CERTIFIED INTERNATIONAL CARROM BOARD BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION WHILE STOCK LAST. PLEASE CALL +6019-6656101

Sunday, July 1, 2012

KEJOHANAN KAROM PIALA KETUA POLIS NEGARA 2012



Tarikh: 24, 25 dan 26 Jun 2012
Tempat: PULAPOL Air Hitam, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Seperti yang kita ketahui bahawa Polis adalah satu jabatan yang penting untuk mengawal keselamatan di dalam negara. Mereka menjalankan tugas harian yang sentiasa menuntut kecekapan membenteras pelbagai jenayah, menyelesaikan masalah social, mengawal kesesakkan lalu lintas dan lain-lain tugas tanpa mengira waktu. Begitulah rutin tugas harian secara amnya sebagai payung keamanan untuk melindungi masyarakat di dalam negara kita.

Di samping tugas yang sentiasa memerlukan pengawasan dan jadual yang ketat, sukan dan beriadah juga perlu untuk mencari ketenangan dari tekanan pekerjaan seharian. Dengan adanya aktiviti-aktiviti sukan seperti ini, maka anggota-anggota polis dapat merehatkan minda dan fizikal di samping bertemu kawan lama dan baru yang dapat membentukkan satu ukhuwah yang lebih mantap di bawah satu bumbung.

Karom kembali menceriakan suasana kejohanan kali ini setelah terhenti seketika. Pada kali ini juga PDRM melakukan sejarah yang tersendiri kerana bermain karom antarabangsa buat julung kalinya. Di samping pertandingan karom terdapat beberapa permainan traditional seperti Batu Seremban, Dam Aji, Congkak dan tidak ketinggalan Dart juga salah satu sukan yang dipertandingkan pada kali ini.

Pada tahun ini Pulapol Air Hitam, Negeri Sembilan diberi amanah sebagai tuan rumah dan secara peribadi saya kira berjalan dengan baik dan memuaskan.

HARI PERTAMA (23 Mei 2012)
Saya bersama Jegathesan bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 10:45 pagi dan tiba di destinasi jam 01:50 petang. Sebelum sampai kami berhenti beberapa kali untuk bertanya arah haluan kerana ini merupakan kali pertama kami ke Air Hitam, Negeri Sembilan. Tambahan pula petunjuk arah ke tempat yang hendak dituju agak terhad. Akhirnya kami sampai juga ke destinasi dan sejurus tiba saya terus menghubungi Sarjan Sofi untuk melaporkan diri dan menyatakan kami sudah sampai seperti yang telah dijanjikan. 

Mesyuarat pengurus kontinjen bermula sekitar jam 3:30 petang yang dirasmikan oleh Supt. Hj Mud Shukri bin Jusoh. Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan di pengerusi oleh ASP Buang bin Salleh. Selesai sahaja mesyuarat tersebut terus diadakan taklimat setiap acara sukan yang dipertandingkan oleh ketua pengadil kepada semua pengurus kontinjen.

 
Memandangkan ini merupakan kali pertama kejohanan karom mengunakan peraturan karom antarabangsa, saya kira satu cabaran yang perlu dipikul memandangkan hanya satu pengadil berpengalaman yang membantu saya iaitu Jegathesan. Saya juga dibantu  oleh empat tenaga dari JPS Negeri Sembilan yang dilantik oleh pihak penganjur. Semasa sessi taklimat timbul pelbagai soalan yang dibangkitkan berhubungkait dengan undang-undang permainan tetapi berjalan dengan lancar. Saya juga menunjukkan beberapa tips dan cara bermain supaya semasa kejohanan nanti pengurus kontinjen dapat menyampaikan kepada pemain-pemain mereka supaya bermain dengan baik tanpa melakukan kesalahan yang drastik.

Saya juga mengambil kesempatan memberi penerangan dan menunjukkan papan karom antarabangsa yang sebenar berjenama Synco Premium Championship yang diiktiraf oleh badan Persekutuan Karom Antarabangsa (International carrom Federation), Untuk kejohanan kali ini papan buatan tempatan digunakan dan kualiti serta spesifikasi yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Sebelah malamnya kontinjen Bukit Aman meminta saya mengadakan satu sesi untuk kontinjen mereka dan memberi sedikit tips permainan sebelum kejohanan berlansung esuk. Saya mengharapkan mereka perolehi apa yang ditunjukkan dan dapat digunakan di sepanjang pertandingan nanti.

Pada malam itu juga empat pengadil daripada JPS tiba untuk membantu saya di kejohanan kali ini. Mereka tiba agak lewat kerana masing-masing mempunyai tugas harian yang belum selesai dan masalah pelepasan dari majikan mereka. Selepas memperkenalkan diri, saya terus memberi sedikit penerangan mengenai undang-undang permainan dan alhamdulillah kesemua mereka pernah bermain karom antarabangsa dan diharapkan di hari kejohanan nanti tiada masalah besar yang timbul. Saya juga memberi peringatan bahawa jika timbul keraguan dan ketidak pastian, mereka perlu merujuk kepada saya sebelum membuat sebarang tindakan dan keputusan. Kejohanan ini adalah di peringkat kebangsaan, maka kualiti pengadilan di sepanjang kejohanan perlu dikawal dengan rapi.

Malam ini kami semua tidor di berek lama iaitu tempat tinggal pekerja ladang. Saya diberitahu oleh ASP Buang semasa makan malam bahawa tempat ini adalah bekas Ladang tebu tetapi telah ditutup sekitar awal 80an dan tanah ini diambil oleh KDN dan dijadikan Pusat Latihan PDRM.

Berikut adalah Kontinjen yang mengambil bahagian dan dibahagikan kepada empat kumpulan:
Kumpulan A: Bukit Aman, Pahang dan Negeri Sembilan.
Kumpulan B: PULAPOL Air Hitam Negeri Sembilan, Trengganu dan Kedah.
Kumpulan C: Kontinjen Kuala Lumpur dan Pualau Pinang (Johor tidak hadir)
Kumpulan D: Kelantan, Melaka dan Perak. (Selangor tidak hadir)

Format kejohanan telah ditetapkan oleh pihak penganjur seperti berikut:
P    Perseorangan Lelaki
2    Perseorangan Wanita
3    Regu Lelaki
4    Regu Wanita
Regu Campuran.




















HARI KEDUA (24 Mei 2012)

      Sebelum pertandingan bermula saya selaku ketua pengadil telah memberi taklimat undang-undang permainan kepada semua peserta-peserta secara intensif. Sebagai pemain asas undang-undang yang diberikan sudah memadai untuk bermain dengan baik.

      Perlawanan mengunakan satu permainan (one game) bermaksud lapan papan (8 boards) atau dua puluh lima mata. Berikut adalah asas-asas yang penting diketahui oleh setiap pemain sebelum pertandingan bermula:

1  1.     Cara meletak Striker di atas garisan dasar (base lines)
2  2.     Cara meletak Striker di atas bulatan dasar (base circle/full moon)
3  3.     Kesalahan Teknikal (technical foul) dan Kesalahan (foul)
4  4.     Cara meletak penalti dan due (placing penalty/due).
5  5.     Menerangkan kelebihan buah karom merah (Queen)
6  6.     Cara menutup buah karom merah (Queen covered)
7  7.     Cara mengira mata kemenangan (scores)
8  8.     Menerangkan buah karom terakhir (last carrommen)
9  9.     Masa/Giliran bermain (turn of play)
1 10.  Menerangkan kesalahan yang perlu dielakkan semasa bermain.

      Walaupun permainan sebenar karom antarabangsa tidak boleh bersuara dan tidak boleh memberi isyarat, tetapi sebagai permulaan saya hanya membenarkan isyarat tangan sahaja khususnya acara berpasangan iaitu regu lelaki, regu wanita dan regu campuran.

      Pada hari pertama acara liga dijalankan dan empat kumpulan berjalan dengan serentak. Alhamdulillah di sepanjang hari pertama kejohanan berlansung tiada masalah besar berlaku dan semua pusingan liga selesai pada lewat petang.

    Kumpulan A

 
     Kumpulan B


    Kumpulan C


    Kumpulan D

     HARI KETIGA (25 Mei 2012)
     Hari ini dijalankan peringkat suku akhir. Sebelum pertandingan bermula terdapat kekeliruan dan salah faham. Tetapi akhirnya dengan persetujuan semua pengurus pasukan yang terlibat ianya diselesaikan dengan baik dalam suasana kekeluargaan.
 
    Berikut adalah pasukan yang berjaya mara ke suku akhir:
1   1. Negeri Sembilan vs Pulau Pinang
2   2. Pulapol Air Hitam Negeri Sembilan vs Melaka
3   3. Kuala Lumpur vs Bukit Aman
4   4. Kelantan vs Kedah

      Memandangkan esuk hari terakhir kejohanan dan terdapat beberapa acara daripada pihak penganjur perlu dijalankan pada sebelah pagi, maka penentuan tempat ketiga dan keempat terpaksa dijalankan pada hari yang sama.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 








   


HARI KEEMPAT (26 Mei 2012)
Hari ini merupakan hari kemuncak kejohanan untuk mennetukan kejuaraan. Sebelum pertandingan bermula ketua pengadil memberi taklimat terakhir kepada semua pemain supaya tidak melakukan kesalahan dan bermain dengan semangat kesukanan. Pertandingan akhir di antara Kontinjen Kelantan melawan Kontinjen Negeri Sembilan selepas masing-masing berjaya melepasi lawan di peringkat separuh akhir.

 
 Perseorangan Lelaki

 
 Perseorangan Wanita

 
 Regu Lelaki

 
Regu Wanita

 
 Regu Campuran


 

Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan:
JOHAN: KELANTAN
NAIB JOHAN: NEGERI SEMBILAN
KETIGA: BUKIT AMAN
KEEEMPAT: PULAPOL AIR HITAM, NEGERI SEMBILAN
 
 Pengadil berdiri dari kanan ke kiri iaitu Mohd Suhaizan (Ketua Pengadil), Jegathesan dan

KESIMPULAN
Secara keseluruhan di sepanjang empat hari kejohanan saya selaku ketua pengadil memberi ‘tabik spring’ kepada semua pemain yang memberi kerjasama dan bermain dengan baik sekali walaupun ini merupakan kejohanan yang pertama bermain karom mengikut undang-undang antarabangsa.

Kepada pengurus-pengurus kontinjen diharap mengkaji adakah tahap KPI yang telah ditetapkan dapat mencapai sasaran atau sebaliknya. Kunci kejayaan memerlukan pengurusan yang bijak dengan perancangan yang mantap di samping mempunyai peralatan yang sempurna dan sistem latihan yang sesuai dan akhirnya mempunyai pemain-pemain yang berdisplin.

Sebagai kata penutup tiada jalan singkat untuk mendapatkan apa yang tersirat di dalam hati seperti kata pepatah ‘Manakan dapat sagu jika tidak pecahkan ruyungnya’. Renung-renungkanlah…

No comments:

Post a Comment