Tarikh:
24, 25 dan 26 Jun 2012
Tempat:
PULAPOL Air Hitam, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Seperti
yang kita ketahui bahawa Polis adalah satu jabatan yang penting untuk mengawal keselamatan di dalam negara. Mereka menjalankan tugas harian yang sentiasa
menuntut kecekapan membenteras pelbagai jenayah, menyelesaikan masalah social,
mengawal kesesakkan lalu lintas dan lain-lain tugas tanpa mengira waktu. Begitulah
rutin tugas harian secara amnya sebagai payung keamanan untuk melindungi
masyarakat di dalam negara kita.
Di
samping tugas yang sentiasa memerlukan pengawasan dan jadual yang ketat, sukan dan
beriadah juga perlu untuk mencari ketenangan dari tekanan pekerjaan seharian. Dengan
adanya aktiviti-aktiviti sukan seperti ini, maka anggota-anggota polis dapat
merehatkan minda dan fizikal di samping bertemu kawan lama dan baru yang dapat membentukkan
satu ukhuwah yang lebih mantap di bawah satu bumbung.
Karom
kembali menceriakan suasana kejohanan kali ini setelah terhenti seketika. Pada kali ini juga PDRM melakukan sejarah yang tersendiri kerana bermain
karom antarabangsa buat julung kalinya. Di samping pertandingan karom terdapat
beberapa permainan traditional seperti Batu Seremban, Dam Aji, Congkak dan
tidak ketinggalan Dart juga salah satu sukan yang dipertandingkan pada kali
ini.
Pada
tahun ini Pulapol Air Hitam, Negeri Sembilan diberi amanah sebagai tuan rumah
dan secara peribadi saya kira berjalan dengan baik dan memuaskan.
HARI
PERTAMA (23 Mei 2012)
Saya
bersama Jegathesan bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 10:45 pagi dan tiba
di destinasi jam 01:50 petang. Sebelum sampai kami berhenti beberapa kali untuk
bertanya arah haluan kerana ini merupakan kali pertama kami ke Air Hitam,
Negeri Sembilan. Tambahan pula petunjuk arah ke tempat yang hendak dituju agak terhad.
Akhirnya kami sampai juga ke destinasi dan sejurus tiba saya terus menghubungi Sarjan
Sofi untuk melaporkan diri dan menyatakan kami sudah sampai seperti yang telah dijanjikan.
Mesyuarat
pengurus kontinjen bermula sekitar jam 3:30 petang yang dirasmikan oleh Supt.
Hj Mud Shukri bin Jusoh. Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan di pengerusi oleh
ASP Buang bin Salleh. Selesai sahaja mesyuarat tersebut terus diadakan taklimat
setiap acara sukan yang dipertandingkan oleh ketua pengadil kepada semua pengurus
kontinjen.
Memandangkan
ini merupakan kali pertama kejohanan karom mengunakan peraturan karom
antarabangsa, saya kira satu cabaran yang perlu dipikul memandangkan hanya satu
pengadil berpengalaman yang membantu saya iaitu Jegathesan. Saya juga
dibantu oleh empat tenaga dari JPS
Negeri Sembilan yang dilantik oleh pihak penganjur. Semasa sessi taklimat
timbul pelbagai soalan yang dibangkitkan berhubungkait dengan undang-undang
permainan tetapi berjalan dengan lancar. Saya juga menunjukkan beberapa tips
dan cara bermain supaya semasa kejohanan nanti pengurus kontinjen dapat
menyampaikan kepada pemain-pemain mereka supaya bermain dengan baik tanpa
melakukan kesalahan yang drastik.
Saya
juga mengambil kesempatan memberi penerangan dan menunjukkan papan karom
antarabangsa yang sebenar berjenama Synco Premium Championship yang diiktiraf oleh badan
Persekutuan Karom Antarabangsa (International carrom Federation), Untuk
kejohanan kali ini papan buatan tempatan digunakan dan kualiti serta spesifikasi
yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Sebelah
malamnya kontinjen Bukit Aman meminta saya mengadakan satu sesi untuk kontinjen
mereka dan memberi sedikit tips permainan sebelum kejohanan berlansung esuk.
Saya mengharapkan mereka perolehi apa yang ditunjukkan dan dapat digunakan di
sepanjang pertandingan nanti.
Pada
malam itu juga empat pengadil daripada JPS tiba untuk membantu saya di kejohanan
kali ini. Mereka tiba agak lewat kerana masing-masing mempunyai tugas harian yang
belum selesai dan masalah pelepasan dari majikan mereka. Selepas memperkenalkan
diri, saya terus memberi sedikit penerangan mengenai undang-undang permainan
dan alhamdulillah kesemua mereka pernah bermain karom antarabangsa dan
diharapkan di hari kejohanan nanti tiada masalah besar yang timbul. Saya juga
memberi peringatan bahawa jika timbul keraguan dan ketidak pastian, mereka perlu
merujuk kepada saya sebelum membuat sebarang tindakan dan keputusan. Kejohanan
ini adalah di peringkat kebangsaan, maka kualiti pengadilan di sepanjang
kejohanan perlu dikawal dengan rapi.
Malam
ini kami semua tidor di berek lama iaitu tempat tinggal pekerja ladang. Saya
diberitahu oleh ASP Buang semasa makan
malam bahawa tempat ini adalah bekas Ladang tebu tetapi telah ditutup sekitar
awal 80an dan tanah ini diambil oleh KDN dan dijadikan Pusat Latihan PDRM.
Berikut
adalah Kontinjen yang mengambil bahagian dan dibahagikan kepada empat kumpulan:
Kumpulan
A: Bukit Aman, Pahang dan Negeri Sembilan.
Kumpulan
B: PULAPOL Air Hitam Negeri Sembilan, Trengganu dan Kedah.
Kumpulan
C: Kontinjen Kuala Lumpur dan Pualau Pinang (Johor tidak hadir)
Kumpulan
D: Kelantan, Melaka dan Perak. (Selangor tidak hadir)
Format
kejohanan telah ditetapkan oleh pihak penganjur seperti berikut:
P Perseorangan
Lelaki
2 Perseorangan
Wanita
3 Regu
Lelaki
4 Regu
Wanita
Regu
Campuran.
HARI
KEDUA (24 Mei 2012)
Sebelum
pertandingan bermula saya selaku ketua pengadil telah memberi taklimat undang-undang
permainan kepada semua peserta-peserta secara intensif. Sebagai pemain asas
undang-undang yang diberikan sudah memadai untuk bermain dengan baik.
Perlawanan
mengunakan satu permainan (one game) bermaksud lapan papan (8 boards) atau dua puluh
lima mata. Berikut adalah asas-asas yang penting diketahui oleh setiap pemain
sebelum pertandingan bermula:
1 1. Cara
meletak Striker di atas garisan dasar (base lines)
2 2. Cara
meletak Striker di atas bulatan dasar (base circle/full moon)
3 3. Kesalahan
Teknikal (technical foul) dan Kesalahan (foul)
4 4. Cara
meletak penalti dan due (placing penalty/due).
5 5. Menerangkan
kelebihan buah karom merah (Queen)
6 6. Cara
menutup buah karom merah (Queen covered)
7 7. Cara
mengira mata kemenangan (scores)
8 8. Menerangkan
buah karom terakhir (last carrommen)
9 9. Masa/Giliran
bermain (turn of play)
1 10. Menerangkan
kesalahan yang perlu dielakkan semasa bermain.
Walaupun
permainan sebenar karom antarabangsa tidak boleh bersuara dan tidak boleh
memberi isyarat, tetapi sebagai permulaan saya hanya membenarkan isyarat tangan
sahaja khususnya acara berpasangan iaitu regu lelaki, regu wanita dan regu
campuran.
Pada
hari pertama acara liga dijalankan dan empat kumpulan berjalan dengan serentak.
Alhamdulillah di sepanjang hari pertama kejohanan berlansung tiada masalah
besar berlaku dan semua pusingan liga selesai pada lewat petang.
Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C
Kumpulan D
HARI
KETIGA (25 Mei 2012)
Hari
ini dijalankan peringkat suku akhir. Sebelum pertandingan bermula terdapat
kekeliruan dan salah faham. Tetapi akhirnya dengan persetujuan semua pengurus
pasukan yang terlibat ianya diselesaikan dengan baik dalam suasana
kekeluargaan.
Berikut
adalah pasukan yang berjaya mara ke suku akhir:
1 1. Negeri
Sembilan vs Pulau Pinang
2 2. Pulapol
Air Hitam Negeri Sembilan vs Melaka
3 3. Kuala
Lumpur vs Bukit Aman
4 4. Kelantan
vs Kedah
Memandangkan
esuk hari terakhir kejohanan dan terdapat beberapa acara daripada pihak
penganjur perlu dijalankan pada sebelah pagi, maka penentuan tempat ketiga dan
keempat terpaksa dijalankan pada hari yang sama.
HARI
KEEMPAT (26 Mei 2012)
Hari
ini merupakan hari kemuncak kejohanan untuk mennetukan kejuaraan. Sebelum pertandingan
bermula ketua pengadil memberi taklimat terakhir kepada semua pemain supaya tidak
melakukan kesalahan dan bermain dengan semangat kesukanan. Pertandingan akhir di antara Kontinjen Kelantan melawan Kontinjen Negeri Sembilan selepas masing-masing berjaya melepasi lawan di peringkat separuh akhir.
Perseorangan Lelaki
Perseorangan Wanita
Regu Lelaki
Regu Wanita
Regu Campuran
Berikut
adalah keputusan rasmi kejohanan:
JOHAN:
KELANTAN
NAIB
JOHAN: NEGERI SEMBILAN
KETIGA:
BUKIT AMAN
KEEEMPAT:
PULAPOL AIR HITAM, NEGERI SEMBILAN
Pengadil berdiri dari kanan ke kiri iaitu Mohd Suhaizan (Ketua Pengadil), Jegathesan dan
KESIMPULAN
Secara
keseluruhan di sepanjang empat hari kejohanan saya selaku ketua pengadil
memberi ‘tabik spring’ kepada semua pemain yang memberi kerjasama dan bermain
dengan baik sekali walaupun ini merupakan kejohanan yang pertama bermain karom
mengikut undang-undang antarabangsa.
Kepada
pengurus-pengurus kontinjen diharap mengkaji adakah tahap KPI yang telah
ditetapkan dapat mencapai sasaran atau sebaliknya. Kunci kejayaan memerlukan
pengurusan yang bijak dengan perancangan yang mantap di samping mempunyai peralatan
yang sempurna dan sistem latihan yang sesuai dan akhirnya mempunyai pemain-pemain yang
berdisplin.
Sebagai
kata penutup tiada jalan singkat untuk mendapatkan apa yang tersirat di dalam
hati seperti kata pepatah ‘Manakan dapat sagu jika tidak pecahkan ruyungnya’.
Renung-renungkanlah…