PERLAWANAN PERSAHABATAN UMW vs KONTENA NASIONAL
Tarikh: 17 Ogos 2002
Tempat: UMW Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Sebagai manusia kita melakar banyak sejarah yang tersendiri untuk dikenang samada ianya menjadi tauladan yang baik mahupun perkara yang terjadi tanpa kehendak naluri hati kita. Kedua-duanya yang terjadi mungkin sebahagian dari perjalanan hidup menjadikan kita lebih dewasa dan matang malah sebagai batu pengukur kejayaan yang dicapai atau sebaliknya.
Begitulah perjalanan dan pengalaman saya memperkembangkan permainan karom antarabangsa semasa masih lagi bertugas di UMW. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan saya telah mengadakan beberapa aktiviti dan salah satunya adalah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kontena Nasional.
Upacara pertukaran cederamata dan Suhaizan mewakili UMW manakala Kamarudin mewakili Kotena Nasional.
Bila kaum hawa bermain, maka kaum adam pun turut menjadi penonton setia...
Faridah Hanim daripada UMW datang bersama anak-anaknya. Beliau boleh bermain dengan baik dan sekarang membuat perniagaan sendiri. Kamarudin hanya melihat anak buahnya kena belasah...
Kedua-dua regu nampaknya bersungguh-sungguh untuk mengalahkan lawan masing-masing. Regu UMW sudah tidak bekerja lagi di sana...
Saya dan Azhar sedang beraksi... jangan marah, kami pukul 'straight game'.
Mazlan tengah beraksi dan ketika ini beliau disegani kerana permainannya agak bagus. Beliau juga pernah terpilih mewakili negara ke World Cup di UK. Pada tahun 2005 beliau menghidapi penyakit mata iaitu katarak dan selepas pembedahan tersebut beliau agak kurang aktif dan graf permainan beliau turut menurun. Beliau masih aktif tetapi hanya bermain dikejohanan yang terpilih sahaja. Azhar yang berada di tengah sebagai pengadil atau nak belajar...
Kedua-dua pasukan bergambar bersama.
Aktiviti yang diadakan ini merupakan satu jalinan persahabatan diantara peminat-peminat karom antarabangsa dan kemenangan bukan yang dicari. Sebenarnya aktiviti sebegini akan memberi kelebihan kepada pemain-pemain untuk menambah pengetahuan dari pelbagai aspek di samping mendapat kenalan baru.
Kepada Kamarudin selaku pengurus pasukan Kontena Nasional serta anak buah beliau saya mengucapkan setinggi terimakasih kerana memberi kerjasama sepenuhnya sebelum dan semasa program berlansung. Begitu juga dengan pemain-pemain UMW yang juga tidak berbelah memberi sokongan dan menjadikan ianya satu realiti. Syabas!!!
Dari Hulu mudik ke Hilir
Singgah membeli seekor angsa
Persahabatan ibarat air mengalir
Indah dikenang sepanjang masa
Persahabatan ibarat air mengalir
Indah dikenang sepanjang masa
Bergerak darah cecair bendalir
Semarak terus karom antarabangsa
No comments:
Post a Comment