Piala Dunia 2014 meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit bukan hanya kepada pemain-pemain dan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian, malah turut dirasai peminat-peminat bola sepak di selutuh dunia. Keputusan sudah dicapai setelah hampir sebulan dihidangkan pelbagai aksi bola sepak sejak bermula pada 28 Jun 2014 sehingga 14 Jul 2014.
Walaupun sudah berakhir Piala Dunia kali ini tetapi peminat-peminat bolasepak masih lagi bercerita atau masing-masing mempunyai ulasan sendiri tanda kepuasan pasukan yang di sokong mencapai kejayaan atau memberi ulasan sebaliknya. Dan selepas ini kaki-kaki bola sepak akan menyambung cerita mengenai kelab-kelab bola sepak yang mereka minati pula dan begitulah seterusnya....
Mungkin bertanya kepada diri sendiri "Apa sudah terjadi......"
Kejayaan dicapai akan merasai kemanisan, manakala kegagalan pula akan merasai kepahitan. Di dalam meniti kejayaan sebagai pemimpin seseorang itu tidak dapat lari dari menempuh salah satu seperti yang dinyatakan. Walaupun seseorang pemimpin itu mempunyai pilihannya yang tersendiri sejak dari awal lagi. Tetapi itulah yang dinamakan roda kehidupan adakalanya berada di atas dan pada masa yang lain berada di bawah pula.
Agak malang apa yang berlaku kepada Scolari yang mempunyai rekod baik telah hancur berkecai seperti kaca terhempas ke batu. Persatuan Bola Sepak Brazil tidak akan menyambung kontrak jurulatih kebangsaan Luiz Felipe Scolari. Kontrak di tamatkan kerana pencapaian pasukan Brazil paling teruk sejarah kekalahan bermula dengan Jerman 1 - 7 di peringkat suku akhir dan 0 - 3 untuk menentukan tempat ketiga Belanda. Piala Dunia 2014 meninggalkan satu titik hitam yang cukup besar di dalam sejarah bolasepak Brazil malah peminat Brazil seluruh dunia juga terkejut dan tidak dapat menerima kekalahan jaringan sebanyak itu.
Brazil setelah ditewaskan oleh Belanda 0 - 3 untuk menentukan di tempat ketiga. Kelihatan pemain-pemain Brazil kelihatan sugul dan mungkin juga tidak percaya apa yang telah berlaku kepada pasukan mereka.
Keputusan itu merupakan kekalahan paling teruk selepas Brazil tewas 1 - 2 kepada Uruguay di perlawanan akhir pada 16 Jul 1950 dan merupakan satu kejutan di dalam sejarah bola sepak Brazil ketika itu sebagai tuan rumah. Piala dunia 2014 juga melihat sejarah berulang kembali menghantui pasukan Brazil yang juga menjadi tuan rumah. Seperti satu ungkapan peribahasa "pisang berbuah dua kali".
Sungguhpun begitu pencapaian terbaik Scolari pada Piala Dunia tahun 2002 di Jepun dengan membawa pasukan Brazil muncul juara melupuskan rekod kecemerlangan beliau yang gagal berulang pada piala dunia 2014. Kepimpinan Scolari sebenarnya bukan gagal secara keseluruhan tetapi mungkin tiada idea baru yang lebih kreatif untuk diterapkan supaya lebih berdayasaing dengan pasukan lain yang mempunyai pelbagai corak dan strategi. Jika diperhatikan juga pemain-pemain tidak mencapai KPI sebenar sebuah pasukan Brazil yang digeruni oleh pihak lawan dan yang kita kenali sebelum ini.
Olih demikian rasional kegagalan sesuatu pasukan menunjukkan bahawa perlu kepada perubahan kepimpinan yang baru dan jangan terlalu selesa dengan kepimpinan yang ada dianggap mempunyai pengalaman dan terbaik. Akhirnya apa yang diharapkan itu tidak menjadi malah lebih parah memalukan pasukan itu sendiri. Kata kuncinya adalah perubahan perlu dilakukan walaupun mungkin kita menganggap jangkal atau tidak berkeyakinan.
Apa pun kepada pasukan Jerman yang muncul juara piala dunia kali ini di ucapkan tahniah yang mempunyai pemain yang seimbang di semua sudut dan konsisten di dalam semua permainan. Selepas ini giliran Russia yang buat julung-julung kalinya menjadi tuan rumah piala dunia pada tahun 2018. Sama-sama kita nanti sejarah apakah yang akan berlaku atau kejutan jika diberi kesempatan oleh yang maha Esa.
Berikut adalah aksi-aksi Jerman meniti kejayaan dengan mengalahkan Argentina 1 - 0 di masa tambahan......
Saat menrealisasikan gol oleh pemain Jerman, Mario Gotze.
Mario Gotze berlari tanda kepuasan selepas berjaya menembusi gawang Argentina.
Rakan-rakan sepasukan menerkam dan mengerumi Mario Gotze untuk meraikan gol kemenangan.
Kejuaraan secara rasmi setelah menerima trophi Piala Dunia 2014.
Pasukan Jerman meraikan kejayaan Piala Dunia 2014 yang menjadi idaman pasukan yang bertanding kali ini. Pasukan lain yang mengambil bahagian nampaknya berputih mata dan hanya melihat dari jauh sahaja.
Kesimpulan yang boleh dipelajari dari kisah di atas adalah perlu menjadi iktibar kepada pemimpin di dalam pasukan atau pertubuhan. Jika melihat pasukan atau pertubuhan di bawah kepimpinan mereka tiada kejayaan atau masih di tahap lama atau semakin merosot, maka ada baiknya mereka ini berundur secara hormat supaya diambil alih oleh kepimpinan yang baru untuk diwarnai dengan lebih jelas. Apa yang hendak ditunggu lagi dan kepada pimimpin yang berada di singgahsana tersebut perlu muhasabah diri dan perlu malu jika gagal di dalam membawa pasukan atau pertubuhan ke arah kecemerlangan dan kejayaan.
Tepuk dada tanya diri sendiri... Jangan sampai ada nanti yang akan menghumban anda ke bawah. Jika itu berlaku maka sudah pasti orang tidak akan menghormati anda lagi. Adalah lebih baiknya anda berundur secara sukarela dan langkah ini lebih berintegriti dan orang akan menghormati keputusan anda.
Seperti kata orang dahulu "Jangan menjadi seperti kulit Buaya"....... Renung-renungkanlah......
Seperti kata orang dahulu "Jangan menjadi seperti kulit Buaya"....... Renung-renungkanlah......
No comments:
Post a Comment