INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, October 12, 2018

KEJOHANAN KAROM PIALA POLIS NEGARA

Tarikh: 14 – 16/08/2018
Tempat: Pulapol Air Hitam, Negeri Sembilan.


Berjumpa lagi dalam siri Kejohanan Piala Ketua Polis Negara dan buat pertama kalinya Pulapol Air Hitam mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah buat kali kedua selepas kejohanan pertamanya pada tahun 2013. Tahniah kepada Pulapol Air Hitam yang memikul tugas sebagai tuan rumah dengan baik pada tahun ini.

Mengingati kembali pada ketika itu peralatan kejohanan tidak mengikut spesifikasi dan piawaian yang sepatutnya, tetapi saya membawa dua papan karom antarabangsa sebagai contoh. Memandangkan buat kali pertama kejohanan karom akan bermain mengikut undang-undang karom antarabangsa, saya mengambil masa 30 minit untuk menerangkan asas undang-undang permainan dan bagaimana cara bemain. Sungguh pun masa yang diberikan agak singkat dalam sesi penerangan tersebut tetapi Allahamdullilah semua pasukan dapat bermain dengan baik. 

Setelah 5 tahun kejohanan ini berlansung dilihat undang-undang asas permainan dapat dikuasai dengan baik dan begitu juga peningkatan skil pemain-pemain. Saya melihat juga kesungguhan pemain dan pasukan bertanya dan ingin belajar untuk ke arah yang lebih baik dari segi teknik dan undang-undang permainan. 

Pada tahun ini penyertaan agak kurang memberansangkan kerana hanya 13 pasukan sahaja yang mengambil bahagian. Walau bagaimana pun kejohanan tetap meriah dengan suasana dewan yang baru dibaik pulih dan sesuai untuk dijadikan tempat kejohanan kali ini. Format kejohanan masih dikekalkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, regu lelaki, regu wanita dan regu campuran. Kali ini pengadil agak sibuk menyediakan jadual perlawanan terpaksa di ubah kerana terdapat penambahan pasukan di saat-saat akhir.

Selepas mesyuarat pengurus hampir 10 malam dan saya selaku ketua pengadil terpaksa mengcengkam mata untuk membuat jadual perlawanan baru dan format mata dalam kumpulan hampir 4 pagi. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di sepanjang mengadili kejohanan karom antarabangsa. Saya mengharapkan pihak penganjur mengambil iktibar supaya di masa akan datang tidak berulang lagi.

Pada kali ini pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan:

Kumpulan A:
1. Kelantan
2. Pulapol Kuala Lumpur
3. Pulapol Air Hitam
4. Pulau Pinang
5. Kedah
6. Kuala Lumpur.

Kumpulan B:
1. Bukit Aman
2. Perak
3. Selangor
4. Johor
5. Melaka
6. Pahang
7. Negeri Sembilan.












































Tiga sahabat berkongsi pengalaman dan mungkin ada yang menarik agaknya...


Bersama En. Khairul peminat tegar karom dan memiliki peralatan yang terbaik 

Keputusan akhir kejohanan seperti berikut:

Johan: Kelantan
Naib Johan: Selangor
Ketiga: Pulapol Air Hitam
Keempat: Kuala Lumpur

Sehingga berjumpa lagi di siri kejohanan yang akan datang selamat maju jaya sukan karom antarabangsa di kalangan kakitangan Polis Diraja Malaysia dan akan mewarnai sukan ini di tanah air. Di harap di masa akan datang pemain-pemain boleh menguasai undang-undang permainan dengan baik dan meningkat skil permainan kepada satu tahap yang membanggakan.

Pertama kali karom antarabangsa di sini
Bersusah payah pengenalan diberi
Alhamdulillah telah terbukti kini
Ramai pemain sudah boleh berdikari

Alhamdulillah telah terbukti kini

Ramai pemain sudah boleh berdikari
Semoga karom antarabangsa diyakini
Piala KPN cipta sejarah tersendiri

"MAJU SUKAN UNTUK NEGARA"

No comments:

Post a Comment