INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, July 24, 2023

KARNIVAL JOM SIHAT MSU 2023

Hari ini buat pertama kali demontrasi karom di adakan di Saujana Utama sempena Karnival Jom Sihat anjuran Muslimat Masjid Saujana Utama. Kami dari My Carrom Academy mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada pihak penganjur diketuai oleh Puan Wan Fauziah kerana memberi peluang kepada kami untuk bersama sama di dalam program kemasyarakatan. Program ini cukup bagus bukan sahaja bersama sama meriahkan suasana tetapi juga merapatkan lagi ukhwah kejiranan di Saujana Utama.

KARNIVAL JOM SIHAT MSU kini kembali lagi‼️

Tuan/Puan, Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai..

Tarikh: 22 Julai 2023

Hari: Sabtu

Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang

Tempat: Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Fokus utama program adalah KEMPEN DERMA DARAH yang mensasarkan 150 bag darah diperlukan.

Derma Darah: 9.00 pg - 3.00 petang sahaja

Terdapat pelbagai program menanti anda.

- PDN Kempen Derma Darah

- PKD Rawatan Pap Smear

- Rawatan Bekam

- Rawatan Urut Saraf

- Rawatan Sunnah Venesection Al Fashdu

- Booth Dania Optometry

- Booth Produk Olive House

- Aafiyat Talk - Speaker: Dr. Syazwan

- Booth Kaunter Faraid, Hibah, Wasiat dan Amanah

- Booth PERKESO

- Booth Jualan Makanan dan Minuman Kesihatan

- Sukan Memanah Coach Amir

- Sukan Karom Sifu Suhaizan












Kami dari My Carrom Academy menyediakan dua jenis papan karom iaitu Papan karom Malaysia (mengikut peraturan tempatan) dan satu lagi papan karom antarabangsa. ada di antaranya teruja bermain cara karom antarabangsa (mengikut peratuaran Internatioanl Carrom Federation).

Alhamdulillah secara amnya ramai juga peminat karom di Saujana Utama dan mereka teruja cara bermain karom antarabangsa. Dalam program sehari ini kami menunjukkan cara yang betul untuk bermain dan juga mengajar teknik teknik dalam permainan.

Untuk pengetahuan My Carrom Academy adalah Akademi Karom yang pertama di Malaysia bergerak secara professional di Malaysia. Ditubuhkan pada akhir tahun 2022. Kepada yang berminat ingin menceburi sukan permainan karom boleh menghubungi kami di talian 019-665 6101 (Sifu Suhaizan). Kami menyediakan perkhidmatan  jurulatih, pengadil, penganjur kejohanan, menyewa papan karom, menjual peralatan karom dan kami juga mengadakan kursus untuk kumpulan kecil atau kumpulan yang besar. Kepada sesiapa yang ingin mempelajari sukan karom samada sekolah, pusat pengajian tinggi, pejabat kerajaan atau syarikat boleh hubungi kami. Kami juga menyediakan peralatan disewa untuk kejohanan dan pengadilan. Kami bersedia membantu dan memberi perkhidmatan kepada anda semua.

Kepada peminat karom boleh membaca dua blog karom

1. http://komunitikarom.blogspot.com

2. http://karommalaysia.blogspot.com

Youtube channel: carrom for all

Terdapat pelbagai video kejohanan dan teknik permainan untuk anda pelajari dan jangan lupa... Like, Share, Comment and Subscribe.


Untuk program akan datang saya ingin mencadangan diadakan satu kejohanan Karom Antarabangsa di antara Masjid masjid dan Surau surau yang terdapat di di Saujana utama. Di samping itu saya juga mencadangkan program untuk remaja dalam mencari pelapis untuk mewakil negara di masa hadapan. Program ini memerlukan sokongan padu semua pihak pengurusan masjid, surau dan masyarakat amnya. Kita perlu mertabatkan sukan karom di tanah air dan kalau tidak kita siapa lagi. Diharapkan program ini menjadi satu kenyataan suatu hari nanti.

Sehingga berjumpa lagi pada program yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur Muslimat MSU yang sudi menjemput kami bersama sama meriahkan lagi Karnival Jom Sihat MSU 2023.

"SUKAN KAROM DEMI NEGARA"

No comments:

Post a Comment