INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, May 28, 2012

SEMALAM HARI YANG MALANG TETAPI HARI INI CERAH KEMBALI



Ceritanya bermula begini… Pada hari selasa (8/5/2012) seperti biasa saya menunggang motosikal ke tempat kerja. Saya singgah sebentar di petrol stesen untuk mengisi minyak kerana jarum meternya menunjukkan di bawah paras garisan merah. Semasa saya mengisi minyak H/phone berdering-dering tetapi saya biarkan sahaja kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Selesai sahaja mengisi minyak dan cuba menghidupkan enjin motosikal sekali lagi H/phone berbunyi. Lalu saya menolak motosikal ke tepi dan menjawap panggilan tersebut. Rupa-rupanya sahabat daripada Johor. Perbualan kami agak lama juga maklumlah bercerita pula pasal karom. Sahabat saya ini merupakan seorang kaki karom dan agak aktif juga.

Selesai sahaja perbualan tersebut saya pun terus memecut dan sampai di tempat kerja sekitar jam 9: 15 pagi. Saya terus ke meja untuk melihat jadual dan kerja-kerja yang diperlu diselesaikan pada hari ini.

Tiba-tiba saya merasakan sesuatu yang tidak kena lalu menyeluk saku seluar dan saat itu jugalah muka saya terus berubah… Ya Allah! H/phone saya sudah tidak bersama saya lagi…

Saya sungguh sedih dan terkedu seketika kerana kehilangannya. Seluruh anggota badan terasa lemah longlai dan minat untuk bekerja terus merundum. Kawan yang simpati berkata “alaa… hanya H/phone…”. Saya nak jawap macamana lagi… diam aje le… Saya cuba imbas kembali bagaimana ianya boleh terjadi. Rumusan saya ialah selepas bercakap dengan kawan tadi, saya tidak masuk H/phone dengan sempurna ke dalam saku dan ianya telah terjatuh ditengah di dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kehilangan ini sungguh perit bagi saya kerana nombor-nombor yang terdapat di dalamnya sungguh bermakna buat saya seperti ahli keluarga, sahabat handai dan nombor yang berkaitan dengan pekerjaan.

Tindakan pertama yang saya lakukan dengan memanggil ‘service provider’ untuk menutup talian dengan segera. Dan tindakan kedua bersama kawan saya pergi mengambil ‘sim card’ yang baru.

Selepas kembali daripada pejabat pada sebelah malamnya saya membeli H/phone baru… dan masih mengekalkan jenama yang sama… Saya membeli pada malam itu juga kerana keesukkan harinya mesyuarat untuk satu kejohanan karom akan diadakan dan berkomunikasi dengan mereka yang terlibat adalah penting.

 
H/phone baru Experia S…

Keesukkannya (9 Mei 2012) saya sampai jam 7:35 pagi di satu tempat untuk menunggu kawan untuk pergi ke tempat mesyuarat bersama-sama. Lebih kurang jam 9:10 pagi saya menerima satu panggilan yang tidak disangka, dimana seorang hamba Allah memberitahu bahawa kawan beliau terjumpa H/phone saya. Saya mengucapkan berbanyak terimakasih kerana sudi mencari tuan punya H/phone tersebut. Di dalam hati kecil berkata masih ada orang di luar sana yang berhati mulia.

Hamba Allah yang menghubungi saya adalah En. Azizan daripada Depot Simpanan Pertahanan Kementerian Pertahanan Malaysia, Sungai Buloh. Beliau menceritakan bagaimana h/phone tersebut sampai ke tangan beliau. Selepas itu saya meminta beliau untuk mencari beberapa nama untuk saya hubungi. Beliau berjaya mencari nama-nama yang seperti diminta untuk saya hubungi kawan yang akan pergi bersama menghadiri mesyuarat tersebut. Saya juga berjanji akan berjumpa beliau di Sungai Buloh sekitar jam 12:00 tengahari.

Selesai sahaja mesyuarat tersebut saya terus ke Sungai Buloh dan berjumpa dengan En. Azizan pada jam 12:15 tengahari.

 
Ini adalah tempat En. Azizan bertugas…

Selepas bersalam dan berbual seketika lalu beliau mengeluarkan H/phone kepunyaan saya dari dalam sampul surat.

 
Beginilah rupa H/phone lama Sony Ericson ARC S saya yang dilanggar kereta…

Kami juga sempat berbual-bual dan berkongsi maklumat sehingga menyentuh hobi masing-masing. Beliau seorang yang aktif di dalam sukan terutama bolasepak dan menceritakan pengalaman sebagai seorang pengadil Futsal. Dunia ini sungguh kecil sekali kerana beliau juga mengenali sahabat saya yang juga terlibat di dalam industri sukan bolasepak iaitu Syamil daripada Planet Football. Saya juga mencerita sedikit sebanyak pengalaman saya sebagai seorang pengiat sukan karom antarabangsa.

Begitulah kisah malang yang menimpa saya kerana kecuaian sendiri. Walau bagaimanapun dari sudut yang lain pula saya mendapat seorang sahabat yang baik hati. Beliau juga bergiat cergas di dalam sukan dan mungkin kami akan berkerjasama di dalam bidang kepakaran masing-masing  di masa hadapan.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada En. Azizan kerana sudi memulangkan kembali H/phone saya yang telah hilang walaupun keadaannya sungguh menyedihkan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik beliau dan saya mengharapkan ada lagi manusia di luar sana bersifat mulia dan jujur seperti En. Azizan.

No comments:

Post a Comment