INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Thursday, June 27, 2024

KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2024

 


Tarikh: 10 - 12 Mei 2024

Tempat: Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis, Malaysia.

Format Kejohanan: Individu (Berasingan)

Perseorangan Lelaki

Perseorangan Wanita

Regu Lelaki

Regu Wanita

Regu Campuran


Buat julung kalinya format Kejohanan Karom Maksak pada tahun ini berubah daripada berpasukan menjadi individu atau acara berasingan. Cadangan format ini diadakan mungkin kerana format berpasukan selalunya johan sudah dijangka dan perlawanan akhir juga boleh dijangka pasukan yang mana boleh ke depan. Format individu ini diperkenalkan tahun ini memberi peluang kepada pasukan yang lain untuk merasai kejuaraan kerana format ini lebih terbuka. Tidak pasti samada format ini dikekalkan atau tidak, sama-sama kita  tunggu pada tahun hadapan. Apa jua format yang bakal diperkenalkan nanti sebenarnya bergantung kepada persediaan untuk membangunkan pasukan terutama pemain-pemain itu sendiri. Tanpa latihan yang komprehensif setiap pasukan sukar untuk berjaya atau dengan lain perkataan pasukan tersebut akan menemui kegagalan. Untuk membangunkan pasukan yang mantap pihak pengurusan mesti mempunyai perancangan jangka panjang dan jangka pendek ke arah persediaan pemain-pemain sebelum turun ke gelanggang. Untuk mendapatkan kemahiran tinggi bukan satu minggu atau satu bulan tetapi memerlukan masa yang panjang dan berterusan.  































































  

Keputusan Kejohanan adalah seperti berikut:

PERSEORANGAN LELAKI

Johan: WPKL

Naib Johan: Johor


PERSEORANGAN WANITA

Johan: Trengganu

Naib Johan: Sarawak


REGU LELAKI

Johan: Selangor

Naib Johan: PDRM


REGU WANITA

Johan: WPKL

Naib Johan: Sarawak


REGU CAMPURAN

Johan: Selangor

Naib Johan: WPKL



No comments:

Post a Comment