INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, September 2, 2022

KEJOHANAN KAROM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 3


Persatuan Karom Malaysia (Karomas) mengalu-alukan pemain-pemain karom tanah air untuk menunjukkan bakat mereka dan berpeluang mewakili negara pada kejohanan "8th Carrom World Championship 2022". Kejohanan ini akan dijalankan mengunakan format "Swiss League System" secara pusingan maksima 7 pusingan bergantung kepada penyertaan. Pada kejohanan ini empat lelaki dan empat pemain wanita yang terpilih sebagai pasukan utama akan mewakili Malaysia dan bertanding untuk semua acara, manakala empat lelaki lagi hanya menyertai kejohanan Swiss League System sahaja. Kejohanan akan diadakan seperti berikut:

Penganjuran: Persatuan Karom Malaysia (KAROMAS) dengan kerjasama KBS dan MPAJ Tarikh: 21 Ogos 2022
Tempat: Dewan MPAJ Pandan Indah, Persiaran MPAJ, Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Masa: 8.00 pagi

Hadiah kategori lelaki
    - Johan RM500.00
    - Naib Johan RM300.00
    - Ketiga RM200.00
    - Keempat RM100.00
    - Kelima RM50.00
    - Keenam RM50.00
    - Ketujuh RM50.00
    - Kelapan RM50.00

Hadiah Ketogori wanita:
    - Johan RM300.00
    - Naib Johan RM200.00
    - Ketiga RM100.00
    - Keempat RM50.00
   
Tarikh tutup: 18 Ogos 2022
Masa: 3.00 petang
Yuran penyertaan: RM50.00
Bayaran akaun HLBB: 292-00-03373-7

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Samohon: 012-3140778
Suhaizan: 019-6656101
Shahipul: 012-3710575


Diharap peminat-peminat karom tanah air tidak melepaskan peluang untuk mewakili negara kerana kejohanan "Carrom World Championship" hanya diadakan 4 tahun sekali. Untuk pengetahuan semua, sepatutnya kejohanan ini diadakan pada tahun 2020 tetapi kerana covid-19 melanda satu dunia, maka kejohanan ini telah di tunda ke tahun 2021 dan keadaan masih tidak mengizinkan dan akhirnya kejohanan ini dapat direalisasikan pada tahun 2022. Untuk rekod pasukan Malaysia sudah menyertai kejohanan ini bermula pada 6th Carrom World Championship 2012 Colombo, Sri Lanka dan 7th Carrom World Championship 2016 di Birmingham, United Kingdom.

Persatuan Karom Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada MPAJ kerana menyediakan tempat yang cukup selesa dan pertandingan dapat berjalan dengan lancar.

Diharapkan peminat-peminat karom tanah air tidak melepaskan peluang kali ini. Ayuh!!! mari bersama kami untuk menunjukkan bakat terpendam anda.

Untuk info seterusnya pada tahun ini Malaysia cukup bertuah kerana terpilih sebagai tuan rumah buat kali pertama kerana ini merupakan kejohanan karom yang cukup berprestij iaitu 8th Carrom World Championship 2022. Kejohanan akan diadakan seperti di bawah:

Tarikh: 3 - 7 Oktober 2022
Tempat: De Baron, Pulau Langkawi
Masa: 9.00 pagi

Kepada peminat-peminat karom tanah air jangan lupa untuk melihat sendiri kecekapan dan skil pemain-pemain karom dari seluruh dunia. Kepada peminta-peminat karom tanah air jangan melepaskan peluang ini kerana Malaysia sebagai tuan rumah dan kami tidak tahu bila peluang seperti ini akan berulang lagi. 

"Majulah sukan untuk negara dan karom untuk semua" 

No comments:

Post a Comment