INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Saturday, July 13, 2019

KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2019

Tarikh: 27 - 30 Jun 2019
Masa: 8.30 pagi  - 5.30 petang
Tempat: Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis.
Hari yang bersejarah buat pertama kali negeri Perlis menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Karom MAKSAK 2019. Tahniah kepada pihak penganjur yang dapat menyediakan gelanggang yang agak selesa kepada pemain-pemain dan juga kepada pengadil-pengadil yang untuk bergerak dengan bebas semasa pengawasan perlawanan.

Buat pertama kalinya Kejohanan Karom MAKSAK pada tahun ini diperkenalkan 3 perlawanan yang terbaik (Best of 3 games) untuk pasukan lelaki sahaja bermula daripada peringkat suku akhir hingga di peringkat akhir. Perlawanan dijalankankan sehingga papan 8 sahaja iaitu 25 mata atau jumlah mata tertinggi di papan ke lapan. Konsep yang dilaksanakan pada kejohanan kali ini sebenarnya tidak menepati undang-undang sebenar yang terdapat di dalam buku Laws of carrom by International Carrom Federation. Sebenarnya mengikut undang-undang ICF bermula pada peringkat suku akhir hingga peringkat akhir kemenangan hanya kepada pemain yang mencapai 25 mata terlebih dahulu. Peringkat ini jumlah papan tidak terpakai lagi.

Manakala satu lagi yang bercanggah dengan buku Laws of carrom adalah pertukaran tempat duduk pada papan yang ke lima. Memang benar pertukaran tempat duduk selepas papan ke empat tetapi kiraan diambil kira juga jumlah mata pemain. Jika mata salasatu pemain sudah mencapai 13 mata atau lebih sebelum mencapai papan ke empat, maka pertukaran tempat duduk mesti dilakukan. Dan sekiranya kejohanan mahu dijalankan konsep pertukaran tempat duduk di peringkat awal juga boleh dilakukan dengan mematuhi undang-undang seperti yang dinyatakan.

Diharapkan pencerahan ini dapat memberi sedikit ilmu kepada semua pemain karom  dan sekiranya mahu kejohanan dijalankan mengikut undang-undang yang sebenar, maka perlu mengikut buku Laws of carrom by ICF. Kita tidak mahu mengikut kehendak sendiri atau mengikut pandangan beberapa pendapat dari mereka yang tidak mahir. Ini akan mengelirukan kepada pemain-pemain karom di masa hadapan kerana undang-undang permainan yang tidak konsisten. Persatuan Karom Malaysia juga perlu memberi pandangan yang tepat kepada pemain-pemain terutama kepada pengurus-pengurus pasukan supaya tidak timbul kekeliruan dan sebarang perubahan cara permainan perlu dirujuk kepada buku Laws of carrom. Sebagai sebuah badan yang diiktiraf, maka pendapat yang diberikan mestilah releven dan logik supaya semua pihak faham dan dapat menerimanya. Undang-undang permainan bukan untuk menghukum tetapi mendidik supaya lebih berdisplin di dalam perlawanan dan ilmu yang diperolehi nanti akan membawa mereka ke peringkat tertinggi dengan lebih mudah.



 







 

 

 

















 

Keputusan akhir kejohanan berpasukan lelaki
Johan - Selangor
Naib johan - Kuala Lumpur
Tempat ke 3 bersama - Johor & Perak

Keputusan akhir kejohanan berpasukan wanita
Johan - Selangor
Naib johan - Terengganu
Tempat ke 3 bersama - Kuala Lumpur & Kedah

Pencapaian pasukan Sarawak yang semakin mantap


Pengadil-pengadil yang bertugas

Penulis bergaya di depan banner kejohanan

Sebagai rumusan saya berpendapat kefahaman mengenai undang-undang permainan semakin meningkat hasil kesedaran pengurus dan pemain-pemain. Saya sarankan kepada pengurus-pengurus terutamanya pemain-pemain mengambil peluang semasa kejohanan untuk bertanya kepada pengadil-pengadil yang berpengalaman untuk bertanya apa juga soalan yang berkaitan dengan undang-undang permainan karom. Ini adalah cara terbaik kepada pemain-pemain untuk mencungkil ilmu dari oranyang lebih berpengalaman dan bukan hanya undang-undang permainan tetapi juga cara untuk meningkat teknik dalam permainan.

Manakala di pihak Persatuan Karom Malaysia pula perlu melakukan sesuatu untuk mencari pelapis di bidang pengadilan sebagai persediaan di masa hadapan. Kekanggan mencari pengadil yang bagus di dalam kejohanan juga akan menimbulkan masalah apabila tibanya kejohanan. Dan untuk menjadi pengadil yang bagus sebenarnya pengadil tersebut perlu sentiasa bermain supaya undang-undang permainan melekat di hati masing-masing.  Pengadil yang bukan pemain sebenarnya mereka akan menjadi lebih lemah selepas kejohanan selesai. Pengadil dan begitu juga pemain tidak perlu sesiapa untuk menolak mereka ke hadapan di dalam pencapaian diri ke arah yang lebih baik. Sebenarnya mereka kena bertanya kepada diri sendiri samada untuk maju ke hadapan atau mundur ke belakang atau sudah memadai apa yang sudah ada sekarang. Ulangkaji beberapa kali sebelum kejohanan sebenarnya tidak perlu jika pengadil-pengadil sudah mempunyai tekad untuk menjadi pengadil yang bagus dan menjadi lebih kompeten kerana mereka perlu berusaha sendiri ke arah pengadil yang terbaik. Mungkin pertemuan hanya mempelajari untuk mengemaskini teknik pengadilan yang tidak terdapat di dalam buku daripada penadil yang berpenalaman.

Sekian untuk kali ini dan diharap berjumpa lagi di kejohanan karom MAKSAK di tahun 2020...

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA

No comments:

Post a Comment