INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Sunday, October 12, 2025

DEMONTRASI KAROM SEMPENA CELEBRATE MALAYSIA

Tarikh: 20 September 2025

Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang

Tempat: Tugu Negara, Kuala Lumpur.

Penganjur: Komuniti Penduduk Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Malaysia diadakan bagi memperingati tarikh bersejarah 16 September 1963, iaitu hari penubuhan Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (ketika itu). Program ini bertujuan untuk menanam semangat patriotisme dan memupuk perpaduan dalam kalangan warga setempat. Penganjur oleh Komunti Penduduk Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, sambutan Hari Malaysia pada tahun 2025 berjalan dengan lancar dan ramai pengunjung yang mengambil kesempatan  untuk menjamu selera secara percuma. Aktiviti yang dijalankan berjaya memupuk semangat patriotik serta memperkukuh perpaduan antara masyarakat setempat.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi impak kepada masyarakat untuk beriadah dan bergaul mesra dengan pelbagai latar belakang dan bangsa untuk memeriahkan lagi budaya pelbagai bangsa.












Kesimpulan Program Celebrate Malaysia

Secara keseluruhannya, program Celebrate Malaysia telah berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan peserta. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan seperti persembahan kebudayaan, pameran, dan permainan tradisional telah memberikan peluang kepada peserta untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang keunikan budaya serta sejarah negara.

Melalui penganjuran program ini, nilai-nilai cintakan negara, hormat-menghormati dan kerjasama antara kaum dapat diterapkan dengan berkesan. Sambutan yang diberikan oleh para peserta amat menggalakkan dan membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih menyanjung tinggi semangat kemerdekaan serta keharmonian negara.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan yang lebih luas bagi memastikan semangat Sayangi Malaysiaku terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Berjumpa lagi di masa akan datang... 

Monday, July 28, 2025

KEJOHANAN MAKSWIP 2025

Tarikh: 24 & 25 Jun 2025

Tempat: Ruang Legar Aras 7, JPA Blok C1, Putrajaya.

Kali ini Kejohanan Karom MAKSWIP datang lagi dan ada beberapa pasukan baru masuk bertanding dan ada beberapa pasukan yang tidak menyertai pada tahun ini. Walau bagaimana pun kejohanan masih lagi meriah dengan penyertaan juga tidak kurang hebatnya seperti tahun lepas. Harapan supaya kejohanan ini terus berkembang dengan penyertaan yang lebih besar dan juga hadiah yang lebih menarik untuk menarik pasukan baru dan dalam masa yang sama mengekalkan pasukan lama.

Percubaan Markah Secara Dalam Talian

Tahun ini bahagian teknikal ingin memperkenalkan sistem pengisian markah sepenuhnya dalam talian, tetapi gagal kerana majoriti peserta belum mahir menggunakan sistem tersebut dan juga kekangan peranti daripada peserta. Diharapkan sistem ini dapat diperkenalkan secara berperingkat pada masa akan datang dan sistem ini juga memberi kelebihan kepada pemain-pemain supaya dapat mempelajari dan memahami dengan jelas.

PENYERTAAN PASUKAN

LELAKI: 26 pasukan, dibahagi kepada 8 kumpulan, bermain dalam 2 sesi
(4 kumpulan setiap sesi)
 
WANITA: 13 pasukan, dibahagi kepada 4 kumpulan, satu sesi sahaja.
 
FORMAT KEJOHANAN
LELAKI: 8 papan atau 25 mata

WANITA: 4 papan atau 25 mata


KATEGORI LELAKI (SESI I)
Kumpulan A
A1- KESKEP B
A2 - KAKEP
A3 - HASIL B

Kumpulan B
B1- JUPEM A
B2 - KESKEP A
B3 - PETRA

Kumpulan C
C1 - KESAS
C2 - PPJ B
C3 - MARA A

Kumpulan D
D 1- JKRCC B
D2 - LPPKN A
D3 - KESPO
D4 - PPJ A

KATEGORI LELAKI (SESI II)
Kumpulan E
E1 - MAIWP
E2 - KELAB UPP A
E3 - JUPEM B

Kumpulan F
F1 - HASIL A
F2 - KELA UPP B
F3 - LPPKN B

Kumpulan G
G1 - KELAB FRIM
G2 - KIMIA
G3 - KELAB AGC

Kumpulan H
H1 - MARA B
H2 - DBKL
H3 - JKRCC A
H4 - BNM

KATEGORI WANITA
Kumpulan A
A1 - PPJ B
A2 - LPPKN
A3 - HASIL

Kumpulan B
B1 - MARA
B2 - PPJ A
B3 - JKRCC
B4 - KELAB AGC

Kumpulan C
C1 - MAIWP
C2 - KESKEP
C3 - BNM

Kumpulan D
D1 - KESPO
D2 - DBKL
D3 - KELAB UPP





























KEPUTUSAN RASMI KATEGORI LELAKI
Johan - JUPEM B
Naib Johan - DBKL
Ke Tiga Bersama - JUPEM A & KESKEP A

KEPUTUSAN RASMI KATEGORI WANITA
Johan - HASIL
Naib Johan - JKRCC
Ke Tiga Bersama - DBKL & LPPKN




















Bagi pasukan yang tidak berjaya, mereka perlu melakukan sesuatu untuk berada di tahap yang lebih baik lagi. Setiap sukan memerlukan latihan untuk membina skil untuk berjaya dan bukan hanya mengharap nasib menyebelahi mereka untuk berjaya. Dalam permainan karom antarabangsa nisbah pemain skil adalah 95% dan hanya 5% sahaja nasib untuk menyebelahi mereka. Bayangkan tahap skil pemain yang begitu tinggi dan pemain tiada jalan lain melainkan memerlukan latihan berterusan. Skil hanya boleh dibentuk dengan ilmu dan tanpa ilmu pemain bermain dalam kegelapan.

Bagi pemain yang ingin mencari ilmu secara online sila subscribe "carrom for all" in shaa Allah anda akan dapat belajar sesuatu daripadanya. Boleh hubungi saya jika berminat. 

Berjumpa lagi pada tahun hadapan dengan lebih meriah lagi dan selamat berjaya.