. Saya juga merakam tahniah kepada Pengurus UM En. Husin yang selalunya menberi sokongan dan setiap kali kejohanan diadakan sudah pasti pasukannya akan menghantar 2 pasukan lelaki dan satu pasukan wanita. Teruskan tradisi ini untuk pasukan anda di masa hadapan dengan meraih lebih banyak kejayaan.

Kepada pasukan DBKL saya kira pasukan ini masih mengekalkan pemain-pemain yang sama dan pencapaian mereka masih kekal di ranking yang terbaik. Mungkin percaturan mereka tidak menjadi pada tahun ini untuk muncul juara. Saya lihat juga Pengurus DBKL En. Isa terpaksa turun bermain kerana mungkin tiada penganti atau kekurangan pemain. Saya perhatikan beliau masih bermain dengan baik dan mempunyai skil yang perlu digharab lagi dan mungkin kurang berlatih atau sibuk sebagai pengurus.

Kepada pasukan yang gagal dan masih berada di tahap yang sama, maka saya sarankan pengurus pasukan perlu melakukan sesuatu untuk kejayaan pasukan mereka. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan melainkan perlu berusaha keras untuk ke puncak. Latihan dan displin di dalam pasukan serta mempunyai pengurus yang sealiran perlu untuk memantapkan sesuatu pasukan.

Terimakaseh juga kepada Abang Zul dan En. Hazma Putra selaku penganjur yang masih memberi sokongan padu permainan karom antarabangsa dan diharap meneruskan tradisi ini di tahun-tahun hadapan.

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA

No comments:

Post a Comment