INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, August 30, 2024

SUKAN BOMBA PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 (SUKBOM)

Tarikh: 17 & 18 Ogos 2024

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Pusat Rakan Sukan Pendang, Perlis.

Buat pertama kali Kejohanan Karom SUKBOM mengunakan format Karom Antarabangsa dimana sebelum ini mengunakan Karom Malaysia atau lebih popular dipanggi local format. Bomba pada tahun ini beralih mengunakan format karom antarabangsa kerana ingin menyertai kejohanan karom MAKSAK yang telah mengunakan format Karom Antarabangsa ini sejak tahun 2003 bermula di Kota Bharu, Kelantan. Kemasukkan BOMBA ke dalam MAKSAK akan meriahkan lagi kejohanan Karom Antarabangsa pada tahun depan. Di peringkat MAKSAK pasukan BOMBA perlu memantapkan pasukan kerana di peringkat kebangsaan ini tahapnya berbeza sekali. Semoga pasukan BOMBA membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi kejohanan MAKSAK pada tahun 2025 nanti. Saya mengucapkan selamat datang ke Kejohanan Karom MAKSAK dan menjadi keluarga baru. 




















































































KEPUTUSAN RASMI KATEGORI PERSEORANGAN LELAKI

Johan: JOHOR

Naib Johan: MELAKA

Ketiga: PERLIS

Keempat: KEDAH


KEPUTUSAN RASMI KATEGORI PERSEORANGAN WANITA

Johan: SELANGOR

Naib Johan: PERLIS

Ketiga: HQ

Keempat: PERAK


KEPUTUSAN RASMI KATEGORI REGU LELAKI

Johan: JOHOR

Naib Johan: SELANGOR

Ketiga: PULAU PINANG

Keempat: PERAK


KEPUTUSAN RASMI KATEGORI REGU WANITA

Johan: SELANGOR

Naib Johan: PAHANG

Ketiga: PERLIS

Keempat: JOHOR


KEPUTUSAN RASMI KATEGORI REGU CAMPURAN

Johan: PULAU PINANG

Naib Johan: PAHANG

Ketiga: PERAK

Keempat: MELAKA

Pengadil  SUKBOM 2024

Roslan dan Suhaizan

Monday, August 5, 2024

 KEJOHANAN KAROM PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 KALI KE 4

Tarikh: 27 Julai 2024

Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang

Tempat: Pusat Belia Antarabangsa (International Youth Centre)

Dewan Bunga Raya, Tingkat 1, Blok A, Jalan Yaakob Latif

Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

Kejohanan kali ini cukup memberansangkan dengan penyertaan merupakan rekod baru tercipta. Peserta lelaki seramai 37 orang dan wanita seramai 20 orang. Peserta lelaki bermain secara swiss league system sebanyak 6 pusingan, manakala wanita di bahagi kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Penyertaan terdiri dari negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kelantan dan Sabah.































KEPUTUSAN RASMI WANITA
Johan: Norhayati Yop
Kedua: Fatimah Abdul Raoff
Ketiga: Siti Hanisah Ab Jalil
Keempat: Suzana Salim

Fatimah, Suzana, Norhayati & Hanisah

KEPUTUSAN RASMI LELAKI
Johan: Muhammad Fitri Ramlan
Kedua: Wan Mohd Arif Wan Mahmood
Ketiga: Hisham Lot
Keempat: Asrul Hafiz Kamberon
Kelima: Mohd Fauzi Abdul Manaf
Keenam: Abdul Mutalib Ismail
Ketujuh: Muhammad Yusri Mohd Yunos
Kelapan: Mohammad Faris Che Roher

Pertama - Muhammad Fitri

Kedua - Wan Mohd Arif

Ketiga - Hisham

Keempat - Asrul Hafiz

Terima kasih kepada peserta semua yang menyertai kejohanan kali ini dan kejayaan ini juga adalah hasil dari penyertaan anda semua. Semoga berjumpa lagi di kejohanan akan datang dengan hadiah yang lebih menarik dan lebih mencabar.

Ketika ini saya sedang merancang dan berbincang dengan beberapa pihak yang berminat untuk berkerjasama demi sukan karom. In shaa Allah diharapkan hasil perbincangan ini nanti menjadi kenyataan.

~ CARROM FOR ALL ~