Tarikh: 17 Ogos 2002
Tempat: UMW Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Sebagai manusia kita melakar banyak sejarah yang tersendiri untuk dikenang samada ianya menjadi tauladan yang baik mahupun perkara yang terjadi tanpa kehendak naluri hati kita. Kedua-duanya yang terjadi mungkin sebahagian dari perjalanan hidup menjadikan kita lebih dewasa dan matang malah sebagai batu pengukur kejayaan yang dicapai atau sebaliknya.
Begitulah perjalanan dan pengalaman saya memperkembangkan permainan karom antarabangsa semasa masih lagi bertugas di UMW. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan saya telah mengadakan beberapa aktiviti dan salah satunya adalah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kontena Nasional.







Aktiviti yang diadakan ini merupakan satu jalinan persahabatan diantara peminat-peminat karom antarabangsa dan kemenangan bukan yang dicari. Sebenarnya aktiviti sebegini akan memberi kelebihan kepada pemain-pemain untuk menambah pengetahuan dari pelbagai aspek di samping mendapat kenalan baru.
Kepada Kamarudin selaku pengurus pasukan Kontena Nasional serta anak buah beliau saya mengucapkan setinggi terimakasih kerana memberi kerjasama sepenuhnya sebelum dan semasa program berlansung. Begitu juga dengan pemain-pemain UMW yang juga tidak berbelah memberi sokongan dan menjadikan ianya satu realiti. Syabas!!!
Dari Hulu mudik ke Hilir
Singgah membeli seekor angsa
Persahabatan ibarat air mengalir
Indah dikenang sepanjang masa
Persahabatan ibarat air mengalir
Indah dikenang sepanjang masa
Bergerak darah cecair bendalir
Semarak terus karom antarabangsa
No comments:
Post a Comment