Bermula
dengan ucapan Innalillahiwainnahilairojiun.
Pada pagi Isnin 1 Mei 2017 saya menerima pesanan ringkas jam 7.48 pagi dari kawan mengenai seorang sahabat yang saya memanggil beliau dengan panggilan Kak J telah pergi mengadap Illahi. Saya terkejut dan terkedu sebentar. Sebagai kawan sepasukan saya turut merasa sedih di atas pemergian arwah. Allahyarhamah menemui penciptanya sekitar 10.30 malam di Hospital Pulau Pinang. Arwah adalah seorang peminat dan pemain tegar sukan karom.
Pada pagi Isnin 1 Mei 2017 saya menerima pesanan ringkas jam 7.48 pagi dari kawan mengenai seorang sahabat yang saya memanggil beliau dengan panggilan Kak J telah pergi mengadap Illahi. Saya terkejut dan terkedu sebentar. Sebagai kawan sepasukan saya turut merasa sedih di atas pemergian arwah. Allahyarhamah menemui penciptanya sekitar 10.30 malam di Hospital Pulau Pinang. Arwah adalah seorang peminat dan pemain tegar sukan karom.
Saya
diberitahu Allahyarhammah mengidapi kanser payu dara sejak tahun 2015.
Pada tahun 2016 Allahyarhamah mengambil cuti sakit sehingga bersara pada 1 Ogos
2016. Sepatutnya Allahyarhamah bersara wajib pada penhujung tahun 2016 tetapi memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan Allahyarhamah mengambil keputusan bersara awal.
Allahyarhamah bertugas di JUPEM dan jawatan terakhir adalah sebagai Pengarah Ukur J52.
Kali pertama Allahyarhamah mewakili Malaysia di pentas dunia di Kejohanan World Carrom
Championship pada tahun 2012 di Colombo, Sri Lanka. Allahyarhamah juga mewakili negara ketika Malaysia sebagai tuan rumah kejohanan International Carrom Federation Cup 2015. Kali terakhir Allahyarhamah mewakili Malaysia di kejohanan World Carrom Championship 2016 di Birmingham,
United Kingdom. Kenangan bersama masih lagi terasa dan kami tidak akan lupa senyuman dan keramahan Allahyarhamah.
Dan
kini dengan pergi Allahyarhamah pasukan karom Malaysia kehilangan seorang
pemain yang cukup komited dengan sukan yang arwah ceburi sehingga membawa ke
penhujung usia. Di samping itu juga menjadi Allahyarhamah merupakan salah seorang
pemain tetap kepada pasukan JUPEM Kuala Lumpur di kejohanan PESUMA dan mewakili JUPEM Malaysia di kejohanan sukan NRE.
Hari pemilihan
Hari pertama kejohanan sebelum ke gelanggang
Kak J berpasangan dengan Suzana menentang pasangan dari Sri Lanka
Kami bersiap sedia untuk melancung sekitar London
Menjamu selera "Fish & Chips" berhampiran Tower Bridge
Ada cerita menarik yang kami kongsi bersama...
Kenangan manis bersama kak J dan pasukan wanita di Kota London
Ketika di Tower Bridge
Senyuman yang terakhir daripada Kak J
Sahabat
datang dan pergi
Bergurau
senda tidak mengata
Terkejut
pesanan awal pagi
Hilang
sahabat menemui Pencipta
Terkejut
pesanan awal pagi
Hilang
sahabat menemui Pencipta
Pastinya
tidak bersama lagi
Iringan
doa nukilan kata
Pastinya
tidak bersama lagi
Iringan
doa nukilan kata
Kami
juga menyusul pergi
Entah
bila menutup mata
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburannya, cucilah kesalahannya sebagaimana Engkau mencuci pakaian putih dari kotoran, gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, gantilah isterinya dengan isteri yang lebih baik, hindarkanlah dari fitnah kubur dan siksa Neraka."
Yang
tinggal hanya berdoa kepada Maha Berkuasa supaya mencurahkan rahmat ke atas rohnya
dan di tempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman. Marilah kita sama-sama
bersedekah ke atas rohnya dengan membaca AlFatihah…
No comments:
Post a Comment