Thursday, April 23, 2020

RAMADHAN ALMUBARAK

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


Penulis mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada pembaca yang beragama Islam khususnya dan semoga dapat bertaqwa kepada Illahi di bulan yang penuh barakah ini. Jangan lupa perbanyakkan sedekah dan amalan yang berfaedah dan jauhi perkara-perkara mungkar yang membawa batalnya puasa kita. Akhir sekali mungkin menjadi sejarah dalam hidup kita pada tahun ini kerana wabak covid-19 yang melanda satu dunia terpaksa bertarawih di rumah bersama keluarga tersayang. Walau bagaimanapun yang pasti hanya Allah yang Maha tahu hikmah apakah yang diturunkan kepada hamba untuk direnungi dan muhasabah diri. Marilah kita bersama-sama sebagai hamba yang lemah berdoa kepada Illahi semoga perjalanan hidup kita seperti biasa dengan kadar segera dengan izinNya, in shaa Allah…

Bulan Ramadhan akan kembali
Bulan dipenuhi amal ibadat
Jangan kita abai dan lali
Nanti tidak sempat nak bertaubat

Jangan kita abai dan lali
Nanti tidak sempat nak bertaubat
Bila Ramadhan sudah kembali
Teruskan amal ibadat yang terhebat

 

No comments:

Post a Comment