Beliau berkunjung ke Kuala Lumpur kerana
urusan peribadi dan dalam masa yang sama berkunjung ke rumah rakan-rakan seperjungan di dalam sukan yang sama. Saya mengambil kesempatan untuk merakam pengalaman dan kerjaya
beliau di dalam permainan karom sehingga beliau mencapai ke satu tahap yang
sungguh bermakna dalam karier sukan yang beliau ceburi ini.
Di hujung minggu 31 March 2013 kebetulan tidak ada aktiviti dan juga tidak sibuk saya telah menjemput beliau ke rumah di Sungai Buloh, Selangor. Dalam kesempatan yang ada beliau memberi sedikit tip dan teknik permainan yang boleh membantu di dalam modul latihan yang saya sedang usahakan ke arah yang lebih mantap lagi. Modul latihan yang saya reka ini adalah untuk peminat karom tempatan yang ingin mengetahui cara permainan karom antarbangsa dan juga kepada mereka yang inginkan peningkatan dan menambah baik di dalam permainan mereka.
Berbalik kepada cerita En. Hilmy pada peringkat permulaan hanya berjinak-jinak dan bermain secara suka-suka sahaja di Pusat Komuniti (Community Centre - CMC). Ketika itu umur beliau sekitar 14 tahun. Beliau merasakan ada perubahan dan peningkatan di dalam permainan untuk pergi lebih jauh. Selepas itu beliau menyertai pula persatuan yang dinamakan “Young Men’s Muslim Association (YMMA)”.
Dalam tahun 1997, beliau mengambil
bahagian di dalam Kejohanan SAARC di Male, Maldives. Beliau berjumpa buat
pertama kali En. Arooz yang merupakan seorang jaguh yang telah menungguli
sebanyak 4 kali johan di peringkat kebangsaan Sri Lanka. En. Arooz melihat
potensi dan kencederungan yang ada pada beliau di dalam sukan karom, maka
beliau berbincang mengenai arah tuju dalam pembentukkan ke arah yang lebih
positif di dalam permainan karom.
En. Arooz menjemput beliau ke rumah
dan memberi tunjuk ajar untuk mempertingkatkan lagi teknik permainan. Di
samping memberi bimbingan di dalam permainan En. Arooz juga membantu dari segi
kewangan dan memberi semangat supaya mencapai ke satu tahap yang tertinggi. En.
Arooz dan isteri melayan beliau seperti anak sendiri. En. Arooz meninggal dunia
dalam tahun 2008. Beliau merasakan satu kehilangan besar kerana Arwah seorang
yang baik hati dan gemar menolong serta banyak membantu kerjaya beliau di dalam
sukan karom.
Beliau juga mendapat sokongan yang jitu
daripada regu beliau sendiri iaitu S.P. Fernando sehingga muncul juara
peringkat kebangsaan. Tidak ketinggalan beliau berterimakasih kepada Encik Bistamy,
Encik M.F.M Fakir yang banyak memberi semangat dan dorongan di dalam kerjaya
sebagai seorang pemain karom. Akhir sekali beliau juga ingin merakamkan
setinggi terimakasih kepada Encik Langley
dan Puan Rohini yang juga menjadi sumber inspirasi di sepanjang membina kerjaya
di dalam permainan karom sehingga hari ini.
Beliau kini masih aktif dan cuba
untuk berada di kemuncak semula selepas beberapa tahun tidak bergiat secara cergas kerana masalah peribadi. Baru-baru ini beliau telah memasuki kejohanan
peringkat kebangsaan dan berjaya mengalahkan juara dunia 2012 iaitu Nishantha
Fernando. Klik di sini.
Rekod peringkat
kebangsaan:
-
1994/1995/1997/1998 National Champion
-
1994/1995/1997/1998 National Junior Champion
-
1997/1998/2011/2012 Doubles National Champion
-
2012 National 3rd Placing Singles
- 2012 National Doubles Champion
Rekod peringkat antarabangsa:
- 1994 Indo-Sri Lanka Test Series in India.
- 1995 2nd World Carrom Championship in Sri Lanka
- 1996 US Open in North Carolina, USA
- 1997 SAARC Championship in Male, Maldives
- 1997 ICF Cup in Luton, United
Kingdom
- 1998 ICF Cup in Male, Maldives
- 1999 1st Malaysia Open Championship in Kuala
Lumpur
- 2000 2nd Malaysia Open Championship
in Kuala Lumpur
- 2001 World Cup in Luton, United
Kingdom