INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Thursday, August 8, 2019

PENYERAHAN PAPAN KAROM ANTARABANSA KEPADA MAKSAK SARAWAK

Tarikh: 24hb Julai 2019
Hari: Khamis
Waktu: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Undangan Negeri Sarawak Kuching.

Kini pasukan karom Sarawak melangkah ke satu tahap yang membanggakan kerana mempunyai kelengkapan alat permainan karom antarabangsa berkualiti tinggi yang berstatus gred A atau dipanggil papan kejohanan. Papan berjenama SYNCO PLATINUM yang digunakan buat pertama kali di kejohanan World Carrom Championship 2016 in Birmingham, United Kingdom. Pasukan Sarawak patut berbangga kerana merupakan negeri yang pertama di Malaysia mengunakan papan jenama ini. Penulis sebagai pemgimport tunggal jenama SYNCO turut berbangga dengan pembelian ini demi membantu pemain-pemain karom di Malaysia khususnya pemain Sarawak mengunakan papan karom bertaraf dunia. Dengan adanya kelengkapan ini, maka pasukan karom Sarawak dapat mengadakan latihan dan kejohanan dengan lebisempurna di masa hadapan.

Memandangkan peralatan dibeli oleh MAKSAK Sarawak, maka hari ini bersamaan 24hb Julai 2019 satu majlis rasmi penyerahan Papan karom Antarabangsa dan peralatan sokongan kepada Setiausaha Kehormat MAKSAK SARAWAK, Encik Senawi Bin Mohamad.

Encik Senawi bin Mohamad sedang menandatangani dokumentasi penyerahan peralatan karom antarabangsa di pejabat Setiausaha Kehormat MAKSAK SARAWAK daripada Encik Zakaria Abd Rahman selaku koordinator karom Sarawak. 

Zakaria Abd Rahman sebagai Koordinator Karom MAKSAK Sarawak turut disertai bersama En Hajimee Saadi.

Papan karom antarabangsa berjenama SYNCO PLATINUM buat pertama kali diperkenalkan ketika World Carrom Championship 2016 di Birmingham, UK. Model ini adalah gred A atau lebih dikenali sebagai papan utama kejohanan.

Encik Zakaria Abd Rahman sedang memberi penerangan mengenai peralatan standard karom antarabangsa kepada Encik Senawi bin Mohamad

Gambar kenangan Encik Zakaria Abd Rahman bersama Setiausaha Kehormat Maksak Sarawak Encik Senawi Bin Mohamad

 Pasukan karom MAKSAK Sarawak ketika mewakili Kejohanan Karom MAKSAK 2019 di negeri Perlis. 

 Suasana kejohanan Karom MAKSAK di Dewan Wawasan 2020 di negeri Perlis.

 
Keratan akhbar mengenai pencapaian pasukan karom MAKSAK Sarawak yang berjaya hingga ke suku akhir pada Kejohanan Karom MAKSAK 2019 di Perlis.

Semoga permainan sukan Karom Sarawak akan berterusan meningkat bukan sahaja di Kejohanan Karom MAKSAK Malaysia malah di peringkat antarabansa. Dengan adanya kesungguhan dan kerjasama daripada semua pihak ini, akan banyak membantu memajukan sukan karom. Ucapan Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi MAKSAK Sarawak kerana memberi kerjasama yang amat baik sehingga dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Kesungguhan pengurusan MAKSAK Sarawak patut dipuji kerana memberi kerjasama yang cukup baik kepada pemain-pemain karom demi pembangunan karom di Sarawak. Sebagai pengerak utama dan orang yang bertanggungjawab untuk mertabatkan karom antarabangsa, penulis mengucapkan tahniah kepada En. Zakaria dan pasukannya iaitu En. Shahrul dan Abdul Rahman yang berkerja keras untuk menyediakan peralatan demi pembangunan karom di Sarawak. 

Tidak ketinggalan tahniah juga kepada pasukan karom MAKSAK Sarawak yang sudah berjaya membuat perubahan dan bergerak lebih jauh dari tahun ke tahun dengan perkembangan yang cukup positif. In shaa Allah dengan adanya kemudahan peralatan yang bermutu tinggi, penulis berkeyakinan pemain-pemain Sarawak lebih mantap dalam permainan dan berkemampuan di masa hadapan.

Penulis berkeyakinan negeri Sarawak berkemampuan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Karom MAKSAK di masa hadapan. In shaa Allah penulis sebagai pengerak karom antarabangsa bersama-sama dengan pemain-pemain di seluruh Malaysia akan menanti saatnya.

Sungguhpun jauh kami di seberang
Bukan alasan sebagai penghalang
Kini kami sudah mempunyai barang
Pasti meriah karom di bumi kenyalang

Kini kami sudah mempunyai barang
Pasti meriah karom di bumi kenyalang
Misi kami bukan serkap jarang
Satu hari nanti piala dibawa pulang

MAJU KAROM DEMI NEGARA