INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, October 12, 2018

KEJOHANAN KAROM REGU CAMPURAN MAIWP 2018

Tarikh: 8/09/2018
Tempat: Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Selamat berjumpa kembali kepada peminat karom di MAIWP. Kali ini format kejohanan dijalankan secara regu campuran sahaja dan tidak seperti tahun sebelumnya format berpasukan. Kejohanan disertai 12 regu dan jadual perlawanan dijalankan hanya satu hari sahaja. Kejohanan kali ini mengunakan undang-undang antarabangsa tetapi hanya bermain 4 papan atau 25 mata sahaja memandangkan pertama kali bermain dan kejohanan dipertandingkan hanya satu hari sahaja.

Seperti biasa sebelum kejohanan bermula penerangan secara ringkas mengenai undang-undang permainan dan teknik permainan diterangkan supaya pemain-pemain dapat bermain dengan lancar dan selesa.

KUMPULAN A
1. The Rockezz
2. Y-Not
3. Pusrawi 2

KUM:PULAN B
1. Couple
2. Bravo
3. Kedai MAIWP (B)

KUMPULAN C
1. Golden Stars
2. Cadart
3. Pusrawi 1

KUMPULAN D
1. Chek Dart
2. Kedai MAIWP A
3. Sweet Dreams










KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN
Johan: CADART
Naib johan: GOLDEN STARS
Ketiga: SWEET DREAMS
Keempat: BRAVO
Kelima: CHEK DART
Keenam: COUPLE
Ketujuh: PUSRAWI 2
Kelapan: Y-NOT

Secara keseluruhan boleh disimpulkan bahawa permainan berjalan lancar walaupun pertama kali mengunakan undang-undang karom antarabangsa. Semoga berjumpa di tahun hadapan dengan penyertaan yang lebih ramai dan meriah lagi. Akhir kata terima kasih kepada pihak penganjur dengan memberi peluang dan sokongan kepada karom antarabangsa di dalam organisasi.

No comments:

Post a Comment