Setiap
pertemuan ada perpisahan. Setiap bermula pastinya ada yang berakhir. Setiap
yang bernyawa pasti akan menemui ajal. Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan
merasai saat kematian. Cuma perbezaan ada yang berpisah tetapi bertemu kembali dan kemungkinan
juga pertemuan itu menjadi yang terakhir buat selama-lamanya.
Sekitar
jam 8.30 pagi hari selasa 5 April 2016 saya menerima panggilan daripada sahabat
Abdul Mutalib (pemain MAKSAK KL) dan bertanya samada saya
tahu berita pemergian seoranag sahabat yang saya kenali. Saya menjawab saya tidak
tahu dan tiada sesiapa yang memberitahu. Lalu beliau memberitahu bahawa Muhamad Isa
bin Mohd Tahir pengurus karom DBKL dan juga merangkap pengurus karom MAKSAK telah pergi buat selama-lamanya kerana panggilan Illahi.
Inna
lillahi wa inna ilayhi raji’un
“Sesungguhnya
kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”
Pemergian
arwah kerana akibat serangan jantung. Bila mengingati kembali pemergian arwah, anak saya
juga menemui sang penciptanya pada tarikh yang sama 5 haribulan. Cuma bezanyanya arwah anak saya meninggal dunia pada bulan March 2016. Betul-betul sebulan selepas pemergian anak saya. Saya sedih sekali lagi.
Saya
terkejut dan terharu tetapi redha kerana ianya perancangan dari yang maha Esa.
Seorang sahabat baik yang sama-sama bergiat cergas dalam sukan karom dan kami
selalu berkerjasama dalam menjayakan beberapa kejohanan karom MAKSWIP sejak 2012.
Sekitar jam
11.00 pagi saya bertolak dari dari Kepong selepas selesai urusan kerja dan
terus ke pejabat Jupem Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk menjemput Mutalib,
Remey dan Puan Jamilah. Kami terus bergegas ke Surau di Putrajaya untuk
menziarah arwah kali terakhir. Ramai kawan-kawan arwah sudah berada di sana yang sudah mendahului kami. Dalam masa yang sama juga sahabat yang lain juga turut sampai satu persatu. Kami bersalam-salaman dan
bertanya khabar tentang arwah pada hari-hari terakhir dan kawan-kawan arwah
mengatakan tiada tanda-tanda menunjukkan arwah sakit. Kami diberitahu arwah dihantar ke hospital sekitar jam 4.00 pagi kerana mengadu sakit dada. Arwah telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 6.00 pagi di Hospital Serdang. Kami sempat bersama-sama sembahyangkan jenazah dan kami juga diberitahu bahawa pengkebumian
selepas waktu solat zohor.
Hampir
17 tahun mengenali arwah sejak pertemuan buat pertama kali pada tahun 1999
sempena kejohanan piala koprat kali pertama. Pemergian arwah meninggalkan
kenangan persahabatan yang dipenuhi suka dan duka dalam sukan karom. Takziah
untuk keluarga arwah kerana sudah tiba masanya untuk bertemu Illahi, Allah
lebih menyayangi arwah. Sebagai seorang kawan, pastinya hati ini sayu dan sedih
mendengar berita pemergian arwah. Saya mengharapkan ahli keluarga arwah tabah
menerima dugaan yang cukup berat ini.
Hanya
gambar sahaja menjadi kenangan yang akan menyegarkan kembali memori
persahabatan ini. Saya agak terkilan kerana tidak dapat bertemu arwah yang memesan
satu striker yang bagus daripada saya. Arwah memesan striker tersebut selepas
selesainya kejohanan karom maksak pada tahun 2016 yang diadakan di Shah Alam,
Selangor. Saya tidak berkesempatan dan agak terkilan kerana tidak berpeluang berjumpa dengan arwah kerana saya agak sibuk dengan urusan arwah anak saya.
Selepas Kejohanan Karom MAKSAK arwah menempah striker dan saya tidak berkesempatan untuk menyerahkan kepadanya.
Saya
bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi salah seorang sahabat
di dalam hidup arwah. Semua sahabat-sahabat yang mengenali arwah pastinya
terkejut dan bersedih atas pemergian arwah.Semoga
arwah diampunkan dan rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Saya
juga mengharapkan agar sesiapa yang mengenali arwah dapat memaafkan beliau dan
menghalalkan semuanya. Semoga kita merelakan pemergian arwah dan beliau tenang
di alam yang baru.
Sahabat
adalah orang-orang terdekat dengan kita, yang selalu diajak bersama dalam duka dan
tawa. Juga ketika menghadapi masalah yang menimpa kita maka sahabat dengan cepat
datang menghampiri kita dan memberikan sokongan dan menasihati kita. Itulah
dinamakan seorang sahabat yang setia dan sejati.
Arwah bermain ketika perlawanan akhir DBKL vs UM, DBKL muncul juara pada tahun ini.
Pasukan DBKL menjuarai kategori lelaki di Kejohanan MAKSWIP 2016. Arwah sebagai pengurus pasukan.
Pasukan MAKSAK Kuala Lumpur muncul juara karom peringkat kebangsaan ketika kejohanan berlansung di Kota Kinabalu pada tahun 2015.
Pasukan MAKSAK Kuala Lumpur tahun 2016 mengulangi kejayaan pada tahun 2015 dengan sekali lagi muncul juara karom peringkat kebangsaan yang berlansung di Shah Alam, Selangor.
Pasukan MAKSAK Kuala Lumpur yang mantap dan sukar dikalahkan. Bermula dari kiri Roslan Baba, Adik (nama gelaran), Roslan (pembantu kanan Arwah), Mohd Isa (Arwah), Abdul Mutalib dan Wan Arif.
Arwah bersama pasukan MAKSAK Kuala Lumpur ketika majlis penyampaian hadiah muncul juara di Kejohanan MAKSAK 2016.
Saya tidak dapat sepenuhnya profile arwah sejak awal penglibatan di dalam sukan karom. Info arwah yang sedikit saya perolehi dari En. Roslan pembantu kanan arwah yang kini mengambil tugas arwah sebagai pengurus pasukan DBKL dan pengurus MAKSAK WPKL.
Arwah memegang Pengurus karom pasukan DBKL dan Pengurus pasukan karom MAKSAK Kuala Lumpur sejak 2005 hingga 2016. Pernah mewakili pasukan karom Malaysia di peringkat antarabangsa bermula tahun 1995 sehingga 2002.
Perginya seorang insan yang cukup komited di dalam dunia sukan karom. Pasukan di bawah pengurusan srwsh mencapai banyak kejayaan dengan cemerlang. Semasa berakhirnya kejohanan Karom MAKSWIP saya dan arwah merancang untuk mengadakan satu kejohanan besar pada penhujung tahun ini. Nampaknya perancangan hanya tinggal kenangan sahaja.
Doa
buat sahabatku semoga damai di sana…
Segala
Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ , keluarga
dan para sahabat Baginda. Ya
Allah!
Ampunilah sahabatku, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah
dosanya, muliakanlah kedudukannya, lapangkanlah kuburnya dan jadikan di
alam barzah seperti taman-taman di syurga. Bersihkanlah dia dari semua
kesalahan sebagaimana
kain putih dan terhindar dari azab kubur. Jauhi daripada seksaan api neraka dan tempatkan di syurga jannah. Aamiin aamiin yaraballalamiin.
Semoga
roh Allahyarham tenang bersemadi dan memperolehi rahmat Allah. Mohon pengunjung
blog komuniti karom meluangkan sedikit masa melafazkan Al-Fatihah buat Allahyarham Muhamad Isa bin Mohd Tahir (28/03/1960 – 5/4/2016).
Assalamualaikom Cik suhaizanm, sy hafiz anak sulong arwah MUHAMAD ISA..sy da mak telah berpindah ke kg kebun baru hutan melintang,perak..jika ade masa boleh call atau whatssap sy di 0149448646
ReplyDelete