INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101
Showing posts with label Kursus Asas Permainan dan Pengadilan. Show all posts
Showing posts with label Kursus Asas Permainan dan Pengadilan. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

KURSUS PENGADILAN TAHAP I

PENGUMUMAN KEPADA PEMINAT KAROM

PERSATUAN KAROM MALAYSIA (KAROMAS) AKAN MENGADAKAN KURSUS PENGADILAN. DIHARAPKAN PEMINAT KAROM DI TANAH AIR JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. RASIONAL KURSUS INI ADALAH MENCARI PENGADIL-PENGADIL YANG BERTAULIAH UNTUK KEJOHANAN-KEJOHANAN YANG BAKAL DIANJURKAN OLEH KAROMAS DI MASA HADAPAN. HARAPAN PROGRAM INI JUGA AKAN MUNCUL LEBIH RAMAI PENGADIL YANG LEBIH BERWIBAWA.

KURSUS INI JUGA BOLEH DIIKUTI OLEH PEMAIN-PEMAIN KAROM YANG INGIN MENGETAHUI LEBIH MENDALAM MENGENAI UNDANG-UNDANG KAROM ANTARABNGSA. PEMAIN YANG MENGIKUTI KURSUS INI AKAN MENDAPAT MENAFAAT YANG LEBIH SEBAGAI SEORANG PEMAIN.

TEMPAT ADALAH TERHAD DAN PENYERTAAN BERDASARKAN SIAP CEPAT DIA DAPAT. OLEH ITU JANGAN LEPAS PELUANG INI YANG HANYA DATANG SETAHUN SEKALI SAHAJA.

KETERANGAN LANJUT SEPERTI YANG DINYATAKAN DI BAWAH:

KURSUS: TAHAP 1 PENGADILAN KAROM ANTARABANGSA
TEMPAT: BILIK PERSATUAN KAROM MALAYSIA, TINGKAT 1, HOTEL OLIMPIK (OCM), JALAN HANG JEBAT, KUALA LUMPUR.
TARIKH: 08 & 09 APRIL 2010
MASA: 09:00 PAGI – 05:00 PETANG
BAYARAN: RM40.00 (TERMASUK MAKAN TENGAHARI DAN SIJIL)

SILA HUBUNGI NAMA DI BAWAH:

MOHD SUHAIZAN – 019 644 0290

“KAROM UNTUK SEMUA”

Wednesday, August 19, 2009

KURSUS ASAS KAROM ANTARABANGSA

Tarikh: 18 Ogos 2001
Masa: 02:30 petang - 05:00 petang

Tarikh: 19 Ogos 2001
Masa: 09:30 pagi - 05:00 petang

Tempat: Kompleks Belia & Sukan Kampong Pandan, Kuala Lumpur.

PENGENALAN
Kursus Pengenalan karom memberi pendedahan cara dan undang-undang permainan karom antarabangsa. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang.

TUJUAN
1. Memperkenalkan karom format antarabangsa sebagai aktiviti riadah.
2. Peranan sukan karom dalam pembinaan minda sosial yang sihat.
3. Sukan karom sebagai satu aktiviti Sukan untuk semua masyarakat.
4. Meningkat kualiti permainan & kefahaman ke tahap maksima.
5. Kursus Pengenalan akan dijalankan sebagai aktiviti tahunan Karomas.

TENAGA PENGAJAR
Pengajar adalah terdiri unit Jawatankuasa Teknikal dari Persatuan Karom Malaysia (Karomas). Metologi kursus adalah Teori, Diskusi dan Praktikal. Proses pembelajaran lebih menitikberatkan perpindahan pengalaman dan pengetahuan juga menguji kecekapan dan kemahiran peserta.

Berikut adalah tenaga pengajar dan pembantu-pembantu:-

Pengajar I: Roslan Omar
Pengajar II : Mohd Suhaizan Mat Karri
Pembantu : Somohan Md Kasim, Frankie Pek dan Soong Yuen Kong
Peserta:
G. Ragu s/o D. Ganesan (Tractors Malaysia)
N. Ramaloo s/o R. Nooayah (Institut Teknikal Mahir)
Yaakob Sulaiman (Tractors Malaysia)
Edison Fernandez (Tractors Malaysia)
Mohd Hamizan Miun (Tractors Malaysia)
Abdul Aziz Musa (Telekom Malaysia)
Hairol Azhar Musa (Kumpulan Peransang)
Sharmila Shamsuddin (Kumpulan Peransang)

KURSUS ASAS PENGADILAN KAROM ANTARABANGSA 2008

Tempat: Bilik Kuliah 1, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Tarikh: 13/07/2008

Masa: 9:30am - 5:00pm
Peserta-peserta adalah seperti berikut:
Abdul latif Mohamed Ali
Abdul Wahad Osman
Azhan Abdullah
Azhar Alias
Azhar Suratman
Hairol Azhar Musa
Husin Asan
Kamsani Othman
Karthigesu Muniyandi
Mohd Hafizi Roji
Mohd Johari Dolah
Mohd Sabirin Mohd Sabran
Mohd Sharizal Abd. Bakar
Mohd Suhairi Ibrahim
Mohd Yani Zakaria
Mohd Zaini Kamaruddin
Norizan
Puspaletchumi a/p S. Krishnan
Ramly Johar
Ranbir Kaur
Ruslan Baba
S. Gopi
Shah Rizal Abdullah
Shafie Salim
Suzana Salim



Peserta sedang membuat pendaftaran


Presiden Persatuan Karom Malaysia En. Balbeer Singh sedang memberi kata-kata aluan





Timbalan Presiden II En. Samohon MD Kassim sebagai MC


En. A. Kamarudin Jasiman sebagai tutor kursus dan beliau juga Ketua Biro Pengadilan



Apa yang melucukan hati tu?...


Peserta yang ini pulak nampak senang hati aje...

Saudara kita di sebelah sini pulak nampak macam marah aje...

Suasana bilik kuliah dan para peserta yang mengikuti kursus



Peserta kursus dan AJK Persatuan Karom Malaysia bergambar beramai-ramai sebagai kenangan

KURSUS INTENSIF KAROM ANTARABANGSA DI FRIM

LAPORAN KURSUS INTENSIF KAROM ANTARABANGSA

Penganjur : Kelab Sukan FRIM, Kepong, Kuala Lupur.
Tempat : Kelab Sukan FRIM, Kepong, Kuala Lupur.
Tarikh : 17, 18 & 19 Jun 2007

Pada tahun ini pasukan karom FRIM telah mengadakan kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam undang-undang Karom Antarabangsa dan juga dalam teknik permainan sempena menghadapi Sukan DWI Tahunan NRE. Pasukan Karom FRIM telah membuat persediaan dengan menjalani latihan lebih awal. Tahun 2005 merupakan buat pertama kali di adakan dan FRIM telah terpilih selaku tuan rumah. Karom antarabangsa diperkenalkan dan tahun tersebut Pasukan Karom FRIM hanya berjaya ke peringkat suku akhir sahaja.

Kali ini Pasukan Karom FRIM telah membuat persediaan yang lebih mantap dari segi undang-undang permainan, teknik dan skil untuk pergi lebih jauh lagi di Kejohanan Sukan NRE 2007. Untuk mencapai matlamat tersebut Puan Salwana Hashim selalu Ketua Unit Sukan Karom FRIM telah menjemput En. Mohd Suhaizan Mat Karri untuk memberi Kursus Intensif permainan Karom Antarabangsa. En. Mohd Suhaizan adalah tenaga pengajar dan pengadil bertauliah dari Persatuan karom Malaysia (Karomas).

HARI PERTAMA

Sebagai mukadimah kursus Intensif ini Jurulatih telah memberi semangat dengan memberi maklumat mengenai profil Jurulatih dan arah tuju permainan karom Antarabangsa di Malaysia kini dan di masa hadapan. Jurulatih juga menguncapkan setinggi terimakasih kepada Puan Siti Salwana kerana sudi menjemput dan mempopularkan sukan Karom Antarabangsa di peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Hari ini hanya latihan bebas dan terbuka di samping soalan-soalan yang dikemukakan oleh pemain-pemain supaya pemain-pemain lebih selesa dengan Jurulatih supaya bila jalani latihan seterusnya. Tambahan pula ada beberapa pemain yang masih menjalani peperiksaan dari jabatan masing-masing.

HARI KEDUA

Pada hari kedua Jurulatih memberi penekanan terhadap undang-undang asas permainan supaya pemain-pemain lebih yakin dan yang paling penting ianya menjadi kelebihan bila menghadapi pehak lawan nanti. Jurulatih telah menunjukkan cara yang betul dan juga contoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain ketika perlawanan berlansung. Menunjukkan beberapa teknik-teknik menjentik ke hadapan dan ke belakang yang sepatutnya dilakukan oleh pemain. Juga tidak ketinggalan teknik duduk juga diajar untuk mendapatkan ketepatan semasa menjentik. Latihan juga merangkumi beberapa teknik menjentik Buah Karom yang berada dalam keadaan sukar dan cara menyelesaikannya.


HARI KETIGA

Hari terakhir Jurulatih telah banyak memberi tip-tip dan cara-cara untuk meningkat mutu permainan. Undang-undang asas permainan dan batas-batas yang perlu dijaga ketika perlawanan supaya tidak berlaku kesalahan semasa perlawanan berlansung.

Ujian amali juga dijalankan untuk menguji tahap kecekapan menjentik secara tepat dan En. Azmi Abdullah muncul juara dan layak menerima pemberian Gundu (Striker) sebagai saguhati daripada jurulatih.

Sebelum bersurai Jurulatih mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan FRIM untuk Kejohanan Sukan NRE Ke Dua 2007. Jurulatih juga memberi peringatan bahawa selesai sahaja kejohanan bermakna pemain tidak perlu menjalani latihan lagi. Ini adalah satu kesilapan kerana untuk menjadi pemain yang baik pemain perlu menjalani latihan berterusan secara sendirian atau bersama kumpulan. Kejayaan bukan datang secara bergolek tetapi ianya datang dari hasil usaha yang gigih dan semangat yang tinggi.

Puan Siti Salwana mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada En. Mohd Suhaizan yang meluangkan masa untuk memberi tunjukajar yang agak mendalam dari segi undang-undang permainan dan teknik. Secara keseluruhannya boleh dikatakan bimbingan jurulatih yang mempunyai banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan adalah amat penting dalam memantapkan sesuatu pasukan.







Pertemuan di peringkat akhir ujian skil di antara En. Azemi Abdullah (kiri) dan En. Amir Sabri Baharom (kanan).

En. Mohd Suhaizan Mat Karri menyampaikan hadiah (Striker) kepada pemenang En. Azemi Abdullah dalam acara ujian skil. Hadiah dari jurulatih sebagai pembakar semangat untuk bermain lebih baik.

Puan Siti Salwana Hashim memberi sagu hati kepada En. Mohd Suhaizan sebagai Jurulatih tanda terimakasih kerana memberi tunjukajar dan memberi tip-tip yang berguna semasa kursus dijalankan.

PASUKAN KAROM FRIM 2007

Berdiri dari kiri ke kanan: En. Ghazali Jaafar, En. Amir Sabri Baharom, En. Mohd Suhaizan Mat Karri (Jurulatih), En. Azemi Abdullah dan En. A. NarayananAlimuthu.

Duduk dari kiri ke kanan: Puan Rozita Ibrahim, Puan Siti Salwana Hashim, Puan Mazurah Mohamed Isa.

Tiada di dalam gambar En. Saleh Ismail dan Cik Aslina Baharum

KURSUS ASAS KAROM ANTARABANGSA DI UMW

Artikel ini di petik dari majalah CARROM COURIER yang diterbitkan oleh Tamilnadu Carrom Association India pada January 2002

A MODEST ATTEMPT BY KAROMAS AND UMW SPORTS CLUB

Malaysian Carrom Association (Karomas) organized a dawn to dusk basic introductory course of the game of carrom on 27 0f October 2001 at Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

The course dealt in detail all the laws of carrom. The laws were clearly and correctly interpreted by the course instructors Mr. Roslan Omar with help of Karomas member Mr Samohon MD Kassim, Mr Mohd Suhaizan Mat Karri, Mr. Soong Yuen Kong and Mr. Frankie Pek.

They practically demonstrated the difficult laws with the help of standard equipments. Besides, the participants were also imparted the skills and nuances of the play of the game of carrom. The total of participants is quite whelming and there are 16 all together. There were 3 participants from AISB (Abdul Karim Mahadi, Mat Daud Idris and Ramjan Hussein), 7 participants from Cooperation (Mohd Suhariman, Ahmad Melan, Sharmilan Kassim, Omar Lit, Mohd Nasir Samsuri, Roslan Hassan and Hanita Sayuti), 3 participants from Industries (Azhar Suratman, Hely Masadang and Thanabakiam Muthiah), 2 participants from Engineering (Faridah Hanim Shamsuddin and Mogana Sunthari Katralson) and 1 participant from Toyota (Salbiah Hashim).

They all appreciated the course coordinator Mr. Mohd Suhaizan Mat Karri for having excellently arranged and organized the event. His effort and commitment the basic carrom course was successfully and UMW Sports Club is the 1st company conduct in house. Mr. B Bagaru Babu, Chairman, ICF congratulated and recorded his admiration for the pioneering attempt made by Karomas and UMW Sports Club. He appealed other member federations of ICF to organise such courses for the benefit of the umpires and players.

The entire programmed was sponsored by UMW Sports Club. Thanks to the President of UMW Sports Club Tuan Haji Mazlan Abdul Samad who fully supports the activities and look forward to develop carrom game in UMW group of companies. He also gave way souvenirs to all participants and committees. The General Secretary of UMW Sports Club Mr. Abdul Halim Dom gave away certificates to the participants on the last session of the course.

Opening speech by Tuan Haji Mazlan Abdul Samad President of UMW Sports Club

Closing ceremony by General Secretary Mr. Abdul Halim Dom of UMW Sports Club