Satu Perhentian Info Karom Antarabangsa: Kejohanan, Undang-Undang Permainan, Tips Permainan, Soalan Lazim, Latihan Intensif, Aktiviti, Peralatan Permainan, Pengurusan Acara, Pertanyaan dan Lain-Lain Info yang berkaitan.
SAYA TELAH MENGUJUDKAN SATU CHANNEL DALAM YOUTUBE BERNAMA "CARROM FOR ALL". CHANNEL INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERHENTIAN INFORMASI SEPERTI PERALATAN PERMAINAN KAROM, MEMPELAJARI PERMAINAN KAROM, TEKNIK PERMAINAN, AKTIVITI-AKTIVITI KAROM DAN KEJOHANAN KAROM ANTARABANGSA DAN JUGA KAROM MALAYSIA.
CHANNEL INI JUGA AKAN MENJADI SATU PERHENTIAN PERMAINAN KAROM YANG BOLEH DIIKUTI OLEH PEMINAT TANPA HAD.
Penulis
mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada pembaca yang beragama Islam
khususnya dan semoga dapat bertaqwa kepada Illahi di bulan yang penuh barakah
ini. Jangan lupa perbanyakkan sedekah dan amalan yang berfaedah dan jauhi
perkara-perkara mungkar yang membawa batalnya puasa kita. Akhir sekali mungkin
menjadi sejarah dalam hidup kita pada tahun ini kerana wabak covid-19 yang
melanda satu dunia terpaksa bertarawih di rumah bersama keluarga tersayang. Walau
bagaimanapun yang pasti hanya Allah yang Maha tahu hikmah apakah yang
diturunkan kepada hamba untuk direnungi dan muhasabah diri. Marilah kita bersama-sama
sebagai hamba yang lemah berdoa kepada Illahi semoga perjalanan hidup kita seperti
biasa dengan kadar segera dengan izinNya, in shaa Allah…
Perbezaan antara pemain karom bertaraf dunia atau profesional dengan pemain karom biasa atau amatur seperti langit dan bumi. Ini kerana perbezaan pemain profesioanal yang jelas ialah bermula dengan pengetahuan undang-undang permainan dan skil pemain profesional melalui pergerakkan jari menjentik, posisi tangan, posisi kaki dan pergerakkan badan serta strategi. Ketahanan mental yang mampu dikawal dengan baik di dalam apa jua keadaan adalah menunjukkan mereka itu sebenarnya profesional. Manakala pemain amatur pula tidak mempunyai ciri-ciri yang dimiliki oleh pemain profesional mungkin tidak mendapat latihan yang khusus, hanya ikutan dan bermain hanya setakat hobi sahaja.
Begitulah jurang yang cukup jauh di antara profesional dan amatur.
Tetapi apa yang kebanyakan orang tidak tahu adalah bahawa perbezaan ini
bermula dari peringkat awal lagi dengan displin yang cukup tinggi semasa mereka menjalani pelbagai corak latihan, komitmen yang tinggi di samping pengalaman mereka perolehi di sepanjang karier mereka sebagai seorang pemain karom.
Jika anda berpeluang untuk menonton
atau menyaksikan amalan mereka lakukan ketika menjalani latihan, mungkin anda
akan terkejut kerana tahap intensiti dan komitmen yang mereka miliki dan
tunjukkan setiap kali menjalani latihan yang cukup berintegriti. Latihan yang mereka terima daripada jurulatih yang profesional juga berjaya membantu dan membawa mereka berada di puncak kejayaan.
Cara dan amalan pemain profesional ketika sesi latihan yang cukup komited dan memberi fokus setiap pergerakkan yang mereka dilakukan. Penulis memberi satu contoh yang terbaik iaitu ketika mereka melakukan jentikkan kepada striker dengan pelbagai corak tekanan atau kekuatan jari menjentik menuju pelbagai posisi buah karom. Bermula dengan mengubah posisi kaki, memperbetulkan kedudukan badan, posisi lengan dan tangan. Hasil latihan inilah mereka dapat membaca tahap kekuatan jari ketika menjentik yang perlu diaplikasikan untuk mengenai setiap sasaran dengan tepat dan masuk ke dalam saku dengan sempurna. Semua pergerakkan tersebut perlu diambil kira dan persediaan serta konsentrasi yang cukup tinggi. Walaupun posisi buah karom berada pada kedudukkan yang paling mudah untuk dimasukkan ke dalam saku sekalipun ianya memberi tumpuan dan cukup prihatin supaya tidak melakukan sebarang kesalahan atau kecuaian.
Kita mungkin tertanya-tanya bagaimana pemain profesional ini dapat mengekalkan kompetitif semasa latihan sehingga membawa kepada pertandingan sebenar. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda yang berminat untuk mendalami dan meningkatkan diri ke arah yang lebih sempurna di dalam permainan karom anda iaitu:
1. Amalkan cara anda ingin bermain
Terjemahkan cara keinginan anda untuk bermain kepada kepada realiti di dalam latihan dan dalam perlawanan sebenar. Jika anda mengamalkan dalam latihan dengan intensiti 50%, maka hasilnya adalah 50% juga. Keadaan ini pasti akan
menjadi sukar untuk bermain sehingga anda perlu menukar gear yang lebih tinggi ketika datangnya perlawanan sebenar kerana daya saing pihak lawan yang lebih mencabar.
Oleh demikian semasa menjalani latihan bersama rakan sepasukan atau berseorangan lakukan bersungguh-sungguh seperti anda menghadapi lawan yang sebenar. Dalam latihan anda hendaklah mempelbagaikan corak latihan bukan setakat latihan mudah tetapi latihan yang agak mustahil juga perlu dititik beratkan.
2. Perancangan awal adalah paling penting
Jika anda ingin melakukan amalan yang sempurna,
maka anda perlu mempunyai perancangan yang tepat tentang apa yang anda akan capai
semasa bahawa sesi latihan. Kebanyakan pemain menjalani sesi latihan tanpa
perancangan tertentu, sehingga mereka menjentik secara seberono dan akhirnya latihan terebut tidak membawa hasil dan menjadi sia-sia. Anda mesti menetapkan matlamat dengan mengikut berperingkat-peringkat berdasarkan kemahuan dan pencapaian.
Fokus sasaran yang sukar perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa dan jangan mudah merasa puas atau kagum bila sudah berjaya melakukannya atau bila anda gagal melakukannya jangan sesekali merasa kecewa. Tetapi perlu tanam satu semangat untuk berjaya walaupun mungkin bermula di tangga yang terbawah sekali. Teruskan latihan dengan konsisten dan akhirnya anda akan dapat melihat juga satu cahaya terang di hadapan anda. Anda perlu mengamalkan latihan yang bersistematik dan mempunyai modul-modul latihan dan anda perlu bekerja keras ke arah kesempurnaan. Latihan yang diterima menjadi satu amalan harian dan bukan hanya menunggu beberapa hari sebelum pertandingan sahaja. Latihan yang sudah diterima jadikan satu rutin dan sebahagian daripada aktiviti harian anda walaupun hanya seketika.
3. Dapatkan teknik menjentik sasaran dengan sempurna
Terdapat beberapa teknik genggaman menjentik (grips) yang anda
boleh diamalkan. Kebanyakan pemain profesional mempunyai genggaman menjentik yang cukup baik hasil daripada tunjuk ajar daripada jurulatih profesional dan pengalaman mereka sendiri. Katakan anda mahu memperbaiki jentikkan ke arah hadapan (lurus ke hadapan) anda, maka anda perlu tahu bagaimana melatihkan cara jentikkan yang sesuai dalam apa jua keadaan dan memperbaiki ke arah lebih baik dan seterusnya diamalkan. Cara latihan menjentik yang sesuai adalah kunci penting di dalam permainan karom. Di samping anda menjalani latihan menjentik ke arah hadapan, latihan lain seperti ke bawah, melintang, menyilang kiri dan kanan juga perlu diberi perhatian. Kebanyakkan pemain amatur yang tiada pendedahan dan lansung tidak menerima latihan dari jurulatih profesonal, maka mereka inilah tidak tahu dan tidak mempunyai gengaman menjentik yang tidak sempurna yang sepatutnya diamalkan oleh seorang pemain karom. Akhirnya genggaman menjentik yang tidak kemas dan tidak konsisten adalah punca segala permasalahan tidak dapat bermain dengan sempurna.
4. Pastikan persediaan fizikal dan mental
Karom walaupun bukan sejenis permainan yang sukar tetapi ianya memerlukan anda memberi tumpuan yang serius dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan kesihatan. Sebenarnya anda perlu sihat dari segi fizikal, mental dan juga emosi supaya anda memberi persembahan yang terbaik di gelanggang.
Walaupun gangguan yang kecil dalam
kehidupan seharian anda secara drastik boleh menjejaskan prestasi anda di
gelanggang. Sebagai contoh jika timbul masalah malapetaka tertentu di dalam hidup anda, tetapi anda perlu perfikiran positif dan mencari jalan terbaik menghalang masalah tersebut ke dalam perlawanan sebenar atau ke dalam gelanggang.
Jika anda ingin bermain karom yang
lebih baik, tumpuan 100% fizikal dan fikiran anda perlu berada di dalam sukan ini, atau anda hanya akan bermain separuh daripada kemampuan sebenar anda.
5. Jadikan latihan sebahagian daripada rutin
Setiap pemain profesional mempunyai sesuatu yang cukup unik. Mereka biasanya mempunyai beberapa jenis rutin
yang sangat bersistematik semasa menjalani latihan, sebelum kejohanan dan semasa pertandingan. Ini biasanya bermula dalam
penyediaan peralatan mereka, makanan yang mereka makan sehari sebelum, pakaian, dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan hari sebelum perlawanan sebenar.
Biasanya di hari akhir latihan jangan memberi tekanan kepada diri sendiri dan rakan sepasukan anda, tetapi bersikap seperti biasa dan berlapang dada. Juga di hari akhir latihan perbanyakkan motivasi diri supaya mencari satu formula supaya menenangkan minda dan menyediakan kekuatan mental untuk pertempuran di perlawanan sebenar supaya anda tidak mudah goyah dan panik.
RUMUSAN
Mencari rutin sempurna untuk memaksimumkan prestasi anda adalah merupakan jalan terbaik ke arah pembentukkan kemahiran. Anda perlu membuat ia satu titik permulaan untuk mencari rutin sesuai membantu dan melakukan yang lebih
baik dalam permainan anda. Tidak kira apa tahap anda berada sekarang tetapi 5 langkah seperti di atas cukup penting jika anda mahu menjadi seorang pemain yang lebih sempurna dan lebih cekap di masa hadapan. Lakukan dengan konsisten dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai ke tahap yang mampu anda miliki.
Mencari
ilmu ibarat sedang mencari-cari cahaya. Sebab itu ramai yang
menebuk lubang di sana sini untuk melihat cahaya itu. Ada yang hanya mampu menebuk lubang yang kecil, maka kecil jugalah cahaya yang dapat. Ada yang hanya mampu menebuk lubang yang sederhana, maka sederhana cahayanya.
Dan ada yang pandai menebuk lubang yang besar, maka nampak besar juga
dilihat cahaya itu. Inilah faktor yang membezakan di antara satu sama lain.
Akhir sekali renungkanlah kata-kata ini "Perubahan bermula dengan diri sendiri dan tiada sesiapa dapat mengubah diri anda jika anda sendiri tidak ingin mengubahnya. Perubahan tiada jalan pintas, malah proses perubahan akan menempuh pelbagai ranjau, tetapi percayalah jika anda berjaya mengharunginya, maka anda sebenarnya sudah melepasi ujian tersebut". "MAJU KAROM UNTUK NEGARA"
Di dalam sesuatu jenis permainan sukan perkara yang menarik kepada seseorang atlet adalah kepuasan diri dan dalam masa yang sama memperolehi kejayaan. Tetapi ianya bukan perkara yang mudah untuk mencapai kedua-duanya dalam satu masa kerana pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi di sepanjang jalan untuk menuju ke puncak kejayaan. Bagi pihak pengerusan pula mereka mempunyai misi dan tanggunjawap kepada pasukan untuk mengurus dan mencari petua untuk kejayaan. Sebenarnya anda tidak perlu memikul setiap
kesukaran di atas bahu anda sendiri untuk memacu pasukan anda ke arah kejayaan, tetapi anda hanya perlu mencari jalan terbaik untuk membantu mencapai impian tersebut. Anda perlu bertindak bijak dengan mencari
seorang mentor sebagai pendorong, memberi sokongan dan bimbingan untuk
mendapatkan khidmat kepakaran yang cukup berharga. Dengan cara ini anda dapat
mengelakkan daripada terperangkap dan terbelengu di dalam mencari kejayaan yang
anda sendiri tidak mempunyai kepakaran dan kebolehan.
Sama ada anda perlu menyelesaikan
cabaran pencapaian sasaran atau mendapatkan maklumat dan latihan berguna
untuk memajukan kerjayaan pasukan yang di bawah kepimpinan anda. Mentor boleh
menjadi satu sumber yang cukup bernilai di dalam membantu dalam membentuk perancangan anda. Dalam masa yang sama mentor boleh mempengaruhi
pembangunan dan perancangan ke arah lebih positif.
Mendapat mentor adalah penting bagi
atlet dan dalam hal ini pihak pengurusan perlu menrencanakan masa depan pasukan yang dipimpin. Mencari mentor bukan perkara mudah kerana banyak kriteria-kriteria perlu di cari dan disaring sebelum membuat keputusan muktamad. Ada beberapa
kriateria pemilihan seorang mentor bukan sahaja setakat membantu anda malah
boleh membawa anda dan pasukan anda ke satu tahap yang lebih bagus.
Berikut adalah lima langkah untuk
membantu anda dalam pencarian seorang mentor yang arif dan berpengalaman ke arah kecermerlangan.
1. Kemahuan dan
menilai diri sendiri
Sebelum anda mencari seorang
mentor, ada baiknya mengambil sedikit masa untuk mencerminkan kekuatan sendiri
dan kelemahan, dan juga soalan-soalan yang penting dalam pencarian anda.
Adakah anda hanya mencari seorang mentor hanya dari sudut peningkatan mental?
Atau untuk meningkatkan kemahiran undang-undang atau skil dan teknik? Atau merangkumi kedua-duanya.
Sebagai contoh, adakah anda
memerlukan khidmat nasihat mengenai pengurusan operasi, strategi atau teknik
kepimpinan? Maka, anda perlu mencari seorang mentor yang sesuai untuk membantu
ke arah tersebut. Dan jika anda memerlukan kepakaran dari segi peningkatan
teknik permainan dan undang-undang, maka anda perlu mencari seorang bercirikan
mentor di bidangnya untuk membawa ke arah kefahaman dan kemahiran yang diimpikan.
Anda perlu berfikir bagaimana cara
yang sesuai menggunakan khidmat mentor dan komitmennya yang paling sesuai mengikut
jadual anda. Anda perlu menkaji dan pertimbangkan sama ada anda lebih suka
seorang perunding yang proaktif ke arah perancangan yang telah anda susunkan.
Atau anda juga perlu melihat kesediaan seorang mentor yang agak fleksibel dan
berfikiran terbuka supaya memudahkan perancangan anda diterima dan boleh
memperbaiki ke arah yang lebih menonjol lagi.
2. Anda perlu
bergaul
Jika berpeluang anda perlu bergaul
dan bersosial di dalam mencari ilmu dan mengambil pengalaman dari mereka yang
pakar seperti semasa kejohanan berlansung. Walaupun idea ini agak mudah tetapi
keberanian diri dan perasaan malu perlu dihindar demi secebis maklumat yang
berguna. Suasana begini banyak positif dan potensi untuk membantu mengembangkan
kerjaya pasukan pimpinan anda dalam menghadapi cabaran di masa hadapan.
Pertama, konsep ini memaksa anda
untuk melangkah keluar dari zon selesa dan bergaul dengan pakar-pakar yang
dikenal pasti untuk menyelesaikan masalah anda hadapi selama ini. Kedua, dengan mendedahkan diri anda kepada kenalan baru, maka anda berpeluang bertanya di dalam pencarian mentor yang sesuai mengikut misi dan visi anda. Ketiga, bila anda berjumpa dan bergaul dengan ramai orang, maka anda sendiri boleh mengenal pasti dan boleh membuat pilihan mentor yang sesuai dengan ciri-ciri yang telah anda gariskan dalam membangunkan pasukan.
3. Pandang di luar
pasukan anda
Ini adalah penting untuk anda
menilai keupayaan pasukan sendiri dan terus berusaha ke arah pencapaian yang
tertinggi. Bagi atlet yang berada di bawah kepimpinan anda ianya penting supaya
tidak menghadkan diri anda dengan mereka dalam suasana yang harmoni dan
profesional.
Apabila anda melihat di luar pasukan
anda terutama pasukan yang lain ini membuka mata anda untuk mencari seorang
mentor untuk mengatasi pasukan yang lain. Perlu diingat bahawa anda hanya
melihat bagaimana mentor tersebut dapat memberi satu pengisian yang berguna
untuk pasukan anda. Mendapat perkhidmatan seorang mentor yang memberi fokus
serta mempunyai kualiti yang mantap dan berpengalaman adalah perkara yang perlu diambil perhatian sepenuhnya.
4. Pendekatan yang
anda perlu fikirkan
Anda perlu mengetahui bagaimana
mencari seorang mentor dan jangan sesekali bertanya kepada orang yang anda
sendiri tidak kenali atau tidak mahir kerana ini akan memberi impak yang lebih
buruk. Cara terbaik berjumpa kenalan yang sudah menceburi di dalam permainan
ini dan mereka boleh bertindak sebagai penghubung. Ini merupakan cara atau jalan yang paling mudah dan singkat singkat untuk mengenali seseorang mentor kerana tahap
pemahaman dan hubungan di antara mentor dan mentee adalah cukup penting. Sebaik sahaja anda bertemu
seorang mentor maka bina satu hubungan yang positif supaya perancangan dapat
dirangka secara lebih terperinci demi pasukan yang hendak dibentuk.
Sebelum itu ada baiknya anda menyelidik untuk mengenali lebih dekat seorang mentor
dengan menceritakan latar belakang dan pengalaman mereka. Juga
di adakan dialog atau berdikusi untuk mengetahui corak pemikiran seorang mentor
tersebut. Jika didapati mentor tersebut tidak sesuai maka pihak pengurusan
perlu mencari yang lain dan lebih layak untuk mentor pasukan anda. Cara ini merupakan jalan selamat sebelum mengikat kontrak dengan mentor tersebut supaya perancangan anda tidak terencat dikemudian hari.
5. Menggunakan jaringan perhubungan
Sebaik-baiknya, berusaha untuk
berhubung dengan pasukan lain untuk memahami cabaran yang anda hadapi dan boleh
berkongsi pengalaman berkaitan yang diperlukan. Perlu diingat bahawa anda tidak
perlu mengalih kerja sebagai mentor kerana bukan kepakaran anda, tetapi
sebaliknya fokus pada mencari seseorang mentor yang mempunyai kualiti yang
tepat dan berpengalaman.
Hubungan di antara anda dan mentor
perlu dijaga dan berkembang secara profesionl supaya bakal gerak kerja berjalan
lancar dan tiada unsur-unsur negatif. Mendapatkan khidmat mentor yang berpengalaman adalah cukup penting kerana mentor tersebut mempunyai jaringan dari luar dan ini memberi pencerahan dari pelbagai sudut dalam membantu membangunkan yang pasukan anda. Rumusan
Mencari seorang mentor akan membawa ke
satu jangka masa yang singkat dan boleh jadi juga memakan masa yang
panjang. Realitinya tidak semua orang boleh menjadi mentor dan sebagai pihak pengurusan hendaklah mengenal pasti mentor itu sebenarnya mentor yang tulin. Mentor yang tulin bermaksud orang yang dapat memberi ilmu sebenar di dalam permainan serta dapat mengajar ke arah lebih baik dalam mempertingkatkan mutu pemain-pemain mereka. Percaya pada diri sendiri serta mempunyai keyakinan dan terus
memperhalusi cara pendekatan anda apabila anda mencari seorang mentor. Juga anda boleh menghubungi seseorang yang dikenali untuk membantu dalam pencarian seorang mentor. Apabila
anda telah menemui seorang mentor, pastikan anda mengikuti langkah-langkah yang diberi
untuk dimanfaatkan kepakaran dan pengalaman mentor tersebut.
Pencarian untuk pencerahan dan perubahan adalah penting untuk diri dan pasukan anda dan akhirnya renungkan kata-kata ini "Cahaya
lilin walau pun kecil tetapi ianya mampu menerangi suasana kegelapan
malam". "MAJU KAROM UNTUK NEGARA"
Courtesy by Dr Neeraj Sampathy How true! It is the memories
which make the game special. The curiosity, the struggle, the pleasure, the
sense of achievement, the disappointment, the frustration, the successful
moments, the excitement when you realize your potential and then the unending
efforts to convert your potential into performance and of course the
camaraderie - that is what the game is about. Thanks Santhosh for the wonderful
picture.
These kids are hardcore and truly carrom lovers
My comment: If
there is interest and effort such as children's play carrom (see the picture
above) no matter how it will become a reality. This shows that there is no
barrier although the real equipment does not exist. Children like these will
make them the best players in the future if they are well trained and guided.
What are the
formulas to make you perfect and the best players? Well... First you need to
fall in love, passion and lastly required systematic way of training assisted
by experienced coach. Once you have embraced the skills, techniques and laws of
carrom than you’ll see the light of the other side of the tunnel. To keep your
momentum going you need to work harder by yourself in order climb to the top.
No short cut and
no miracles to achieve the goals. The miracles are in you…
Perdana Menteri Datuk Seri Najib (kanan) bersama tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melihat perlawanan Liga Bola Sepak Rakyat hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan komited untuk membantu memperkasakan sukan bola
sepak di negara ini dengan menyokong program pembangunan sukan itu di peringkat
akar umbi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, program seperti Liga Bola Sepak
Rakyat (LBR), yang diilhamkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, adalah antara antara platfom terbaik program
pembangunan yang perlu diketengahkan untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu
yang berkualiti.
"Bola sepak bukan sahaja permainan yang perlu
diperkembangkan di peringkat akar umbi tetapi pelan pembangunan untuk
ketengahkan bakat baharu yang berpotensi juga perlu dilakukan.
"Program ini tidak boleh dibiarkan dengan sendirinya
tetapi perlu dilaksana dengan kaedah saintifik dan profesional, barulah dapat
melahirkan lebih ramai bakat baharu yang berkualiti," kata Najib.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan LBR di
Dataran Pekan di sini hari ini.
Turut berangkat ke majlis itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku
Abdullah.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin, Pengerusi Bank Rakyat Jeneral (B) Tan Sri
Abdul Aziz Zainal dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd
Johari Hussain.
Bagi menterjemahkan sokongan itu, Najib berkata, kerajaan
pusat dengan Bank Rakyat bersedia menyalurkan peruntukan RM10 juta dalam tempoh
tiga tahun kepada liga berkenaan.
Menurutnya, negara sehingga kini masih kekurangan platfom
untuk mencungkil pemain baru di peringkat akar umbi.
"Walaupun kita pernah jadi juara AFF Suzuki beberapa
tahun lepas, tetapi kita lihat 70 peratus daripada pemainnya datang dari
Sekolah Sukan Bukit Jalil.
"Dalam erti kata lain saluran melahirkan bakat-bakat
baharu terlalu sempit dan terhad serta tidak ada sumber menyeluruh.
"Sebab itu, apabila Tengku Abdullah mengemukakan
cadangan bahawa LBR adalah untuk memperkasakan bakat baharu, secara spontan
saya nyatakan persetujuan kerana ia baik untuk pembangunan sukan bola sepak
negara ini," kata Najib.
Katanya untuk melonjakkan kembali sukan bola sepak di negara
ini, sepatutnya lebih banyak pihak tampil membantu program pembangunan sukan
itu dan bukan hanya tahu mengkritik.
Dalam masa yang sama, Najib berharap pemain-pemain muda yang
menyertai LBR supaya tidak hanya memfokuskan misi untuk mendapatkan piala liga
ini namun harus menjadikannya sebagai medium terbaik untuk mengembangkan bakat
mereka.
Najib berkata, beliau sendiri akan memantau perkembangan liga
tersebut dengan mendapatkan laporannya dari semasa ke semasa.
LBR diilhamkan Tengku Abdullah dengan objektif untuk
mengembangkan permainan bola sepak secara bersistematik selain menjadi insitusi
yang mampu melahirkan pemain berpotensi untuk beraksi dalam skuad negara.
Sebanyak 111 pasukan dari seluruh negara menyertai kejohanan
bertaraf amatur ini dan pembahagian pasukan akan dilakukan mengikut zon dengan
melibatkan 520 perlawanan. - Bernama
Komen penulis: Sebuah kerajaan melalui pilihan demokrasi di dalam setiap negara hari ini adalah diamanahkan untuk menjalankan tugas sebagai pentadbir urus yang cekap dan adil kepada rakyat di bawah pemerintahannya. Tugasannya adalah menyeluruh bermula kepada sosial budaya, sosial ekonomi, pembangunan negara, keamanan dan kesejahteraan rakyat. Sektor sukan tidak terkecuali dengan keprihatinan kerajaan sehingga melibatkan dana yang agak besar di dalam pembangunan sukan negara.
Hari ini pembangunan sukan cukup penting kepada sesebuah negara dan ianya juga sebagai salah satu penanda aras mercu kejayaan. Malaysia tidak terkecuali di dalam pembangunan sukan sehingga berjaya menonjol beberapa ahli sukan yang menggondol kejayaan besar di peringkat antarabangsa seperti mencipta nama dan membawa gelaran 'World No. 1' di dalam sukan Badminton dan Squash. Tidak ketinggalan juga mencipta di dalam beberapa sukan yang lain seperti sukan berbasikal, bina badan, permotoran dan baru-baru ini anak Malaysia mencipta nama di dalam dunia sukan tinju yang mengondol Juara World Boxing Council (WBC) Asia 2016 bagi kategori light heavyweight.
Cuma apa yang dikesalkan adalah hanya sukan-sukan tertentu sahaja yang diberi penekanan, perhatian dan pembangunannya, tetapi tidak menyeluruh kepada sukan-sukan lain yang mungkin dilihat sebagai sukan sampingan sahaja. Ada sesetengah sukan dan kejayaan yang dicapai oleh ahli sukan ditanggung oleh individu tertentu demi mencari kejayaan dan mengharumkan negara tanpa keprihatinan kerajaan yang memerintah.
Secara peribadi sebenarnya semua jenis sukan adalah penting dan perlu dilihat secara holistik pembangunan sukan negara. Jangan hanya cenderung kepada sukan teras yang telah diwartakan pihak kerajaan menerusi Kementerian Sukan Belia dan Sukan. Keadilan dan kesaksamaan di dalam pembahagian dana adalah perlu dilihat oleh kerajaan dan badan yang dipertanggungjawabkan supaya sukan lain tidak dianak tirikan dan terus tercicir di dalam senarai pembangunan sukan negara. Jangan melihat sukan yang dianggap tidak penting dengan memandang sebelah mata sahaja dan cuba menidakkan kewujudan sukan-sukan tersebut. Kepada mereka-mereka yang dipertanggunggjawabkan hendaklah berlaku adil dan melihat secara jujur dan bukan hanya duduk dikerusi empuk hingga terlupa apa yang ada di bawah hamparan karpet pejabat yang tebal.
Ayuh!!!... Lakukan perubahan minda dan sikap mulai dari sekarang sebelum terlambat bermula dengan diri sendiri, peminat sukan, pemimpin sukan dan seterusnya pihak yang berwajib untuk menentukan arah tuju pembangunan sukan negara.
Anda adalah pengerak utama untuk melakukan perubahan hingga ke dasar...
Pengurus JPS Perak berkunjung ke Sungai Buloh untuk mengambil papan karom antarabangsa berjenama Precise Elegant Champion. Beliau bersama rakan-rakan singgah sebentar sambil bertanya sedikit sebanyak cara dan undang permainan. Walaupun masa yang agak singkat tetapi dapat juga menimba ilmu seadanya.
.
Cenderamata dari saya kepada pengurus karom JPS Perak En. Haruddin
Walaupun perkembangan karom antarabangsa agak perlahan tetapi permintaan peralatannya masih berjalan seperti biasa. Baru-baru ini pasukan JPS telah berkunjung ke Sungai Buloh dan mengambil tempahan 2 set papan karom berjenama Precise Elegant Champion yang telah dibuat.
Pengurus Johor tidak dapat turun kerana kekangan kerja dan hanya seorang wakil sahaja yang datang. Saya tidak berpeluang untuk menurun sedikit ilmu yang ada kerana kesuntukkan masa. Walau bagaimana pun in shaa Allah di masa akan datang jika berkelapangan mungkin boleh diuruskan.
Beliau berkunjung ke Sungai Buloh bersama anak dan seorang kawan untuk melihat kualiti papan karom antarabangsa. Kunjungan beliau seminggu sebelum kejohanan Karom MAKSWIP pada 20 dan 21 Febuari 2016. Saya juga menyediakan papan untuk demo dan sesi pencerahan dari segi undang-undang dan cara latihan yang sesuai.
Saya terkejut kerana beliau membeli papan karom yang paling bermutu tinggi iaitu Precise Elegant Rosy. Papan jenis ini sudah tidak dikeluarkan lagi kerana harga yang agak mahal. Tahniah kepada beliau yang begitu komited di dalam permainan karom sehingga sanggup mengeluarkan wang saku sendiri demi minat dan cinta kepada sukan karom. Semoga beliau berjaya membimbing pasukan LHDN sehingga peringkat yang tertinggi di masa hadapan. Syabas kepada En. Shamsul...
Pengurus LHDN En. Shamsul sedang berlatih untuk memersiapkan diri untuk Kejohanan MAKWSIP 2016.
PENGURUS PASUKAN KAROM MAKSAK PDRM
Beliau berkunjung ke Sungai Buloh selepas sahaja berakhirnya kejohanan karom MAKSAK yang diadakan bulan 10 hingga 13 March 2016 di Shah Alam, Selangor selaku tuan rumah pada tahun ini. Memandangkan dana yang agak terhad pasukan PDRM sudah sekian lama ingin memiliki papan karom antarabangsa dan akhirnya berjaya hasil usaha wang saku pemain-pemain sendiri. Tahniah dan syabas kepada paduka PDRM yang begitu komited terhadap karom sehingga mereka mengorbankan wang sendiri demi cinta dan minat kepada sukan karom. Saya doakan pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan PDRM menjadi ikutan dan contoh kepada pasukan lain yang kekurangan dana demi cinta kepada sukan ini.
Setiap
pertemuan ada perpisahan. Setiap bermula pastinya ada yang berakhir. Setiap
yang bernyawa pasti akan menemui ajal. Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan
merasai saat kematian. Cuma perbezaan ada yang berpisah tetapi bertemu kembali dan kemungkinan
juga pertemuan itu menjadi yang terakhir buat selama-lamanya.
Sekitar
jam 8.30 pagi hari selasa 5 April 2016 saya menerima panggilan daripada sahabat
AbdulMutalib (pemain MAKSAK KL) dan bertanya samada saya
tahu berita pemergian seoranag sahabat yang saya kenali. Saya menjawab saya tidak
tahu dan tiada sesiapa yang memberitahu. Lalu beliau memberitahu bahawa Muhamad Isa
bin Mohd Tahir pengurus karom DBKL dan juga merangkap pengurus karom MAKSAK telah pergi buat selama-lamanya kerana panggilan Illahi.
Inna
lillahi wa inna ilayhi raji’un
“Sesungguhnya
kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”
Pemergian
arwah kerana akibat serangan jantung. Bila mengingati kembali pemergian arwah, anak saya
juga menemui sang penciptanya pada tarikh yang sama 5 haribulan. Cuma bezanyanya arwah anak saya meninggal dunia pada bulan March 2016. Betul-betul sebulan selepas pemergian anak saya. Saya sedih sekali lagi.
Saya
terkejut dan terharu tetapi redha kerana ianya perancangan dari yang maha Esa.
Seorang sahabat baik yang sama-sama bergiat cergas dalam sukan karom dan kami
selalu berkerjasama dalam menjayakan beberapa kejohanan karom MAKSWIP sejak 2012.
Sekitar jam
11.00 pagi saya bertolak dari dari Kepong selepas selesai urusan kerja dan
terus ke pejabat Jupem Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk menjemput Mutalib,
Remey dan Puan Jamilah. Kami terus bergegas ke Surau di Putrajaya untuk
menziarah arwah kali terakhir. Ramai kawan-kawan arwah sudah berada di sana yang sudah mendahului kami. Dalam masa yang sama juga sahabat yang lain juga turut sampai satu persatu. Kami bersalam-salaman dan
bertanya khabar tentang arwah pada hari-hari terakhir dan kawan-kawan arwah
mengatakan tiada tanda-tanda menunjukkan arwah sakit. Kami diberitahu arwah dihantar ke hospital sekitar jam 4.00 pagi kerana mengadu sakit dada. Arwah telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 6.00 pagi di Hospital Serdang.Kami sempat bersama-sama sembahyangkan jenazah dan kami juga diberitahu bahawa pengkebumian
selepas waktu solat zohor.
Hampir
17 tahun mengenali arwah sejak pertemuan buat pertama kali pada tahun 1999
sempena kejohanan piala koprat kali pertama. Pemergian arwah meninggalkan
kenangan persahabatan yang dipenuhi suka dan duka dalam sukan karom. Takziah
untuk keluarga arwah kerana sudah tiba masanya untuk bertemu Illahi, Allah
lebih menyayangi arwah. Sebagai seorang kawan, pastinya hati ini sayu dan sedih
mendengar berita pemergian arwah. Saya mengharapkan ahli keluarga arwah tabah
menerima dugaan yang cukup berat ini.
Arwah sedang menunjuk ajar kepada pemain-pemain muda pasukan ASSB
Arwah bergambar selepas selesainya test series
Arwah bergambar bersama pengurus karom ASSB dan saya sebagai koordinator.
Hanya
gambar sahaja menjadi kenangan yang akan menyegarkan kembali memori
persahabatan ini. Saya agak terkilan kerana tidak dapat bertemu arwah yang memesan
satu striker yang bagus daripada saya. Arwah memesan striker tersebut selepas
selesainya kejohanan karom maksak pada tahun 2016 yang diadakan di Shah Alam,
Selangor. Saya tidak berkesempatan dan agak terkilan kerana tidak berpeluang berjumpa dengan arwah kerana saya agak sibuk dengan urusan arwah anak saya.
Selepas Kejohanan Karom MAKSAK arwah menempah striker dan saya tidak berkesempatan untuk menyerahkan kepadanya.
Saya
bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi salah seorang sahabat
di dalam hidup arwah. Semua sahabat-sahabat yang mengenali arwah pastinya
terkejut dan bersedih atas pemergian arwah.Semoga
arwah diampunkan dan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Saya
juga mengharapkan agar sesiapa yang mengenali arwah dapat memaafkan beliau dan
menghalalkan semuanya. Semoga kita merelakan pemergian arwah dan beliau tenang
di alam yang baru.
Sahabat
adalah orang-orang terdekat dengan kita, yang selalu diajak bersama dalam duka dan
tawa. Juga ketika menghadapi masalah yang menimpa kita maka sahabat dengan cepat
datang menghampiri kita dan memberikan sokongan dan menasihati kita. Itulah
dinamakan seorang sahabat yang setia dan sejati.
Arwah bermain ketika perlawanan akhir DBKL vs UM, DBKL muncul juara pada tahun ini.
Pasukan DBKL menjuarai kategori lelaki di Kejohanan MAKSWIP 2016. Arwah sebagai pengurus pasukan.
Pasukan MAKSAK Kuala Lumpur muncul juara karom peringkat kebangsaan ketika kejohanan berlansung di Kota Kinabalu pada tahun 2015.
Pasukan MAKSAK Kuala Lumpur tahun 2016 mengulangi kejayaan pada tahun 2015 dengan sekali lagi muncul juara karom peringkat kebangsaan yang berlansung di Shah Alam, Selangor.
Pasukan MAKSAK Kuala Lumpur yang mantap dan sukar dikalahkan. Bermula dari kiri Roslan Baba, Adik (nama gelaran), Roslan (pembantu kanan Arwah), Mohd Isa (Arwah), Abdul Mutalib dan Wan Arif.
Arwah bersama pasukan MAKSAK Kuala Lumpur ketika majlis penyampaian hadiah muncul juara di Kejohanan MAKSAK 2016.
Saya tidak dapat sepenuhnya profile arwah sejak awal penglibatan di dalam sukan karom. Info arwah yang sedikit saya perolehi dari En. Roslan pembantu kanan arwahyang kini mengambil tugas arwah sebagai pengurus pasukan DBKL dan pengurus MAKSAK WPKL.
Arwah memegang Pengurus karom pasukan DBKL dan Pengurus pasukan karom MAKSAK Kuala Lumpursejak 2005 hingga 2016. Pernah mewakili pasukan karom Malaysia di peringkat antarabangsa bermula tahun 1995 sehingga 2002.
Perginya seorang insan yang cukup komited di dalam dunia sukan karom. Pasukan di bawah pengurusan srwsh mencapai banyak kejayaan dengan cemerlang. Semasa berakhirnya kejohanan Karom MAKSWIP saya dan arwah merancang untuk mengadakan satu kejohanan besar pada penhujung tahun ini. Nampaknya perancangan hanya tinggal kenangan sahaja.
Doa
buat sahabatku semoga damai di sana…
Segala
Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ , keluarga
dan para sahabat Baginda. Ya
Allah!
Ampunilah sahabatku, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah
dosanya, muliakanlah kedudukannya, lapangkanlah kuburnya dan jadikan di
alam barzah seperti taman-taman di syurga. Bersihkanlah dia dari semua
kesalahan sebagaimana
kain putih dan terhindar dari azab kubur. Jauhi daripada seksaan api neraka dan tempatkan di syurga jannah. Aamiin aamiin yaraballalamiin.
Semoga
roh Allahyarham tenang bersemadi dan memperolehi rahmat Allah. Mohon pengunjung
blog komuniti karom meluangkan sedikit masa melafazkan Al-Fatihah buat Allahyarham Muhamad Isa bin Mohd Tahir (28/03/1960 – 5/4/2016).