CERTIFIED INTERNATIONAL CARROM BOARD BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION WHILE STOCK LAST. PLEASE CALL +6019-6656101

Saturday, October 11, 2014

IMPAK PENGURUSAN SUKAN KEPADA SUKAN NEGARA

Apa sudah jadi kepada pengurusan sukan negara? Seperti kata pepatah lama "Rumah siap tapi pahat berbunyi"

Berakhirnya Sukan Asia di Inchean baru-baru ini, maka kita melihat di media elektornik atau media cetak memberi pelbagai komen dan pandangan yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin yang terlibat secara lansung atau tidak lansung di dalam sukan negara.

Berikut adalah beberapa keratan ahkbar yang memaparkan kekecewaaan mereka dalam siri kali ini yang nampaknya tidak menjadi walaupun harapan diletakkan mengunung tinggi.

"MSN DAH TEPU" menjadi tajuk utama diketengahkan oleh Harian Metro. 

Mantan Ketua Pengarah MSN Datuk Wira Mazlan Ahmad. Komen belaiu "PERLU IDEA BARU"

Pengkritik Sukan tanah air terkenal Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim selalu memberi pandangan yang cukup jitu dan berharga untuk dinilaikan. Kali ini beliau melontarkan "BIAR SUKAN NEGARA DITAKBIR ORANG ARIF" dan "LEBIH BAIK UNDUR JIKA CETEK ILMU"


KOMEN PENULIS:

Komen dan saranan saya juga lebih kurang sama apa yng diperkatakan oleh pimpin sukan dan pengkritik sukan sebelum ini. Tetapi masih ramai pemimpin sukan yang buat tidak ambil peduli atau tidak mengambil tahu atau pun sudah lali dan masih mempertahankan kerusi empuk tersebut.

Malam tadi saya melihat program tv "Badminton Unlimited". Saya melihat hari ini negara-negara kerdil di dalam sukan ini sudah mempersiapkan diri untuk maju seiring dengan negara-negara yang sudah lama di dalam permainan ini. Mereka menyediakan prasarana yang cukup dan menyediakan jurulatih yang boleh membangunkan sukan badminton di negara mereka.

Apa yang hendak saya sampaikan ialah kita tidak ingin melihat pasukan badminton kita diratah oleh pasukan kerdil tersebut seperti Sukan Asia di Inchien baru-baru ini dimana pasukan Takraw Malaysia dikalahkan oleh pasukan Korea Selatan. Di manakah maruah kita satu ketika dahulu menjadi raja takraw dan terbukti hari ini Malaysia tidak mampu bangkit lagi sudah sekian lama dan itu belum lagi bercerita dengan pasukan Thailand yang masih jitu dan konsisten.

Apabila kita berada diluar, maka kita akan melihat terdapat sedikit sebanyak kecacatan di dalamnya, tetapi apabila kita berada di dalam kita hanya melihat cantiknya sahaja. Sebagai pemimpin kita perlu membuka minda dan menerima apa jua kritikkan yang datang. Kritikkan ini akan menyedarkan kita yang selama ini mungkin kita tertidur dan apabila ada orang yang mengetup ketika kita dibuai mimpi yang indah itu adalah lebih baik.

Kita juga merasa pelik apabila pasukan kalah nampak satu pihak sahaja yang menunding jari dan sudah tentu kepada pemain-pemain dan jurulatih. Tetapi pihak pengurusan nampaknya relak sahaja dan seperti tidak bersalah. Betul dan tepatlah seperti yang disarankan oleh pengkritik sukan terkenal Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Mantan Ketua Pengarah MSN Datuk Wira Mazlan Ahmad.

Sekian dan berjumpa lagi...

No comments:

Post a Comment