Kejohanan Karom MAKSAK 2010
Tarikh: 06 hingga 08 Ogos 2010
Tempat: Kuala Lumpur
Kepada pemain-pemain karom (kakitangan kerajaan) yang terpilih mewakili negeri masing-masing hendaklah bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi kejohanan karom yang diadakan hanya setahun sekali dengan latihan yang mantap dan dapat memberi saingan yang hebat kepada pasukan yang mengambil bahagian.
Saya sarankan kepada pemain yang terpilih hendaklah menjalani latihan yang intensif serta bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang diingini disamping dapat membentuk salah satu pasukan yang digeruni. Untuk membentuk satu pasukan yang mantap dan kuat bukan satu perkara yang mudah tetapi perlu berterusan dengan melakarkan perancangan yang jelas dan jitu.
Saya melihat tahun demi tahun hanya pasukan yang sama sahaja berjaya memasuki peringkat tertinggi dan seterusnya memenangi perlawanan. Saya kira pasukan yang lain juga mempunyai kekuatan tetapi kebanyakkannya mungkin tidak menjalani latihan yang sempurna. Latihan tidak hanya berkisarkan skil permainan sahaja tetapi juga perlu mengetahui undang-undang permainan dengan mendalam.
Pengalaman saya disepanjang karier sebagai pengadil kebanyakkan pemain-pemain masih bertanya soalan yang sama setiap kali kejohanan diadakan. Ini menunjukkan mereka tidak menjalani latihan yang berterusan dan hanya membuat latihan ketika hampir tarikh kejohanan sahaja. Jika semua pemain bersikap sedemikian rupa, maka malanglah sungguh sebagai seorang pemain dan mungkin malap perkembangan karom antarabangsa di masa hadapan. Sikap sedemikan rupa perlu dikikis dan setiap pemain perlu melihat karom antarabangsa lebih positif bukan hanya berkisar kepada diri sendiri tetapi perlu war-warkan anak-anak, rakan-rakan dan seterusnya masyarakat di sekeliling.
Pandangan peribadi saya pengurus pasukan adalah yang paling penting untuk menjulang pasukannya ke atas. Peranannya yang memimpin yang tegas dan membuat perancangan jangka panjang untuk membawa pasukannya ke tahap yang lebih tinggi dari tahun ke tahun. Pencapaian setiap pemain perlu dipantau dan mencatat laporan perkembangan setiap pemain. Di samping itu juga pengurus perlu mencari jurulatih yang bertauliah untuk membantu pemain-pemain dari peningkatan skil permainan dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan pengetahuan undang-undang permainan.
Pengurus perlu merangka dan menyediakan modul-modul yang tertentu untuk menyediakan satu pasukan yang mampu memberi satu kebanggaan kepada organisasi mereka. Jika ini dapat dilakukan oleh seorang pengurus saya pasti karom antarabangsa akan terus meningkat popularitinya di kalangan kakitangan kerajaan dan masyarakat amnya.
Secebis ulasan saya ini dapat menjadikan kita lebih positif dan demi pembangunan sukan karom antarabangsa di Malaysia. Tanpa kerjasama daripada anda semua, perkara ini tidak akan berlaku dan sebenarnya perjalanan kita masih jauh.
No comments:
Post a Comment