Tarikh: 24 & 25 Feb 2024
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Ruang Legar, Aras 7, Blok C1,
Putrajaya.
MAKSWIP pada tahun ini memecah tradisi atau memecah rekod kerana buat julung kali penyertaan pasukan yang cukup memberansangkan iaitu 29 pasukan lelaki dan 17 pasukan Wanita. Memandangkan penyertaan yang agak ramai dan masa hanya 2 hari sahaja, maka saya memerlukan kiraan yang terperinci. Hasil daripada perkiraan yang teliti saya selaku ketua pengadil mencadangkan format kejohanan bagi wanita bermula pada pusingan awal dalam Kumpulan sehingga akhir hanya 4 papan atau 25 mata dengan mengunakan masa hanya 25 minit sahaja. Manakala bagi lelaki saya mencadangkan bermula pusingan awal hingga ke suku akhir mengunakan format 4 papan atau 25 mata dengan mengunakan masa hanya 25 minit sahaja. Dan bila masuk ke separuh akhir hingga akhir lelaki akan bermain format 8 papan atau 25 mata tiada masa yang dihadkan. Tetapi pada hari kedua ada sedikit perubahan untuk Kumpulan wanita final bermain mengunakan format 8 papan atau 25 mata dengan mengunakan had masa selama 1 jam sahaja. Walau bagaimana pun apabila berakhirnya kejohanan format untuk wanita seperti rancangan awal iaitu hanya 4 papan atau 25 mata dengan masa 25 minit adalah yang terbaik kerana kesuntukkan masa.
Perjalanan kejohanan secara keseluruhan selama dua hari berjalan lancar, cuma pada hari pertama perlawanan bermula terlambat sedikit kerana ketua pengadil En. Suhaizan dan urusetia En Kamarudin memberi sedikit penerangan sebelum kejohanan bermula. Walau bagaimana perlawanan mengikut perancangan pada hari pertama untuk menyelesaikan kesemua perlawanan dalam peringkat kumpulan dapat diselesaikan. Pada hari kedua bahagian wanita bermula di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir. Manakala bahagian lelaki pula bermula dengan peringkat 18 pasukan terbaik dan selepas itu pusingan suku akhir , separuh akhir dan akhir. Kejohanan dapat diselesaikan sekitar 3.45 petang dan diikuti penyampaian hadiah daripada En. Mohd Saufi bin Shamsuddin Setiausaha Kehormat MAKSWIP.
AKSI PEMAIN-PEMAIN PADA HARI PERTAMA (24/2/2024)
AKSI PEMAIN-PEMAIN PADA HARI KEDUA (25/2/2024)
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN WANITA BERPASUKAN
Johan: LHDN
Naib johan: JKR A
Ketiga bersama: JUPEM dan DBKL
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN LELAKI BERPASUKAN
Johan: JUPEM B
Naib johan: LPPKN B
Ketiga bersama: JUPEM A dan DBKL
GAMBAR PENYAMPAIAN HADIAH
No comments:
Post a Comment