INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Saturday, October 31, 2015

KEJOHANAN KAROM NRE 2015 KALI 6

Tarikh: 9 - 10 Oktober 2015
Tempat: INSTUN, Tanjung Malim, Perak.
Masa: 8.30 malam - 2.00 pagi


Kejohanan Karom NRE 2015 telah di adakan di Tanjung Malim, Perak di mana INSTUN selaku tuan rumah pada kali ini. Jadual perlawanan diadakan pada waktu malam jam 8:30 malam. Jadual perlawanan dirangka sebegitu rupa di peringkat awal lagi oleh pihak penganjur.

Sebelum pertandingan dimulakan ketua pengadil telah memberi taklimat ringkas kepada pengadil-pengadil daripada UPSI yang dilantik oleh pihak penganjur kerana ini merupakan kali pertama mereka diberi tugas untuk mengadili karom antarabangsa. Rata-rata mereka tidak mengetahui secara khusus untuk mengendalikan pertandingan ini. Alhamdulillah kejohanan berjalan lancar walaupun disepanjang kejohanan berlansung kesemua pengadil-pengadil kerap bertanya mencari penyelesaian. 
  
 Pasukan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan

AKSI-AKSI PERLAWANAN PUSINGAN AWAL KUMPULAN A, B, C DAN D
















































 Pertukaran cenderamata di anatara pasukan yang berjaya ke pusinagn akhir di antara JUPEM dan JPS


 AKSI-AKSI PERLAWANAN AKHIR DAN TEMPAT KETIGA


 






KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN
Juara        :  JUPEM
Kedua      :  JPS
Ketiga      :  JPSM
Keempat  :  FRIM

Carta akhir perlawanan

 Pasukan JPS hanya berjaya muncul naib juara Kejohanan Karom NRE tahun 2015


Pasukan JUPEM muncul juara Kejohanan Karom NRE tahun 2015

Tahniah kepada pasukan JUPEM yang menjuarai kejohanan kali ini diharapkan teruskan momentum untuk persediaan di masa hadapan dan kepada pasukan yang tidak bernasib baik cuba dan cuba lagi di masa akan datang. Kejayaan yang dicari memerlukan usaha gigih dari pelbagai sudut untuk meningkat reputasi pasukan dan pemain-pemain ke satu tahap yang membanggakan.

Bermula dengan pihak pengurusan dan turun kepada pemain-pemain perlu membina satu rangkaian kerjasama demi mencari satu kejayaan. Dalam masa yang sama juga peralatan-peralatan perlu disediakan untuk ke satu tahap yang lebih baik. Lebih manis jika pemain-pemain mendapat pendedahan dan latihan dari jurulatih yang berpengalaman untuk membimbing mereka. Latihan yang diterima perlu diamalkan secara berterusan untuk membina kemahiran ke satu tahap yang lebih baik. Pemain-pemain yang menerima latihan tetapi selepas itu tidak meneruskan latihan akhirnya tidak membawa apa-apa makna. Pihak pengurusan yang diberi diberi amanah adalah orang yang bertanggungjawab perlu prihatin dan memantau dalam pembangunan pasukan mereka.   

Staf daripada UPSI dilantik sebagai Pengadil dan saya dijemput KHAS sebagai Ketua Pengadil