INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Thursday, June 12, 2014

MUSIM MATA MERAH DATANG LAGI



Musim mata merah sudah kembali lagi… Mata merah bukan sakit mata atau ada habuk di dalam mata. Kita akan jumpa dan melihat nanti mata-mata merah di merata-rata tempat selepas ini. Tetapi kali ini mata merah bukan sejenis penyakit berjangkit tetapi mereka ini adalah mencari penyakit.


Kenapa saya berkata demikian, ini kerana musim Kejohanan Bolasepak Piala Dunia yang datang hanya empat tahun sekali ini akan bermula malam ini... Itu adalah punca mata menjadi merah. Kira-kira peminat-peminat yang fanatik bolasepak berjaga bermula awal malam sampai ke esuk pagi.
 Nampaknya bermula dari Pengarah Urusan, Pengarah, ketua jabatan, pengurus besar, pengurus dan penyelia selepas ini akan menjadi lebih penat kerana terpaksa berjalan lebih kerap untuk membuat pemeriksaan ke atas anak-anak buah sedang kerja atau sedang berdengkur. Tetapi lebih teruk lagi jika bos-bos yang berada di atas 2 kali 5 juga. Maka apa yang dilakukan oleh anak-anak buahnya dilihat tidak salah… kira-kira serilah tu…. Anak-anak buah dengan mengesat-gesat mata merah sambil berkata “empat tahun sekali bos…..”

Nampaknya bulan ini juga dilihat produktiviti dan kualiti kerja berkemungkinan graf menurun sedikit. Pekerja di dalam sektor pembuatan dan pengeluaran diharap lebih berhati-hati supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Maklumlah mata sudah sudah bertukar warna.

Brazil sebagai tuan rumah Piala Dunia 2014

Dari sudut lain pula kita akan melihat restoran-restoran mamak dari jauh seperti semut mengurumi gula atau seperti ulat memakan bangkai. Ini kerana peminat-peminat bolasepak menjadikan restoran mamak sebagai “port”. Bulan ini jugalah secara tidak lansung kedai mamak mendapat dana yang agak berlebihan daripada biasa. Bila sudah menjadi keadaan demikian rupa, maka satu isu lagi yang timbul ialah asap rokok seperti serombong kapal mengunakan arang batu. Jika ada famili yang teringin nak kena teh tarik bersama mee goring mamak diharap simpan sahaja hasrat tersebut kerana bisingnya mengalahkan kedai pasar borong di Selayang. Untuk menjamu selera kira-kira kurang selesa…

Oleh kerana selalu berkunjung di restoran-restoran mamak, maka dilihat graf gula dalam badan pun akan naik mendadak kerana teh tarik. Oleh itu kepada yang menghidapi kencing manis diharap lebih berhati-hati supaya jangan nanti melihat perlawanan akhir di atas katil hospital. Itu masih dikira bernasib baik tetapi kalau sebaliknya…



 Stadium Utama upacara perasmian dan perlawanann akhir


 Stadium rasmi kejohanan Piala Dunia 2014

Bagaimana pula nanti jemaah-jemaah di surau dan masjid, adakah seperti biasa atau berkurangan. Mungkin juga AJK surau dan masjid perlu "think outside of the box" untuk memanggil jemaah lebih ramai lagi dengan menyediakan “Flatscreen” sebagai menjamu mata selepas solat. Mungkin sediakan kopi O kosong bagus juga tuu. Yang ini kena tanya ustaz-ustaz….

 Negara-negara yang mengambil bahagian siri Piala Dunia 2014

Bulan ini juga isteri-isteri akan tidur dalam kesejukan keranan tiada dalam dakapan suami… kerana suami-suami tidur di depan tv, tetapi kalau ada isteri yang “sporting” boleh join sekali berkampong di depan tv apa salahnya sekali dalam empat tahun….

Oleh kerana dunia hari ini cukup canggih, maka bagi mereka yang tidak berkesempatan melihat melalui tv, maka dengan teknoloji terkini kita berkesempatan melihat secara online. Hari ini dunia di hujung jari dan dengan mudah mendapat info dalam sekelip mata sahaja. Klik disini.

Bola rasmi Piala Dunia 2014 

Pada Piala Dunia ini juga terdapat ramai pengulas-pengulas sukan yang tidak rasmi. Masing-masing membuat telahan dan ramalan sendiri. Mungkin betul dan mungkin tersasar. Tidak mengapa selagi tidak menyentuh perasaan atau bergaduh sesama sendiri.

Paling tidak bagus ialah jangan membuat pertaruhan wang kerana itu adalah jelas HARAM. Oleh itu jika terdapat rakan seagama atau lain agama elok nasihat sahaja kerana aktiviti yang membazir dan tidak mendatang faedah lansung. Ada betui?

 Piala Dunia yang menjadi idaman dan rebutan setiap negara.

Suasana musim Piala Dunia adakah berlaku kepada diri anda:

Di kilang
Bos bertanya “Kamu pakai uniform kerja atau main bola hari ini?”
Pekerja mejawap sambil tersengih “Nak cepat datang kerja jadi tersalah baju bos”

Di pejabat
Bos akan bertanya kepada pekerjanya “Kerja dah siap ke belum?”
Pekerja menjawap dengan yakin “Brazil berjaya masuk final bos!”

Di bank
Pegawai di kaunter memanggil "19061 kaunter 4... 19041 kaunter 4..."
Dengan tergesa-gesa ke kounter 4 "Nak tempah tiket perlawanan akhir piala dunia"

Di rumah
Isteri mengajak makan “bang makan malam dah siap…”
Suami menjawap selamba “Belum gol lagi sayang…”

Di restoran
Pelayan bertanya “Ancek mahu minum apa?”
Pengunjung menjawap “Anee… Bola tarik satu…”

Di dalam kelas
Guru bertanya kepada seorang pelajar "Negara manakah pengeluar terbesar koko"
Pelajar bangun dan menjawap "Brazil menjadi tuan rumah Piala Dinia kali ini Cikgu"
  
 Tuan rumah Piala Dunia di dalam lipatan sejarah 


Anda nanti jangan jemu atau bosan kerana di mana anda berada orang akan bercakap pasal bolasepak bermula di restoran mamak, di tempat kerja, shopping mall, perhentian bas, jiran sebelah rumah, surau , masjid hatta di dalam tandas awam pun masih bercerita pasal bolasepak. Jadi anda jangan heran kerana begitulah kalau dah kaki bola.

 Logo-logo Piala Dunia yang lalu

FIFA World Cup Winners List

1930 FIFA World Cup: Uruguay
1934 FIFA World Cup: Italy
1938 FIFA World Cup: Italy
1950 FIFA World Cup: Uruguay
1954 FIFA World Cup: West Germany
1958 FIFA World Cup: Brazil
1962 FIFA World Cup: Brazil
1966 FIFA World Cup: England
1970 FIFA World Cup: Brazil
1974 FIFA World Cup: West Germany
1978 FIFA World Cup: Argentina
1982 FIFA World Cup: Italy
1986 FIFA World Cup: Argentina
1990 FIFA World Cup: West Germany
1994 FIFA World Cup: Brazil
1998 FIFA World Cup: France
2002 FIFA World Cup: Brazil
2006 FIFA World Cup: Italy
2010 FIFA World Cup: Spain
2014 FIFA World Cup: ???









Jersey negara-negara yang mengambil bahagian Piala Dunia 2014


Sebelum menutup tirai ada dua soalan cepu emas saya hendak utarakan:

1) Negara manakah yang akan muncul juara kali ini dan adakah pilihan anda tepat?

2) Adakah Malaysia mampu melangkah ke sana?

Satu ketika dahulu Malaysia sebaris dengan Korea Selatan dan Jepun. Dan kita juga pernah mengalahkan mereka tetapi kini mereka cukup jauh nun di hadapan. Mereka sudah mencipta rekod beberapa kali ke pentas Piala Dunia. Di manakah kesilapan dan apakah yang perlu dilakukan oleh Malaysia?

Rasanya anda sudah ada jawapannya....

No comments:

Post a Comment