Tarikh: 29 Oktober 2022
Tempat: Dewan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang
Selepas kejohanan Carrom World Championship 2022 yang berlansung di Langkawi, Malaysia, Kami melihat peluang untuk perkembangan karom antarabangsa di Malaysia nampaknya semakin cerah dan kursus ini merupakan salah satu ke arah yang lebih positif.
Peserta terdiri dari pelbagai peringkat dari jabatan kerajaan dan swasta. Peserta yang datang dari Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan persekitaran Lembah Klang. Kursus ini sebagai pemecah tradisi karom di tanah air dan sambutan sehingga 52 peserta termasuk pelajar sekolah menengah. Peserta-peserta terdiri dari orang lama atau otai dalam permainan karom dan mungkin mereka pernah mendengar karom antarabangsa tetapi tidak pernah bermain atau melihat peralatan yang sebenar. Hari ini mereka berpeluang melihat dan bermain bagaimana teknik permainan karom antarabangsa. Mungkin ada persamaan dengan karom malaysia dari segi menjentik striker cuma papan, striker dan teknik menjentik ke belakang yang tiada dalam permainan karom Malaysia.
Kusus ini akan lebih menarik dan memberi lebih impak jika di adakan selama 2 hari kerana 1 hari sebenarnya tidak mencukupi terutama kepada peserta untuk merasakan permainan karom antarabangsa. In shaa Allah di masa akan datang akan ditambahbaik demi memberi kefahaman yang lebih mantap bukan hanya undang-undang permainan tetapi juga teknik permainan. Asas yang diterima akan membuka peluang kepada peserta-peserta untuk bergerak lebih jauh lagi di masa hadapan.
Kursus bermula dengan bacaan doa selamat oleh En. Fariz dan seterusnya En. kamarudin memulakan kursus dengan berkongsi pengalaman semasa Carrom World Championship 2022 di Langkawi. Asas undang-undang permainan karom antarabngsa diterangkan oleh En. Kamarudin berdasarkan Laws of Carrom by International Carrom federation edition 2004. Selepas itu En Suhaizan mengambil alih selepas waktu rehat untuk menceritakan teknik permainan. Memandangkan masa yang agak terhad ada yang tidak sempat untuk melihat dan mencuba sendiri bermain buat pertama kali karom antarabangsa.