INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, February 13, 2023

KEJOHANAN PEMILIHAN PEMAIN HQ RISDA, KUALA LUMPUR

Tarikh       : 21 & 22 Oktober 2022

Tempat    : HQ RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kejohanan ini adalah peringkat Ibu Pejabat RISDA Jalan Ampang dan memilih pemain-pemain ke peringkat kebangsaan untuk Kejohanan Karom Pengerusi RISDA 2022. Kejohanan dijalankan selama dua hari dan di bahagikan kepada dua katogeri lelaki dan wanita. Format kejohanan adalah perseorangan dan pusingan setiap kumpulan dijalankan secara liga. Peserta lelaki seramai 22 orang dan dibahagikan kepada empat kumpulan bermula liga di dalam kumpulan dan secara kalah mati di peringkat suku akhir seterusnya separuh akhir dan akhir. Manakala peserta wanita seramai 8 orang juga dijalankan secara liga di dalam kumpulan dan seterusnya kalah mati di peringkat separuh akhir dan akhir.












Keputusan rasmi kejohanan katogeri lelaki

Johan                    : Nuzul Nasriq

Kedua                   : Mohd Solihin

Ketiga bersama    : Mohd Fakir & Khairul Azafi


Keputusan rasmi kejohanan katogeri wanita

Johan                    : Khadi Rosena

Kedua                   : Nazleyaton

Ketiga bersama    : Nur Suryani & Noraini


Terima kasih kepada En. Hazma Putra dan En. Malique selaku koordinator kejohanan menjalankan tugas dengan jaya dari awal sehingga selesai kejohanan. Tahniah kepada pemenang-pemenang telah berjaya untuk mewakili pasukan Ibu Pejabat Risda Kuala Lumpur dan kepada yang gagal diharapkan jangan kecewa tetapi terus mencuba di masa akan datang. Kejayaan bukan mudah untuk dicapai kerana kejayaan bermula dengan latihan yang mantap dengan penguasaan teknik permainan yang bagus.

"Kemenangan bukan menentukan kejayaan dan kekalahan bukan bermakna kegagalan, kerana kejayaan jika tidak dapat bertahan jika tidak meningkatkan skil dan teknik permainan. Manakala kegagalan jika terus menerus berusaha ke arah yang lebih bagus sudah pasti kejayaan akan bersama mereka suatu hari nanti. 

No comments:

Post a Comment