INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Thursday, June 5, 2014

PESTA SUKAN UMW KE XV, 2014

Kategori Sukan: Karom Antarabangsa
Tempat: Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tarikh: 16 - 18 Mei 2014

Pesta sukan UMW adalah sukan yang dijalankan secara dwi tahunan. Buat pertama kalinya kejohanan kali ini diadakan di pantai timur atau lebih tepat di Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Keseluruhan sukan yang dipertandingkan telah di adakan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang. Manakala penginapan atlet-atlet pula di Kolej Matrikulasi Pahang yang anggaran jaraknya kira-kira 4 km. Majlis perasmian di adakan di padang Kolej Matrikulasi pada sebelah petang yang telah dirasmikan oleh Pengerusi UMW Tan Sri Asmat Kamaludin.

 Sepanduk kejohanan

 Perasmian agak unik pada kali ini dengan mengunakan belon panas berbentuk Kapal Terbang yang dikawal dan mendarat dengan sempurna walaupun angin yang agak kencang.

Pada malam 15hb Mei 2014 diadakan taklimat di antara koordinator sukan karom, pengurus-pengurus pasukan dan ketua pengadil. Bermula dengan undang-undang permainan sehingga isu papan karom. Papan untuk kejohanan yang diperlukan sebanyak sepuluh papan dan pada mulanya agak bercelaru sedikit kerana papan yang dibawa dari UMW hanya lapan tetapi akan digunakan enam papan sahaja dan empat lagi disediakan olih UMP. Koordinator kejohanan karom dan wakil UMP mengatakan terdapat empat papan baru. Saya bertanya jenama papan karom dan wakil UMP menjawap jenama papan tersebut (saya tidak ingin menyatakan jenama untuk mengelak terguris hati individu tertentu). Saya mengatakan kepada mereka bahawa saya telah membuat pemeriksaan ke atas jenama papan berkenaan sekitar 10 tahun lepas dan semuanya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan kualitinya juga boleh dipertikaikan. Tetapi pihak UMP masih berkeras dan mengatakan papan baru dan masih di dalam kotak lagi.

Selesai taklimat kami semua pergi melihat papan berkenaan dan selepas melihatnya maka masing-masing tidak menerima papan berkenaan berpendapat tidak sesuai untuk kejohanan. Papan berkenaan bukan sahaja tidak mengikut spesifikasi malah kualiti dan ketidak seragaman papan tersebut jelas kelihatan. Apa yang saya jangkakan sebelum kejohanan ini lagi telah berlaku di depan mata. Dengan hanya 8 papan sahaja, maka kesemua jadual perlawanan yang akan dijalankan akan terencat kerana memerlukan masa yang lebih lama.

Semasa dalam perbincangan ini, Pengurus dari pasukan Panthers memberitahu bahawa beliau ada membawa 2 papan untuk latihan pasukan beliau. Pengurus-pengurus pasukan bersepakat dan bersetuju mengunakan 2 papan daripada Pasukan Panthers. Masalah papan sudah selesai dan hanya menunggu hari kejohanan yang akan bermula secara rasmi pada esuk hari

Sebelum kejohanan bermula 2 papan yang dibawa olih Pasukan Panthers disusun dan timbul pula masalah lain pula iaitu kaki papan yang terlalu tinggi. Ketua Pengadil memanggil semua pengurus-pengurus pasukan untuk membuat satu keputusan untuk mengatasinya. Salah satu caranya ialah dengan mengunakan kerusi secara bertingkat untuk mendapat kembali ketinggian yang sesuai. Ketua Pengadil memberi cadangan bahawa beliau akan membawa satu papan untuk digunakan pada hari esuk hingga berakhir kejohanan. Sekali lagi kejohanan ini dapat diselamatkan dan semua pemain-pemain dapat bertanding dengan lebih selesa.

Hari ini perlawanan bermula dan berjalan lancar walaupun di peringkat awal terdapat kekiliruan sedikit mengenai borang-borang kejohanan. Pasukan-pasukan yang bertanding adalah seperti berikut:

Kumpulan A 
1. Jaguars
2. Cheetahs
3. Lions
4. Wolves

Kumpulan B
1. Tigers
2. Lynxs
3. Pumas
4. Panthers

Format Kejohanan
1. Perseorangan Lelaki
2. Perseorangan Wanita
3. Regu lelaki Pertama
4. Regu Lelaki Kedua
4. Regu Campuran

PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN

Hari pertama kejohanan telah dijalankan seawal jam 8.00 pagi. Pasukan yang mula turun bermain dahulu adalah daripada Kumpulan A iaitu Pasukan Lions vs Pasukan Wolves dan Pasukan Jaguars vs Pasukan Cheetahs. Pada jam 10.00 pagi kumpulan B pula turun bertanding yang terdiri daripada Pasukan Pumas vs Tigers dan Pasukan Panthers vs Lynxs. Perlawanan hari ini hanya dijalankan separuh hari sahaja kerana pada sebelah petang upacara perasmian akan di jalankan.





























KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN KAROM DI PERINGKAT KUMPULAN
 Keputusan Kumpulan A

 Keputusan Kumpulan B


PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR
Johan Kumpulan A (Jaguars) vs Naib Johan Kumpulan B (Tigers)
Johan Kumpulan B (Pumas) vs Naib Jihan Kumpulan B (Lions)

 En. Ariffin selaku Ketua Pengadil sedang memberi taklimat sebelum peringkat separuh akhir bermula.

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERTAMA: PUMAS vs LIONS






PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERTAMA: JAGUARS vs TIGERS






PERLAWANAN TEMPAT KETIGA: JAGUARS vs LIONS





PERLAWANAN AKHIR: PUMAS vs TIGERS





KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN KAROM PESTA SUKAN UMW XV, 2014
Keputusan Separuh Akhir hingga ke peringkat Akhir


Keempat: Pasukan Lions masih dapat bertahan dan merupakan antara pasukan empat yang terbaik. Jika pemain-pemain mereka menjalani latihan dengan sempurna mungkin kedudukkan ini dapat diperbaiki ke arah lebih baik.   

 Tempat Ketiga: Pasukan Jaguars. Jaguars gagal mempertahan kejuaraan pada kali ini mungkin kerana salah seorang pemain senior terpaksa pulang awal kerana perlu menghadiri majlis perkahwinan. Strategi dan percaturan pemain-pemain terpaksa diubah namun gagal meneruskan perjuangan dan hanya mampu di tempat ketiga sahaja. Walau bagaimanapun tahniah kepada Pengurus Pasukan Jaguar En. Imran (berdiri tiga dari kanan) walaupun disaat-saat akhir memikiul tugas beliau masih mampu tersenyum dengan kejayaan ini. En. Rosli (berdiri dua dari kiri) selaku Ketua Kontinjen cukup kuat memberi sokongan moral pasukan karom. 

 Naib Johan: Pasukan Tigers. Tigers pada kali ini masih berjaya mempertahan kekuatan untuk masuk ke pusingan akhir seperti kejohanan sebelumnya. Tetapi mungkin kalah dengan strategi yang tidak disusun dengan kemas. Walau bagaimanapun tahniah kepada Pengurus Pasukan En. Abdul Halim Dom yang terus mengekalkan di tempat kedua.

Johan: Pasukan Pumas yang mempunyai pemain-pemainnya agak seimbang dan ini merupakan kunci kejayaan pada kali ini. Tahniah kepada Pengurus Pasukan En. Jamil muncul sebagai juara baru pada kejohanan kali ini.

Tahniah kepada Kontinjen Jaguars yang muncul juara keseluruhan Pesta Sukan UMW XV, 2014. Pasukan karom walaupun di tempat ketiga tetapi masih memberi mata dan yang lebih manis pasukan karom terpapar dalam banner tersebut.

Barisan Pengadil yang berdidikasi daripada Maksak Pahang yang diketuai olih En Ariffin, Kamrajan, Mohd Rashidi, Mohd Fairuz, Mat Nawi Norzalina dan Soufia Ishak. Mereka berjaya mengawal keseluruhan perlawanan dengan baik walaupun ada kekeliruan sedikit.  Syabas diucapkan kepada pengadil-pengadil yang menjalankan tugas dengan berhemah dan penuh tanggungjawab. Saya selaku penasihat dan pakar rujuk. 

Kesimpulannya kejohanan pada kali ini terdapat sedikit masalah teknikal tetapi cukup bernasib baik dapat diselamatkan dan seterusnya berjaya mengawal keadaan dan berakhir dengan jayanya. Apa yang hendak perkatakan adalah di masa akan datang pihak pengurusan perlu prihatin dan merancang lebih awal dan juga perlu mendengar pendapat mereka-mereka yang lebih arif. Ini akan membantu pihak pengurusan atau mereka yang bertanggungjawab dapat melihat perjalanan kejohanan dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Jika kita tidak mengetahui sesuatu perkara atau mungkin di luar bidang kita maka ada baiknya kita mendengar atau rujuk kepada yang pakar supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.

Sukan adalah landasan terbaik dalam memupuk serta mengukuhkan per­paduan di kalangan pekerja yang mampu dibentuk melalui aktiviti-aktiviti sukan seperti Pesta Sukan UMW. Atlet-atlet perlu bertanding secara sihat, berhemah dan sekiranya gagal mencapai sasaran, itu bukanlah bermakna jalan penamat atau gagal selama-lamanya. Apabila mengalami kekalahan, anggaplah bahawa rezeki untuk menang pada tahun ini tidak memihak kepada kita dan insha Allah rezeki akan kembali jika berusaha dan terus berusaha dan akhirnya kejayaan pasti menjelma di hadapan kita.

Akhir kata apa yang berlaku anggaplah yang baik itu sebagai tauladan dan perkara yang tidak menyenangkan jadikan sempadan. Semoga berjumpa lagi di siri yang lain dan hidupkan aktiviti karom di masa hadapan.

Sebelum menutup tirai kali ini teringat pantun dalam filem Sri Mersing lakunan Alahyarham Nordin Ahmad....

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat
Kajang Saya Mengkuang Layu
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Saya Musafir lalu

Saya nak balik ke Pahang.... Oops silap... ke Selangor...

No comments:

Post a Comment