INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, October 12, 2018

5 PERKARA DALAM PENCARIAN SEORANG MENTOR

Di dalam sesuatu jenis permainan sukan perkara yang menarik kepada seseorang atlet adalah kepuasan diri dan dalam masa yang sama memperolehi kejayaan. Tetapi ianya bukan perkara yang mudah untuk mencapai kedua-duanya dalam satu masa kerana pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi di sepanjang jalan untuk menuju ke puncak kejayaan.

Bagi pihak pengerusan pula mereka mempunyai misi dan tanggunjawap kepada pasukan untuk mengurus dan mencari petua untuk kejayaan. Sebenarnya anda tidak perlu memikul setiap kesukaran di atas bahu anda sendiri untuk memacu pasukan anda ke arah kejayaan, tetapi anda hanya perlu mencari jalan terbaik untuk membantu mencapai impian tersebut. Anda perlu bertindak bijak dengan mencari seorang mentor sebagai pendorong, memberi sokongan dan bimbingan untuk mendapatkan khidmat kepakaran yang cukup berharga. Dengan cara ini anda dapat mengelakkan daripada terperangkap dan terbelengu di dalam mencari kejayaan yang anda sendiri tidak mempunyai kepakaran dan kebolehan.

Sama ada anda perlu menyelesaikan cabaran pencapaian sasaran atau mendapatkan maklumat dan latihan berguna untuk memajukan kerjayaan pasukan yang di bawah kepimpinan anda. Mentor boleh menjadi satu sumber yang cukup bernilai di dalam membantu dalam membentuk perancangan anda. Dalam masa yang sama mentor boleh mempengaruhi pembangunan dan perancangan ke arah lebih positif.

Mendapat mentor adalah penting bagi atlet dan dalam hal ini pihak pengurusan perlu menrencanakan masa depan pasukan yang dipimpin. Mencari mentor bukan perkara mudah kerana banyak kriteria-kriteria perlu di cari dan disaring sebelum membuat keputusan muktamad. Ada beberapa kriateria pemilihan seorang mentor bukan sahaja setakat membantu anda malah boleh membawa anda dan pasukan anda ke satu tahap yang lebih bagus.

Berikut adalah lima langkah untuk membantu anda dalam pencarian seorang mentor yang arif dan berpengalaman ke arah kecermerlangan.

1. Kemahuan dan menilai diri sendiri

Sebelum anda mencari seorang mentor, ada baiknya mengambil sedikit masa untuk mencerminkan kekuatan sendiri dan kelemahan, dan juga soalan-soalan yang penting dalam pencarian anda. Adakah anda hanya mencari seorang mentor hanya dari sudut peningkatan mental? Atau untuk meningkatkan kemahiran undang-undang atau skil dan teknik? Atau merangkumi kedua-duanya.

Sebagai contoh, adakah anda memerlukan khidmat nasihat mengenai pengurusan operasi, strategi atau teknik kepimpinan? Maka, anda perlu mencari seorang mentor yang sesuai untuk membantu ke arah tersebut. Dan jika anda memerlukan kepakaran dari segi peningkatan teknik permainan dan undang-undang, maka anda perlu mencari seorang bercirikan mentor di bidangnya untuk membawa ke arah kefahaman dan kemahiran yang diimpikan.

Anda perlu berfikir bagaimana cara yang sesuai menggunakan khidmat mentor dan komitmennya yang paling sesuai mengikut jadual anda. Anda perlu menkaji dan pertimbangkan sama ada anda lebih suka seorang perunding yang proaktif ke arah perancangan yang telah anda susunkan. Atau anda juga perlu melihat kesediaan seorang mentor yang agak fleksibel dan berfikiran terbuka supaya memudahkan perancangan anda diterima dan boleh memperbaiki ke arah yang lebih menonjol lagi.

2. Anda perlu bergaul

Jika berpeluang anda perlu bergaul dan bersosial di dalam mencari ilmu dan mengambil pengalaman dari mereka yang pakar seperti semasa kejohanan berlansung. Walaupun idea ini agak mudah tetapi keberanian diri dan perasaan malu perlu dihindar demi secebis maklumat yang berguna. Suasana begini banyak positif dan potensi untuk membantu mengembangkan kerjaya pasukan pimpinan anda dalam menghadapi cabaran di masa hadapan.

Pertama, konsep ini memaksa anda untuk melangkah keluar dari zon selesa dan bergaul dengan pakar-pakar yang dikenal pasti untuk menyelesaikan masalah anda hadapi selama ini. Kedua, dengan mendedahkan diri anda kepada kenalan baru, maka anda berpeluang bertanya di dalam pencarian mentor yang sesuai mengikut misi dan visi anda. Ketiga, bila anda berjumpa dan bergaul dengan ramai orang, maka anda sendiri boleh mengenal pasti dan boleh membuat pilihan mentor yang sesuai dengan ciri-ciri yang telah anda gariskan dalam membangunkan pasukan.  

3. Pandang di luar pasukan anda

Ini adalah penting untuk anda menilai keupayaan pasukan sendiri dan terus berusaha ke arah pencapaian yang tertinggi. Bagi atlet yang berada di bawah kepimpinan anda ianya penting supaya tidak menghadkan diri anda dengan mereka dalam suasana yang harmoni dan profesional.

Apabila anda melihat di luar pasukan anda terutama pasukan yang lain ini membuka mata anda untuk mencari seorang mentor untuk mengatasi pasukan yang lain. Perlu diingat bahawa anda hanya melihat bagaimana mentor tersebut dapat memberi satu pengisian yang berguna untuk pasukan anda. Mendapat perkhidmatan seorang mentor yang memberi fokus serta mempunyai kualiti yang mantap dan berpengalaman adalah perkara yang perlu diambil perhatian sepenuhnya.

4. Pendekatan yang anda perlu fikirkan

Anda perlu mengetahui bagaimana mencari seorang mentor dan jangan sesekali bertanya kepada orang yang anda sendiri tidak kenali atau tidak mahir kerana ini akan memberi impak yang lebih buruk. Cara terbaik berjumpa kenalan yang sudah menceburi di dalam permainan ini dan mereka boleh bertindak sebagai penghubung. Ini merupakan cara atau jalan yang paling mudah dan singkat singkat untuk mengenali seseorang mentor kerana tahap pemahaman dan hubungan di antara mentor dan mentee adalah cukup penting. Sebaik sahaja anda bertemu seorang mentor maka bina satu hubungan yang positif supaya perancangan dapat dirangka secara lebih terperinci demi pasukan yang hendak dibentuk.

Sebelum itu ada baiknya anda menyelidik untuk mengenali lebih dekat seorang mentor dengan menceritakan latar belakang dan pengalaman mereka. Juga di adakan dialog atau berdikusi untuk mengetahui corak pemikiran seorang mentor tersebut. Jika didapati mentor tersebut tidak sesuai maka pihak pengurusan perlu mencari yang lain dan lebih layak untuk mentor pasukan anda. Cara ini merupakan jalan selamat sebelum mengikat kontrak dengan mentor tersebut supaya perancangan anda tidak terencat dikemudian hari. 

5. Menggunakan jaringan perhubungan

Sebaik-baiknya, berusaha untuk berhubung dengan pasukan lain untuk memahami cabaran yang anda hadapi dan boleh berkongsi pengalaman berkaitan yang diperlukan. Perlu diingat bahawa anda tidak perlu mengalih kerja sebagai mentor kerana bukan kepakaran anda, tetapi sebaliknya fokus pada mencari seseorang mentor yang mempunyai kualiti yang tepat dan berpengalaman.

Hubungan di antara anda dan mentor perlu dijaga dan berkembang secara profesionl supaya bakal gerak kerja berjalan lancar dan tiada unsur-unsur negatif. Mendapatkan khidmat mentor yang berpengalaman adalah cukup penting kerana mentor tersebut mempunyai jaringan dari luar dan ini memberi pencerahan dari pelbagai sudut dalam membantu membangunkan yang pasukan anda.

Rumusan

Mencari seorang mentor akan membawa ke satu jangka masa yang singkat dan boleh jadi juga memakan masa yang panjang. Realitinya tidak semua orang boleh menjadi mentor dan sebagai pihak pengurusan hendaklah mengenal pasti mentor itu sebenarnya mentor yang tulin. Mentor yang tulin bermaksud orang yang dapat memberi ilmu sebenar di dalam permainan serta dapat mengajar ke arah lebih baik dalam mempertingkatkan mutu pemain-pemain mereka. Percaya pada diri sendiri serta mempunyai keyakinan dan terus memperhalusi cara pendekatan anda apabila anda mencari seorang mentor. Juga anda boleh menghubungi seseorang yang dikenali untuk membantu dalam pencarian seorang mentor. Apabila anda telah menemui seorang mentor, pastikan anda mengikuti langkah-langkah yang diberi untuk dimanfaatkan kepakaran dan pengalaman mentor tersebut.

Pencarian untuk pencerahan dan perubahan adalah penting untuk diri dan pasukan anda dan akhirnya renungkan kata-kata ini "Cahaya lilin walau pun kecil tetapi ianya mampu menerangi suasana kegelapan malam". 

"MAJU KAROM UNTUK NEGARA"

No comments:

Post a Comment