INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Sunday, March 3, 2024

Tarikh: 24 & 25 Feb 2024

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Ruang Legar, Aras 7, Blok C1, Putrajaya.

MAKSWIP pada tahun ini memecah tradisi atau memecah rekod kerana buat julung kali penyertaan pasukan yang cukup memberansangkan iaitu 29 pasukan lelaki dan 17 pasukan Wanita. Memandangkan  penyertaan yang agak ramai dan masa hanya 2 hari sahaja, maka saya memerlukan kiraan yang terperinci. Hasil daripada perkiraan yang teliti saya selaku ketua pengadil mencadangkan format kejohanan bagi wanita bermula pada pusingan awal dalam Kumpulan sehingga akhir hanya 4 papan atau 25 mata dengan mengunakan masa hanya 25 minit sahaja. Manakala bagi lelaki saya mencadangkan bermula pusingan awal hingga ke suku akhir mengunakan format 4 papan atau 25 mata dengan mengunakan masa hanya 25 minit sahaja. Dan bila masuk ke separuh akhir hingga akhir lelaki akan bermain format 8 papan atau 25 mata tiada masa yang dihadkan. Tetapi pada hari kedua ada sedikit perubahan untuk Kumpulan wanita final bermain mengunakan format 8 papan atau 25 mata dengan mengunakan had masa selama 1 jam sahaja. Walau bagaimana pun apabila berakhirnya kejohanan format untuk wanita seperti rancangan awal iaitu hanya 4 papan atau 25 mata dengan masa 25 minit adalah yang terbaik kerana kesuntukkan masa.

Perjalanan kejohanan secara keseluruhan selama dua hari berjalan lancar, cuma pada hari pertama perlawanan bermula terlambat sedikit kerana ketua pengadil En. Suhaizan dan urusetia En Kamarudin memberi sedikit penerangan sebelum kejohanan bermula. Walau bagaimana perlawanan mengikut perancangan pada hari pertama untuk menyelesaikan kesemua perlawanan dalam peringkat kumpulan dapat diselesaikan. Pada hari kedua bahagian wanita bermula di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir. Manakala bahagian lelaki pula bermula dengan peringkat 18 pasukan terbaik dan selepas itu pusingan suku akhir , separuh akhir dan akhir. Kejohanan dapat diselesaikan sekitar 3.45 petang dan diikuti penyampaian hadiah daripada En. Mohd Saufi bin Shamsuddin Setiausaha Kehormat MAKSWIP.

AKSI PEMAIN-PEMAIN PADA HARI PERTAMA (24/2/2024)






















































































































AKSI PEMAIN-PEMAIN PADA HARI KEDUA (25/2/2024)
































KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN WANITA BERPASUKAN

Johan: LHDN

Naib johan: JKR A

Ketiga bersama: JUPEM dan DBKL

 

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN LELAKI BERPASUKAN

Johan: JUPEM B

Naib johan: LPPKN B

Ketiga bersama: JUPEM A dan DBKL 


GAMBAR PENYAMPAIAN HADIAH













Dari kiri ke kanan, Hafiz, Kamarudin, Zack, Suhaizan, Izan, Faris, Remey dan Mazlan.

Dari kiri ke kanan, Hafiz, Zack, Mazlan, Kamarudin, Suhaizan, Izan dan Remey.

Pengadil bergambar bersama dua pegawai MAKSWIP.
Dari kiri ke kanan, Hafiz, Zack, Mazlan, Kamarudin (Urusetia), En. Mohd Saufi (Setiausaha Kehormat MAKSWIP) En. Zaini, Suhaizan (Ketua Pengadil), Izan dan Remey.


Sehingga berjumpa lagi pada tahun hadapan dengan lebih menarik lagi dan mungkin juga penambahan pasukan kerana ada pasukan yang tidak dapat menyertai kejohanan kali ini. Di harapkan pasukan yang akan mengambil bahagian pada tahun hadapan lebih bersedia dari awal dan bukan di saat-saat akhir. Untuk mendapatkan kemahiran dan skil bukan sehari atau seminggu atau sebulan, malah untuk membina kejayaan boleh menjangkau ke tahun.

Oleh demikian sebagai pemain perlu meningkatkan skil anda pada setiap masa, manakala pengurus pula perlu menyediakan kelengkapan untuk pemain supaya dapat berlatih dengan lebih sempurna. Untuk mendapat ilmu yang lebih baik memahami undang-undang permainan dan skil permainan bagi pemain-pemain, maka peranan pengurus perlu mencari jurulatih cukup penting. Pemain yang berlatih secara bersendirian diibaratkan bermain di dalam gelap kerana tiada cahaya. Cahaya diibaratkan jurulatih yang akan memberi ilmu dan panduan supaya pemain bukan hanya mengetahui peraturan, malah boleh bermain dengan lebih bagus lagi hasil tunjuk ajar daripada jurulatih. 

"MAJU SUKAN DEMI NEGARA"