Perbezaan antara pemain karom bertaraf dunia atau profesional dengan pemain karom biasa atau amatur seperti langit dan bumi. Ini kerana perbezaan pemain profesioanal yang jelas ialah bermula dengan pengetahuan undang-undang permainan dan skil pemain profesional melalui pergerakkan jari menjentik, posisi tangan, posisi kaki dan pergerakkan badan serta strategi. Ketahanan mental yang mampu dikawal dengan baik di dalam apa jua keadaan adalah menunjukkan mereka itu sebenarnya profesional. Manakala pemain amatur pula tidak mempunyai ciri-ciri yang dimiliki oleh pemain profesional mungkin tidak mendapat latihan yang khusus, hanya ikutan dan bermain hanya setakat hobi sahaja.
Begitulah jurang yang cukup jauh di antara profesional dan amatur.
Tetapi apa yang kebanyakan orang tidak tahu adalah bahawa perbezaan ini
bermula dari peringkat awal lagi dengan displin yang cukup tinggi semasa mereka menjalani pelbagai corak latihan, komitmen yang tinggi di samping pengalaman mereka perolehi di sepanjang karier mereka sebagai seorang pemain karom.
Jika anda berpeluang untuk menonton
atau menyaksikan amalan mereka lakukan ketika menjalani latihan, mungkin anda
akan terkejut kerana tahap intensiti dan komitmen yang mereka miliki dan
tunjukkan setiap kali menjalani latihan yang cukup berintegriti. Latihan yang mereka terima daripada jurulatih yang profesional juga berjaya membantu dan membawa mereka berada di puncak kejayaan.
Cara dan amalan pemain profesional ketika sesi latihan yang cukup komited dan memberi fokus setiap pergerakkan yang mereka dilakukan. Penulis memberi satu contoh yang terbaik iaitu ketika mereka melakukan jentikkan kepada striker dengan pelbagai corak tekanan atau kekuatan jari menjentik menuju pelbagai posisi buah karom. Bermula dengan mengubah posisi kaki, memperbetulkan kedudukan badan, posisi lengan dan tangan. Hasil latihan inilah mereka dapat membaca tahap kekuatan jari ketika menjentik yang perlu diaplikasikan untuk mengenai setiap sasaran dengan tepat dan masuk ke dalam saku dengan sempurna. Semua pergerakkan tersebut perlu diambil kira dan persediaan serta konsentrasi yang cukup tinggi. Walaupun posisi buah karom berada pada kedudukkan yang paling mudah untuk dimasukkan ke dalam saku sekalipun ianya memberi tumpuan dan cukup prihatin supaya tidak melakukan sebarang kesalahan atau kecuaian.
Kita mungkin tertanya-tanya bagaimana pemain profesional ini dapat mengekalkan kompetitif semasa latihan sehingga membawa kepada pertandingan sebenar. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda yang berminat untuk mendalami dan meningkatkan diri ke arah yang lebih sempurna di dalam permainan karom anda iaitu:
1. Amalkan cara anda ingin bermain
Terjemahkan cara keinginan anda untuk bermain kepada kepada realiti di dalam latihan dan dalam perlawanan sebenar. Jika anda mengamalkan dalam latihan dengan intensiti 50%, maka hasilnya adalah 50% juga. Keadaan ini pasti akan
menjadi sukar untuk bermain sehingga anda perlu menukar gear yang lebih tinggi ketika datangnya perlawanan sebenar kerana daya saing pihak lawan yang lebih mencabar.
Oleh demikian semasa menjalani latihan bersama rakan sepasukan atau berseorangan lakukan bersungguh-sungguh seperti anda menghadapi lawan yang sebenar. Dalam latihan anda hendaklah mempelbagaikan corak latihan bukan setakat latihan mudah tetapi latihan yang agak mustahil juga perlu dititik beratkan.
2. Perancangan awal adalah paling penting
Jika anda ingin melakukan amalan yang sempurna, maka anda perlu mempunyai perancangan yang tepat tentang apa yang anda akan capai semasa bahawa sesi latihan. Kebanyakan pemain menjalani sesi latihan tanpa perancangan tertentu, sehingga mereka menjentik secara seberono dan akhirnya latihan terebut tidak membawa hasil dan menjadi sia-sia. Anda mesti menetapkan matlamat dengan mengikut berperingkat-peringkat berdasarkan kemahuan dan pencapaian.
Fokus sasaran yang sukar perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa dan jangan mudah merasa puas atau kagum bila sudah berjaya melakukannya atau bila anda gagal melakukannya jangan sesekali merasa kecewa. Tetapi perlu tanam satu semangat untuk berjaya walaupun mungkin bermula di tangga yang terbawah sekali. Teruskan latihan dengan konsisten dan akhirnya anda akan dapat melihat juga satu cahaya terang di hadapan anda.
Anda perlu mengamalkan latihan yang bersistematik dan mempunyai modul-modul latihan dan anda perlu bekerja keras ke arah kesempurnaan. Latihan yang diterima menjadi satu amalan harian dan bukan hanya menunggu beberapa hari sebelum pertandingan sahaja. Latihan yang sudah diterima jadikan satu rutin dan sebahagian daripada aktiviti harian anda walaupun hanya seketika.
Anda perlu mengamalkan latihan yang bersistematik dan mempunyai modul-modul latihan dan anda perlu bekerja keras ke arah kesempurnaan. Latihan yang diterima menjadi satu amalan harian dan bukan hanya menunggu beberapa hari sebelum pertandingan sahaja. Latihan yang sudah diterima jadikan satu rutin dan sebahagian daripada aktiviti harian anda walaupun hanya seketika.
3. Dapatkan teknik menjentik sasaran dengan sempurna
Terdapat beberapa teknik genggaman menjentik (grips) yang anda boleh diamalkan. Kebanyakan pemain profesional mempunyai genggaman menjentik yang cukup baik hasil daripada tunjuk ajar daripada jurulatih profesional dan pengalaman mereka sendiri.
Katakan anda mahu memperbaiki jentikkan ke arah hadapan (lurus ke hadapan) anda, maka anda perlu tahu bagaimana melatihkan cara jentikkan yang sesuai dalam apa jua keadaan dan memperbaiki ke arah lebih baik dan seterusnya diamalkan. Cara latihan menjentik yang sesuai adalah kunci penting di dalam permainan karom. Di samping anda menjalani latihan menjentik ke arah hadapan, latihan lain seperti ke bawah, melintang, menyilang kiri dan kanan juga perlu diberi perhatian.
Kebanyakkan pemain amatur yang tiada pendedahan dan lansung tidak menerima latihan dari jurulatih profesonal, maka mereka inilah tidak tahu dan tidak mempunyai gengaman menjentik yang tidak sempurna yang sepatutnya diamalkan oleh seorang pemain karom. Akhirnya genggaman menjentik yang tidak kemas dan tidak konsisten adalah punca segala permasalahan tidak dapat bermain dengan sempurna.
Karom walaupun bukan sejenis permainan yang sukar tetapi ianya memerlukan anda memberi tumpuan yang serius dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan kesihatan. Sebenarnya anda perlu sihat dari segi fizikal, mental dan juga emosi supaya anda memberi persembahan yang terbaik di gelanggang.
Walaupun gangguan yang kecil dalam
kehidupan seharian anda secara drastik boleh menjejaskan prestasi anda di
gelanggang. Sebagai contoh jika timbul masalah malapetaka tertentu di dalam hidup anda, tetapi anda perlu perfikiran positif dan mencari jalan terbaik menghalang masalah tersebut ke dalam perlawanan sebenar atau ke dalam gelanggang.
Jika anda ingin bermain karom yang
lebih baik, tumpuan 100% fizikal dan fikiran anda perlu berada di dalam sukan ini, atau anda hanya akan bermain separuh daripada kemampuan sebenar anda.
5. Jadikan latihan sebahagian daripada rutin
Setiap pemain profesional mempunyai sesuatu yang cukup unik. Mereka biasanya mempunyai beberapa jenis rutin yang sangat bersistematik semasa menjalani latihan, sebelum kejohanan dan semasa pertandingan. Ini biasanya bermula dalam penyediaan peralatan mereka, makanan yang mereka makan sehari sebelum, pakaian, dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan hari sebelum perlawanan sebenar.
Biasanya di hari akhir latihan jangan memberi tekanan kepada diri sendiri dan rakan sepasukan anda, tetapi bersikap seperti biasa dan berlapang dada. Juga di hari akhir latihan perbanyakkan motivasi diri supaya mencari satu formula supaya menenangkan minda dan menyediakan kekuatan mental untuk pertempuran di perlawanan sebenar supaya anda tidak mudah goyah dan panik.
RUMUSAN
Mencari rutin sempurna untuk memaksimumkan prestasi anda adalah merupakan jalan terbaik ke arah pembentukkan kemahiran. Anda perlu membuat ia satu titik permulaan untuk mencari rutin sesuai membantu dan melakukan yang lebih
baik dalam permainan anda. Tidak kira apa tahap anda berada sekarang tetapi 5 langkah seperti di atas cukup penting jika anda mahu menjadi seorang pemain yang lebih sempurna dan lebih cekap di masa hadapan. Lakukan dengan konsisten dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai ke tahap yang mampu anda miliki.
Mencari ilmu ibarat sedang mencari-cari cahaya. Sebab itu ramai yang menebuk lubang di sana sini untuk melihat cahaya itu. Ada yang hanya mampu menebuk lubang yang kecil, maka kecil jugalah cahaya yang dapat. Ada yang hanya mampu menebuk lubang yang sederhana, maka sederhana cahayanya. Dan ada yang pandai menebuk lubang yang besar, maka nampak besar juga dilihat cahaya itu. Inilah faktor yang membezakan di antara satu sama lain.
Akhir sekali renungkanlah kata-kata ini "Perubahan bermula dengan diri sendiri dan tiada sesiapa dapat mengubah diri anda jika anda sendiri tidak ingin mengubahnya. Perubahan tiada jalan pintas, malah proses perubahan akan menempuh pelbagai ranjau, tetapi percayalah jika anda berjaya mengharunginya, maka anda sebenarnya sudah melepasi ujian tersebut".
"MAJU KAROM UNTUK NEGARA"
Mencari ilmu ibarat sedang mencari-cari cahaya. Sebab itu ramai yang menebuk lubang di sana sini untuk melihat cahaya itu. Ada yang hanya mampu menebuk lubang yang kecil, maka kecil jugalah cahaya yang dapat. Ada yang hanya mampu menebuk lubang yang sederhana, maka sederhana cahayanya. Dan ada yang pandai menebuk lubang yang besar, maka nampak besar juga dilihat cahaya itu. Inilah faktor yang membezakan di antara satu sama lain.
Akhir sekali renungkanlah kata-kata ini "Perubahan bermula dengan diri sendiri dan tiada sesiapa dapat mengubah diri anda jika anda sendiri tidak ingin mengubahnya. Perubahan tiada jalan pintas, malah proses perubahan akan menempuh pelbagai ranjau, tetapi percayalah jika anda berjaya mengharunginya, maka anda sebenarnya sudah melepasi ujian tersebut".
"MAJU KAROM UNTUK NEGARA"
No comments:
Post a Comment