INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Sunday, October 12, 2025

DEMONTRASI KAROM SEMPENA CELEBRATE MALAYSIA

Tarikh: 20 September 2025

Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang

Tempat: Tugu Negara, Kuala Lumpur.

Penganjur: Komuniti Penduduk Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Malaysia diadakan bagi memperingati tarikh bersejarah 16 September 1963, iaitu hari penubuhan Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (ketika itu). Program ini bertujuan untuk menanam semangat patriotisme dan memupuk perpaduan dalam kalangan warga setempat. Penganjur oleh Komunti Penduduk Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, sambutan Hari Malaysia pada tahun 2025 berjalan dengan lancar dan ramai pengunjung yang mengambil kesempatan  untuk menjamu selera secara percuma. Aktiviti yang dijalankan berjaya memupuk semangat patriotik serta memperkukuh perpaduan antara masyarakat setempat.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi impak kepada masyarakat untuk beriadah dan bergaul mesra dengan pelbagai latar belakang dan bangsa untuk memeriahkan lagi budaya pelbagai bangsa.












Kesimpulan Program Celebrate Malaysia

Secara keseluruhannya, program Celebrate Malaysia telah berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan peserta. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan seperti persembahan kebudayaan, pameran, dan permainan tradisional telah memberikan peluang kepada peserta untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang keunikan budaya serta sejarah negara.

Melalui penganjuran program ini, nilai-nilai cintakan negara, hormat-menghormati dan kerjasama antara kaum dapat diterapkan dengan berkesan. Sambutan yang diberikan oleh para peserta amat menggalakkan dan membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih menyanjung tinggi semangat kemerdekaan serta keharmonian negara.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan yang lebih luas bagi memastikan semangat Sayangi Malaysiaku terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Berjumpa lagi di masa akan datang...